Monday, May 31, 2010

kerja


sudah berjuta kali aku sebut yang aku bosan dengan rutin harian
jadi aku rasa cara nak atasinya hanya satu
iaitu K.E.R.J.A
kerja?? hehe..its funny sebab aku xpernah kerja.
paling hebat pun time LI je
pengalaman lain memang xde.kosong!
aku xtaw kerja ape yang sesuai ngan aku sebab aku xpernah terfikir pun
contoh la, kalau kerja part time.
aku xtaw ape yang best.
kalau kerja kat restaurant fastfood.aku cam xminat.
if kerja sebagai promoter, i think xboleh.
sebab aku garang dan panas baran.
if kerja yang biasa2 dan bergaji kurang.
aku tidak berminat kerana gaji yang ditawarkan oleh ibubapa untuk aku bekerja sebagai bibik berbayar adalah lebih lumayan.
see, betapa sebenarnya aku mencari seribu satu alasan untuk tidak bekerja
sebenarnya best jugak jadi bibik berbayar ni
kira sebagai part time la
aku boleh buat ape je kat rumah
buat kerja sambil tengok tv, terlentang ataupun sambil makan
soal uniform pulak paling best
sebab boleh pakai ape je, xpakai baju pun xpe.
tapi satu jela masalahnya
B.O.S.A.N

if macam ni sikap aku, kerja pun malas, camne bosan tu nak hilang?? -.-"

Sunday, May 30, 2010

heeee..


janji hari ni dah xde crite2 yang psiko
mari mulakan
yippeeeee..yucksssss! geli.haha
okey2, ini serius
zaman skolah rendah dulu aku ade sorang adik angkat nama zharif
rapat la jugak kot
dah 10 tahun taw lost contact
tetiba.....tetiba....
dy add kat facebook
wooooooww..sangat happy.
itu mungkin xcukup happy.
mase form4 dulu, aku ade bestfriend bernama CICAK
kami memang confirm sangat rapat
sampaikan orang ingat kami couple
then bile dy pindah skul, kami lost contact
tetiba....tetiba.....
dy add aku kat fb jugekkk..
serius sangat happy sebab kami dah macam adik beradik
janji lepas ni xnak lost contact dah..

moral of the story
tq facebook :)

Saturday, May 29, 2010

kartun


hati kosong, panjat gunung berapi.
sampai kat lubang kawah, acah2kan kaki
tanpa fikir panjang terus terjun
sebab amat dalam, so mengambil masa dalam 4 jam
pada jam yang pertama, tiada sebarang usaha untuk menyelamatkan
pada jam kedua, datang superman terbang laju
konon2 nak dukung dan angkat ke atas
tapi sayang, beban aku amat berat
superman habis kuasa lalu jatuh lebih laju dari aku
pada jam ketiga
datang pula spiderman
sebuk duk hulur sarang yang dikait untuk dijadikan tali
aku pegang, dia tarik aku ke atas
tapi sayang, beban aku berat
tali putus, spiderman jatuh lagi laju sebab lajakan tali yang aku tarik
pada jam yang terakhir
datang a man
cuba selamatkan aku dengan kuasa magis cintanya
tapi sudah terlambat sebab masanya telah tamat
beban itu sudah tak tertanggung
aku jatuh
tulang renyuk
lemak berteraburan
tamatlah kisah dongeng
bye2

remuk

sedih2 sekali


pernahkah kau merasa? hati mu hampaa....lalala
itu lirik lagu okkey.
tapi memang sedang kehampaan pun
bila hati kosong hanya tuhan yang mampu isi
bila haluan fikiran berterabur
mesti tuhan yang di cari
teman beribu tapi belum tentu seorang pun faham ape yang kite rasa
sehinggalah muncul seorang putera
menaiki kuda putih dan membawa bunga2 ros sambil tersenyum indah
sambil berkata, "sayang, jangan bersedih. walaupun hati kita tidak bersatu.akan ku cuba lenyapkan segala keresahan hati mu."

kamu sangat indah untuk selalu ku puja
tapi sayang, hati mu bukan milikku
lenyapkan segala duka ini dengan kehadiran anda
walaupun hanya untuk seketika


