Friday, December 30, 2011

bye 2011


hello belog

esok dah new year.
azam tahun ni tak semua pun tercapai.
tapi xpe, bleh carry forward. ye dak?

so, i wish for a great life.
love and peace and joy with family and b and friends.
family, just stay in my heart.
b, i love u.
please, kawan2 yg pernah rapat dgn aku, masih rapat, or bakal rapat.
please hidup dengan baik :)

semoga semuanya di berkati Allah.

Happy New Year :)


oh please


hye belog
2 hari ni aku pening
keje cam orang mati. ok orang mati xleh keje la.
nak lunch xsempat, nak kencing pun tertahan2.
saiko kan?
dah la ade jin menyakitkan hati kat tempat keje.
jin hot. hahahha. hot ke? *mata juling

cuti 3 hari for new year?
bagus la.
aku nak tido sepuas2nya.
bangun kencing dengan lancar.
makan banyak3 then tido balik.
well, tuh memang life for si loser kan?

smile siti :)




p/s: eh bf, boleh tak bawak i pegi jalan2?

Sunday, December 25, 2011

alone


hye belog
busy kan sekarang?
nak korek telinga pun xsempat.
xpe, xde orang kesah pun kau korek telinga ke x.
ni la nasib duk sorang2.
jauh dari family, tanggung semua sorang2.
semua kene fikir sorang2.
menangis b4 sleep itu habit.
orang asyik cakap, untung la kau ade kete, ade keje, pegang duit sendiri.
boleh jalan sana sini.
come on la, aku kat sini sorang2.
untuk bertahan kat sini, bukan suatu benda yang mudah.

sumpah sampai sekarang aku homesick.
aku teringin duk ngan family.
aku xpenah bayangkan pun aku akan keje jauh dari family.
sorang2, tanpa kawan pun.
and now aku masih cuba untuk bertahan.
sebab aku percaya.
rezeki aku ade kat sini.

aku syukur sbb ade org tu yang sudi jaga aku sampai saat ni.
sudi jadi pendengar setia.
hadap aku time aku ketawa, menangis, meroyan.
tq org tu.
if not, aku xtaw la macam mana nasib aku kat sini.
well, hidup memang macam ni kan?




Wednesday, December 7, 2011

be strong :)

salam blog. sejak asyik sebuk dengan alam kerja ni, makin banyak pengalaman yang aku kutip. bukan setakat pengalaman kerja. pengalaman hidup pun sama. hari tu kawan aku ngadu dia frust sebab anak sulung dia dapat 2A sahaja untuk UPSR. dia sangat frust sebab dia harapkan result yang cemerlang dari anak sulung dia tuh. aku faham perasaan dia. tapi aku gtaw dia yang dia jugak kene faham yang keputusan tuh bukannya pilihan anak dia. lagipun, chill la. result upsr tuh xmenjamin kejayaan masa depan kau pun. tuh langkah yang paling kecil effectnya. contoh yang paling mudah, aku lettew. (semua org eja camni) HAHAHa. PMR 8A pun xkan menjamin -.-" HAHAHHAHA.

ok la. kalau bab pelajaran mungkin aku ade pengalaman, so aku still bleh tenangkan kawan aku. tapi bila ade kawan aku mengadu pasal rumahtangga, aku hanya mampu dengar. aku xtaw camne nak respon bila dia cakap dah berbulan2 xcakap dengan suami, xduk serumah, xpenah tanya khabar and so on. aku hanya mampu diam. perkahwinan ape ni. mungkin aku bukan pendengar yang baik. sebab time kawan aku cite, aku nangis. dia pernah menghidap kanser. well, name pun kanser. sampai sekarang dia berusaha untuk teruskan hidup. itu ujian pertama. ujian kedua, adalah hal rumahtangga dia ni. dia asyik tanya aku, kenapa dia? kenapa dia yang kene kanser? kenapa dia yang bakal TERPAKSA berdepan dengan penceraian sedangkan dia dah put everything on him? kenapa dia?

time dia cakap camtu, dia nangis yang sangat teruk. and aku yang konon nak kuat depan dia, gugur jugak akhirnya. sumpah sedih. macam tengok ombak rindu. aku hanya mampu pujuk dia. aku cakap Tuhan test u, sebab u kuat. Dia tahu u mampu tempuhi semua ni. itu je yang mampu aku pujuk. Then dia ade cakap rasa cam nak bunuh diri. aku peluk dia. aku cakap aku sayang dia. walaupun we are not bestfriend. but we are friend. hari2 keje bersama. hari2 bergurau senda. hari2 bertukar2 cerita. (walaupun crita burung hantu). walaupun berbeza agama or bangsa, tapi perasaan tetap sama. aku jenis xkuat. esok, mungkin dia akan ngadu lagi kat aku. aku akan cubasedaya upaya untuk tak nangis depan dia. semoga dia mendapat kehidupan yang lebih indah.