Friday, May 28, 2010

bila BOSAN


ya Allah sangat bosan jika hadap rutin yang sama
dah la xde orang dah nk dengar aku tengking2
xde tempat dah aku nak luah lawak2 bodoh aku.
sebelum ni FENDIANS adalah mereka2 yg melayan aku
xde dah teman2 n geng 3 syaitonnn (azu+set)
untuk mengumpat di malam hari
rindu nye saat di tanjung permata
dah la aku gian tahap gian ganja untuk lepak kat kopitiam
haaaa sudah.
kat sini aku xramai kawan untuk lepak malam2
yg gurl sumenya jenis xleh kuar malam
yg boy plak, xramai berada dalam kawasan
hoh, stress betul
sangatttttttttttttttttttttttttt.....
kang aku lepak sesorang ade la plak nnt orang ingat aku dah sewel
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nak kuar LEPAKKKK..
gian sangat2 dah ni!


Thursday, May 27, 2010

menu 28 MAY


susah la kalau kerja pun sebagai bibik
xde benda baru yang nak di share


ini ialah asam pedas ikan ye murid2.


menu 27 MAY

walaupun rupanya pelik, tapi ini kari ikan
ye murid2.




tadaaaaaaa....paprik ayam.


p/s: berbaloi gak lepak kat umah je sementara tunggu grad, bleh try n error dlm aktiviti memasak. saya bibik berbayar :))



Tuesday, May 25, 2010

lelaki penggenggam hujan.

apakah maksud lelaki penggenggam hujan?
mereka adalah wira2 ALLAH yang akur dgn qada dan qadarNYA
mereka akur akan segala ketentuan
mereka cinta akan wanita yang solehah
namun, mereka tidak taksub dengan cinta dunia
sebab mereka percaya, cinta xseharusnya memiliki.
cinta dunia hanya dalam tangan, bukan dalam hati.

Salman, Thalhah, Mu’awiyyah, Sayyid Quthb
Adalah LELAKI PENGGENGGAM HUJAN
( credit to: madziani ab majid )


jangan bersedih


hari ini. saya disakiti.
then, saya terbaca buku 'jangan bersedih' karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
serius buku ni sangat terbaik.
saya xsuka baca buku ilmiah.
tapi buku ni berbeza.

jangan bersedih bila seseorang menyakiti anda:
  1. tanya pada diri: apakah kemungkinan terburuk akan terjadi?
  2. persiapkan diri untuk terima dan menghadapinya.
  3. hadapi dengan tenang untuk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik.
.......Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. (Ath-Thalaq:7)

Monday, May 24, 2010

my first bayi


mungkin bagi orang yang genius akan anggap yang bayi saya ni remeh
tapi bagi saya dia amat bermakna
sebab terlalu banyak tenaga, masa dan wang yang saya korbankan untuk bayi yang nakal ni
dia sangat nakal sebab hingga ke saat akhir pun
still ade yang kene di perbetulkan n xpernah perfect
ya ALLAH, saya sendiri xpercaya yang saya mampu hasilkan bayi ini
walaupun mungkin tiada nilai yang tinggi untuk tahap saintifik
tapi bayi ini sangat2 bernilai dalam hidup saya
inilah hasil setelah 3tahun saya berada di UMT

tadaaaaa....


ini kulit muka depan bayi saya. masih dlm proses utk dijilid.


tq kepada supervisor sbb sudi sahkan bayi saya ni. terharu :'(


sudah tenang dan lega selepas melahirkan bayi tersebut :))

p/s: berakhirlah sudah tugas sebagai seorang pelajar..kerja??? um, after grad kowttt baru fikir.nak rehat n enjoy dulu puas2.

Saturday, May 22, 2010

baik-baik sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

p/s: saya akan sentiasa baik2 demi awak. cinta yg xpernah pudar.terima kasih.

Thursday, May 20, 2010

kepentingan diri


xsuka untuk memiliki sifat pentingkan diri
kalau boleh aku nak say yes untuk semua permintaan orang lain
dulu aku selalu buat camtu
tapi sampai satu tahap rasa macam kepala dipijak2
thats why sekarang aku cuba untuk pertahankan hak aku
selalu fikir untuk kesenangan dan kebahgiaan orang lain
tapi hati aku sendiri?
hurrmmm..hati yang dah sangat tenat
bukan aku xikhlas
tapi terkilan

if u like it, let it be, and if u dont please do the same.

Monday, May 17, 2010

moment


susah la kalau hidup dalam kenangan
impikan segala yang telah berlaku untuk terus kekal
masalahnya hidup xbegitu
nak tinggalkan sesuatu yang berharga amat sukar
walaupun kat mulut sebuk sebut benci.benci.benci
hakikatnya benci tapi rindu
senang je untuk lafaz tapi hati TUHAN je yang tahu


All those moments will be lost in time, like tears in the rain.

Sunday, May 16, 2010

Indah


kalau nak cakap pasal indah memang xakan habis
semua benda indah2 belaka
kehidupan zaman belajar sangat indah
asyik nak main2 je
dan terus menerus mencari rules untuk dilanggar

time tadika di TADIKA KEMAS TENDONG, PASIR MAS
ohh, time tu terbaik
tapi xbanyak yang aku still ingat
maybe sebab dah stat nyanyuk -.-"
cuma yang paling aku ingat
AKU TERKENCING DALAM SELUAR TIME BALIK SKUL
heeeeeeee....

di SEKOLAH KEBANGSAAN TAPANG plak
aku skema orangnya
menjadi orang kepercayaan dalam semua hal
tapi gatal gak, siap kapel lagi time darjah 6
haha..kelakar.
time ni sangat best sebab rapat dengan cikgu2
siap bertepuk tampar lagi..tampar?? ishh..tepuk je la.

di MRSM YT BESUT
wowww! wowww! wowww!
ni skul paling sempoi dalam dunia
student die sume sangat nakal sampai cikgu pun xmampu control
ya Allah, Tuhan je tahu betapa bestnya sekolah ni
sabar betul cikgu2 yang mengajar kat cni

di MRSM MUADZAM SHAH
xbanyak keindahan yang berlaku
semuanya kesedihan sebab YT besut tutup
tapi alhamdulillah
sebab semangat untuk keluar dari situ
berkat tunjuk ajar guru2
aku berjaya dengan cemerlang untuk PMR

di MRSM KUALA BERANG
ni la saat kenakalan aku berada kemuncak
terbaik pun nakal
macam xsekolah pun ade gak
sebab tu SPM xfull semua A
tapi cikgu2 kat cni semua best
sangat bersungguh2

di KOLEJ MARA KULIM
aku sangat skema dalam kelas tapi asyik kene point
dengan lecturer sebab saloo borak ngan tima time lecturer mengajar
huhu...
dah la aku saloo dengar lagu time klas
mkn2, main2, siap main game lagi
tapi cikgu2 dy sangat best kerana melayan kami dengan matang

di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
semua kenangan lampau
dan pengajaran dari yang lepas2
aku kumpulkan dan bina sesuatu yang baru disini
terlalu banyak ilmu baru yang diperolehi
ilmu yang merangkumi semua aspek

selama ni ade pembimbing dalam setiap tugasan yang diberi
cikgu2 dan lecturer akan perbetulkan ape yang salah
tapi sekarang semuanya dah berubah
lagi2 bila dah keje nanti
semuanya atas diri sendiri

rasanya belum terlambat lagi
SELAMAT HARI GURU
kepada mereka2 yang bergelar pendidik
especially yang pernh mendidik saya
hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa anda.



the real me


Look behind the mascara
and the shiny lipstick
look a little deeper
and maybe you will see
that this girl you are looking
at really isn't me

A heart can be broken, but it keeps beating just the same.

kenduri kecil


14th may 2010
kenduri kecil2an telah di adakan kat umah
sangat happening sebab ni antara kenduri yang paling meriah
alhamdulillah sebab semuanya berjalan lancar
terima kasih teramat sangat kepada cik nor n tima
sebab sudi datang tolong apa yag patut..huhu.
terima kasih gak kepada jemputan khas sebab datang
sangat happy dengan kedatangan mereka2 yg di sayangi
(mimiey, nina, mija, umar, mubin, deli)
semoga persahabatan kita berkekalan
amin..