p/s: friend, be strong. :)

Saturday, December 3, 2011

perempuan


hye belog
sori la
perempuan ni memang banyak celoteh
banyak cerita
banyak benda yang nak dibincangnya
tapi kalau dah xde orang sudi mendengar
xde teman nak berbual
of kos la perempuan diam je
diam xbermakna cerita tuh dah tamat
itu bermakna cerita tuh tengah diperap kat hati
buat teman nangis malam sebelum tido
hati perempuan
sedih, kecewa, frust, tetap senyum
sebab orang nak tengok kau senyum je
xde sape sudi tengok kau nangis

macam izzah ombak rindu
tenang je
hati luka tetap senyum
tapi xadil untuk mila
terpaksa blah camtu je
cerita dan realiti memang sama je
sangat xadil


kla. orang saiko dah nak tido. bye.


p/s:kenapa susah sangat untuk kau faham? subjek aku terlalu sukar atau sebab kau buat2 xfaham atau sebab kau memang xfaham atau pun sebab kau memang bodoh?

Friday, December 2, 2011

cari pasal


sikap ingin tahu ynag melampau ni bahaya
sebab kita akan tahu perkara yang kita tak ingin tahu

kemudian lukakan hati sendiri
Ya Allah, aku patah hati lagi. :'(



saiko rindu


hye belog
hati tengah panas baru lepas tengok vid indon
mak main dgn anak sbb rindu sgt kat arwah suami yang jugak 1st love
main congkak, itu biasa
main guli, tu normal
tapi ni main lain
hilang akal kot
bangga sangat
konon
"aku bukannya menyusahkan orang. aku main pun, dgn anak aku jugak"

come on la makcik
tahu la xmampu bayar gigolo
tapi jgn over saiko

nah 50sen ! pegi beli terung !


Sunday, November 27, 2011

perasan lagi


aku selalu fikir yang aku beruntung
dapat semuanya
tapi dalam xsedar
aku yang rugi
satu persatu aku hilang
sampai aku hampir hilang semuanya
tu pun aku masih xsedar
aku cuba hitung ape yang masih tinggal
tapi sayang,
jawapan yang aku jumpa hanyalah KOSONG.


notaku: tq cinta kerana masih setia temani aku :')


Saturday, November 26, 2011

tahun baru


assalamualaikum.

alhamdulillah atas semua nikmat selama ni.
cukup makan sampai gemuk.
cukup bahagia minum sampai kembung.
cukup duit untuk beli pencuci muka dan ubat gigi.
cukup ubat bila sakit.
cukup nikmat keluarga.
cukup nikmat cinta.
cukup nikmat berjalan.
cukup nikmat kawan.
cukup nikmat kerjaya. (tuh pun xabis2 mengeluh)

Alhamdulillah, semuanya cukup.
cuma satu yang masih belum sempurna.
saya mahukan cinta yang halal.
Ya Allah, Kau lebih mengetahui apa yang terbaik.
Amin :)


Sunday, November 20, 2011

kesian kan?


tuh la kau.
selalu rasa diri tuh hebat sangat.
boleh x jangan gelabah?
orang dah xnak layan, malu nak mengaku, kau nak ape lagi?
dulu kau berlagak sangat kannnn~
konon xpe, dia memang akan terus puja kau.
tapi tuh dulu.
sekarang, kau tuh bawah tapak kaki dia je.
so, sila jangan perasan lebih.
nasib baik dia sudi kutip kau.
jangan pernah mengharap pape.
sebab kau, XHEBAT MANA PUN.



(pesanan untk diri)


Wednesday, November 16, 2011

eh, jeles la!


ape?
kau punya hantaran audi R8?
then mini cooper tuh hanya untuk sementara?
banglo 5 juta?

untungla~

Saturday, November 12, 2011

jangan perasan!


pejam mata
terbang jauh dari mimpi
buka mata
yeahh, tempat kau kat sini.

wake up!

Wednesday, November 9, 2011

hutang kau


hye belog
best x time study dulu?
best x jadi kaya dengan hanya pergi belajar tapi tiap2 bulan duit masyukk?
best x boleh joli sana sini xkira siang malam?
best x boleh merayap kl, penang dan segala negeri?
best kannnnnnnnnnnnnnn?
ku sangka panas hingga ke petang.
tapi sayang, banyak la kau punya panas !
surat pinjaman kau dulu dah dapat bro.
dulu kau hutang mintak juta2.
so sekarang turn untuk kau bayar la. haha !
adatla kan.
dah pandai pinjam, pandai la bayar.
btol x?
xkan nak kene ungkit guna surat gelen2.
kalo ade cop mohor hutang 20, 30 ribu bleh la guna surat.
kalu stakat 200-300?
aku ni sedar, aku sekarang pun banyak hutang.
butang belajar, hutang kereta.
so, kene la slow2 bayar.
atleast aku cuba.
ade orang plak, jenis xkan sedar forever and ever.
siap kecoh konon ade bela ikan emas.
kalau btol kau bela ikan emas, kasi KIKIS la sisik dia. jual.
konon xsuka KIKIS. tapi cakap.....perghhh !

susah betul jadi pemungut hutang.
lagi2 dapat penghutang yang jenis muka kulit durian.
xtahu malu.
kla MARA, aku start bayar hutang skrang.

bye.