Thursday, May 13, 2010

hope


Love comes to those who still hope even though they have been disappointed,
to those who still believe even though they have been betrayed,
to those who still love even though they have been hurt before.

in all things it is better to hope than to despair.


Wednesday, May 12, 2010

kata orang tua2


kalau bulu mata gugur bermakna ade orang rindu
ehh, ye ke?
abis tu yg bulu mata aku dh tinggal 2,3 urat ni ape maknanya??
hehe..konon ramai yang rindu.
tapi kalo bulu kaki hanggg or bulu ketiak yang gugur xdikira ok..huhu

kalau mata bergerak2 maknanya akan menangis
yang ni aku no komen
maybe mata bergerak2 sebab nak hasilkan tangisan palsu.
cam yang biasa aku buat..opss!
tapi aku rasa ni xberapa tepat laaa..
selalunya sebelum nak nangis, hidung yang kembang kuncup tahan perasaan.

kalau tersedak maknanya ade orang sebut nama kite
oh, dah kau makan gelojoh lepas tu nak salahkan orang lain plak
abis tu kalau la betul, aku adalah orang yang akan asyik tersedak
sebabnya nama aku siti dan itu nama yang cukup basic
berjuta kot orang nama siti
tapi still dikira ke kalo orang sebut siti yang lain tapi aku yang tersedak?? errrrkk.

kalau bulu mata gugur, letakkan atas kepala supaya rambut cepat panjang
yang ini lagi aku xfaham
garu2 kepala fikir
bulu mata = rambut panjang
hurmm, no komen.

kalau lepas makan nasi, then biarkan tangan kering je tanpa basuh
nanti mertua xkan sambut kite sbg menantu
aiyo0o0o0..takut woo.
yang ni sangat akan dijaga bagi mereka yang belum nikah
tadi aku baru je lepas kena sound ngan mama pasal ni
dan aku sangat INSAFFFFFF...

renung2kan dan selamat beramal~



Tuesday, May 11, 2010

cinta dalam hati


mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else.


Monday, May 10, 2010

Persoalan Jodoh


rukun iman ke-6

beriman kepada qada, dan qadar

sebagai insan yang lemah saya tunduk akan segala kehendakNYA

segala takdir yang berlaku adalah ketentuan yang terbaik dari YANG ESA

tetapi kita masih boleh berusaha dan berdoa supaya takdir itu berubah

bila usia makin meningkat

soalan2 hot tentang jodoh mula dipersoalkan

bila nak bertunang? bila nak kawen?

seikhlas hati, semestinya saya mahu

tapi cukup ready kah saya untuk semua tu

risau apabila pihak ibubapa mula bertanya

semuanya bercampur baur

segan, malu sebab masih muda, takut sebab masih xmatang

saya sedar yang jodoh telah ditentukan oleh NYA

dats why, saya menyerahkan segalanya kepada YANG MAHA MENGETAHUI

siapa jodoh saya, hanya DIA yang tahu

saya xberjanji untuk menjadi milik sesiapa

namun, siapa yang mula2 datang ke rumah untuk tujuan murni itu,

insyaALLAH, orang itu lah pilihan saya kerana dia ikhlas dan berani.

semoga sidia nanti seorang yang mencintai saya kerana ALLAH.


p/s: post yang berlagak matang. tp tu hakikat.



cerita 8th Mei 2010


hari tersebut mengandungi pelbagai suka duka
tapi baik lupakan duka dengan menikmati yang suka kan.

yang amat disukai sebab dapat enjoy hari terbabit
bersama b tercinta, mija tersayang dan umar tersayang.
jalan2, tgk wayang, lepak2 kejap
then, meneruskan perjalanan dari KL ke KB.
paling best, singgah jap ke MRSM YT BESUT
semuanya masih sama
serius kami rindukan semua kenangan yang dulu T_T


bersama b

bersama mija


bersama mija n umar


bersama mija di YTB

Sunday, May 9, 2010

antara dua status


sepanjang hidup saya di atas muka bumi ALLAH ni
terlalu banyak orang yang saya sayang
mari menyebut tentang kekasih
ye, saya sangat sayang bf saya
sebab bf adalah calon2 untuk menemani saya sepanjang hidup
insyaallah kalau ade jodoh
selagi bergelar bf, saya akan cuba menjaga hatinya sebaik mungkin

tapi,
saya juga jenis orang yang sangat sayangkan bestfriend
bagi saya, mereka adalah peneman saya yang paling setia
tempat saya berkongsi suka dan duka.
fungsi bf dengan bestfriend memang hampir sama
cuma bf haruslah satu dan bestfriend xterkira pun xpe

dan dalam satu hal
bila xde jodoh dengan bf, kite boleh cuba cari yang lain
tapi, bila hilang bestfriend
itu adalah sangat sukar untuk mencari pengganti

saya seorang yang open
bestfriend saya bukan sahaja terdiri dari kawan lama saya
tetapi, bestfriend saya juga adalah ex-bf saya
di dalam hati saya ada satu ruang
untuk dikongsi kepada semua orang di sekeliling saya
saya insan yang xsempurna untuk senangkan hati semua orang
selagi terdaya, saya cuba untuk membuat semua tersenyum
semoga anda bahagia disamping saya.

p/s: b, u r my special one. mija and umar, tq 4 always be my bestfriend ever :)

Thursday, May 6, 2010

sampai sudaa


yeahhaaa..selamat tiba di tg karang.alhamdulillah.
menikmati honeymoon ke 4 di rumah laki
nampaknya ni percutian 1st after tamat study
masih berkira2 mau bodek laki untuk berjalan2
tapi xtau lagi ke mana
sori ye laki
semalam i emo -.-"

Tuesday, May 4, 2010

balik kampung lagi


esok mahu ke KT supaya dapat mengambil HATI yang tertinggal.
lalu akan bertolak ke KL menjerit.
untuk memenuhi cuti panjang ini.
balik ke kampung belah laki.
semoga selamat perjalanan pergi dan balik.
amin~

sms dari KAMAL ADLI


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

pelajar: cikgu, macamane kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kite sayang? dan macam mana nak menjaga kasih sayang itu supaya berkekalan?

cikgu: baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilihlah rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali.apabila dah petik, bawa rumput paling cantik tu ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

cikgu: kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar: tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ade banyak yang cantik tapi cikgu cakap petik yang paling cantik. maka saya pun terus berjalan kedepan tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya xjumpa pun yang paling cantik. mungkin di antara rumput yang berada di belakang saya tadi ade yang paling cantik tapi dah cikgu pesan jangan toleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

cikgu: ye, itulah jawapannya. maknanya apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yang kite sayang, janganlah kite mencari yang lebih baik dari itu. kite patut hargai orang yang berada di depan kite sebaik2nya. jangan kite menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kite sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. maupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




begitulah kisah panjang lebar yang dikirimkan
melalui SMS oleh seseorang bernama KAMAL ADLI
siapakah KAMAL ADLI?
antara orang yang pernah mengindahkan hidup saya :))
maaf.saya bukan insan sempurna.
saya percaya pada jodoh.
TERIMA KASIH kepada MEREKA2 yang amat menghargai saya.
SEMOGA ALLAH MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANDA.




PANTANG


ye saya sangat garang dan sangatlah berpanas baranan.
abaikan imbuhan yang salah ye.
saya xsuka ah benda2 yang saya pantang, berlaku depan mata
memang automatik ah temperature naik
tapi hati saya baik.
hahaha..

PANTANG 1:
adalah sangat tidak suka menunggu. sesungguhnya menunggu suatu penyeksaan. ngerti?? mmg sepanjang menunggu tu mulut xkan stop dari bebel ah. kalau diam pn mesti muncung panjang 40depa.hehehe.

PANTANG 2:
adalah tidak berminat berhubungan or berkomunikasi dengan orang yang slow melowww..adoi la, kenapa la mesti ada orang yang jenis lambat bertindak dan lambat faham.mmg paling malas ah layan orang camni..tapi my big probs adalah my besfren FATIMA ZAHIRA adalah sangat slowwwwwww diikuti oleh sidia MOHD YUSUF juga sangat la slowwww....aishh.stress..tp ade dlm 1 perkara je yg diorang laju.hehehe.

PANTANG 3:
adalah sangat moody apabila lapar..kalau tgh lapar tp terpaksa tunggu orang, mmg double trouble ah..temperature naik tahap nak malatopppp taw.tambah2 kalau lapar nasi, dia punye stress mmg sampai bleh tangkap leleh la.heheh..siap nangis lagi.

PANTANG 4:
xsuka orang yang cakap banyak duk sebuk komen and compare diri dia dengan orang lain. kalau kau dah cukup bagus, duk diam2 sudeyyy..kalu xcukup bagus, jangan kecoh2 cakap nak buat itu ini sedangkan semuanya hanya cakap kosong.simpan angan2 tu ye cik kak...buat pelan2.dah tercapai baru boleh kecoh..okkey? nanti ai buat muka time u crite, u marah ai pulak kan..btol x?

so, kesimpulannya,
jika anda berada di sisi saya di situasi tersebut
sila lah bersedia menghadapi emo saya
tapi jangan risau
marah saya hanya seminit :)



Sunday, May 2, 2010

tahniah


alhamdulillah rezeki mencurah2 ke ladang gandum
adikku yg dapat 8A tu berjaya menempatkan diri ke ASASI BI di uiam.
oh, asyik rezeki kejayaan adik2 je ni
mane rezeki aku?? hehe.
mama terchenta bukan main hepi ah.
tapi aku jeles sebab takut aku xdapat jadi anak kesayangan lagi.
kalu xjadi anak kesayangan, camne nak bodek untuk vios??
(vios ke??? bkn gen 2? hehehee..)
xpela, rezeki adik2
kalau diorang berjaya
aku pun tumpang hepi
alhamdulillah :)


keMATANGan


dulu time belajar sebuk ah nak cepat2 habiskan
penat duk hadap buku lah
pening duk cari jurnal lah
bosan duk repair thesis lah

tu satu hal
pastu sebuk duk angan2 nak kerja best
then, nak joli
pastu nak kawen.
bukan maen lagi duk mengidam2 ni

tapi kenyataannya semuanya xsemudah tu
duk menganga di rumah bersama rutin harian
adalah sangat best
tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil kewangan
kecuali terpaksa menadah tangan kepada parent yang dah berhabis2an
selama 22tahun untuk membesarkan anaknya ni.

rupa2nya juga mendapatkan kerja tidak semudah makan ABC.
kerja tak datang bergolek, berguling ataupun berpusing2.
tidak semudah itu ye anak2..... -.-"

bila terpaksa hadapi semua ni
baru timbul kesedaran yang alam dewasa adalah sangat sukar
perit otak duk fikir apa yang patut dibuat dan macam mana nak settle
impian nak kawen pun dah tolak tepi awal2
rasanya elok tumpu pada bekalan diri sendiri dahulu
dapatkan kerja/sambung master
teguhkan kewangan
beli rumah
kereta kemudian (dgn harapan wira DU mampu bertahan)
bayar pinjaman MARA

then, barulah KAWEN.hehehe..
cam dah lari topik je.hehe

tapi, itulah hidup.
xsemudah yang di sangka.



Saturday, May 1, 2010

1st week


hoyeh.hoyeh.
walaupun baru seminggu duk menanam ape yg patut di rumah
dah bermacam aktiviti tajaan bos aku kene libatkan diri
dan macam2 gak yang telah berlaku
ade yang best and of kos la still ade sisa2 yang xbest
pape pun malas nak fikir yang xbest.huhu

mama ku yang tersayang adalah amat kelakar sebab
paksa aku temankan dia tengok wayang kulit
tengok apeeeee??
W.A.Y.A.N.G.K.U.L.I.T
fine, sgt kelakar.


hoh, baru nak stat ni.


wayang tengah rancak. aku maen wayang
lagi hebat.hehe



cubaan mengintai belakang tabir
dengan harapan ade org hensem yang terlibat.



frust.sebab kompem sume tua dan xhemsem. -.-"


adam si gg rongak dan kazennya menikmati kfc selepas tgk wayang kulit


holololo..mkn aiskrim pn mulutnya
muncung dongg?