Thursday, November 3, 2011

im here


hye belog!
aku dah start saiko nak jadi surirumah tangga skrang
xmau keje, bleh x?
kalu keje pun, nak keje yang boleh tido sambil keje. haha
fine, aku memang xmatang.
cara aku fikir memang xmatang.
stress sikit mintak mc.
malas keje, mintak mc.
tapi serius, kadang2 aku macam dah xde semangat nak g keje.
ni bukan yang aku impikan, tapi ni jugak yang aku pilih.
so, telan je lorrrrr.
bila kita dah terlampau penat, bosan dan xminat
dalam hati timbul perasaan yang negatif je
semua yang kita nampak, hanya yang buruk2
sampai abaikan kebaikan
aku start cari keje lain
tapi gaji cam ^&%%##@()%#
aku xmengharapkan lebih
tapi kalau boleh, dah alang2 tukar keje, gaji pun mesti nak upgrade
stress!

bf, cepat kaya dan jadikan saya seorang surirumah pleaseeeeeeeeeeeeee!







Monday, October 17, 2011

hidup kene bijak yaw


hye belog
hari ni memang sangat stress sebab kene hadap kaunter
paling xbest sebab asyik keluar survey untuk customer
aku gelak dalam hati bila kawan aku yang mintak customer press nombor
then customer yang bangang tu pergi press no 5
konon2 paling bagus la
padahal no 5 tu paling teruk
haha. bodoh apa biarkan orang tekan no yang teruk untuk diri kau
aku?
dengan muka serius
aku bagi arahan suruh customer tekan no 1
of kos la diorang tekan tanpa banyak soal
lepas diorang tekan, baru aku explain
then diorang gelak je. hehe.
see, hidup perlu bijak
service xperlu hebat sangat
idea yang bernas tu penting.
haha.
tapi sayang, kwn2 aku xberani guna taktik macam aku. lembsssss.


chow!

Saturday, October 15, 2011

Tegur vs Riak


Hye belog
aku ni bukannya baik sangat
bukan kategori solehah pun
tapi bila tengok kiri kanan
stalk sana sini, macam2 yang aku nampak

contoh satu:
dulu kau sangat jahil
pakai baju sendat2, bukak sana sini
xpakai tudung
konon2 kau paling stail-loooo
kemudian, kau pun jumpa jalan yang benar
kau tutup aurat
kau jaga penampilan ke arah muslimah
timbul keinsafan untuk tegur rakan2 lain
tegur xsalah
tapi ingat, time dulu2 time kau sama je ngan diorang
apa yang kau fikir? apa yang kau kejar?
sebelum cakap, biar berpada
kadang2 disebalik teguran kau tu, terselit riak
kau xperasan ke?

contoh dua:
dulu kau belum berkahwin
kau sangat la romantik dengan bf
ke hulu ke hilir mesti bersama
setiap post dalam belog asyik cerita cinta kau je
dalam fb, berkomen2 rindu dendam segala bagai
sampaikan aku yang jahil ni baca pun malu taw
tapi bila dah kawin, kau cakap camni pulak
rindu kat suami xpe, dapat pahala
rindu kat bf, dapat dosa
um, mentang2 dah kahwin, camtu pulak

yela, aku mungkin cakap macam ni sebab aku belum berubah
aku belum tutup aurat sepenuhnya
dan of kos sebab aku belum berkahwin
so, post ni untuk mengingatkan aku
bila aku dah berjaya ke arah tu
aku xnak riak
mungkin aku pun akan bagi teguran kepada orang yang macam aku sekarang
tapi aku tak nak takbur dengan sinar yang Tuhan bagi.
aku takut terpesong dari niat yang sebenar.
kalau dapat kahwin awal, alhamdulillah.
untung kau.
dapat kahwin yang fully ditanggung oleh family.
semua orang berusaha nak ke arah yang lebih bagus.
insyaallah, semua akan berjaya.
tapi mungkin perlukan sedikit masa.

jangan riak
hati kita belum tentu kukuh dan teguh nak pertahankan semua benda

peringatan untuk aku juga.



Thursday, October 13, 2011

menyampah !


hey blog.
kau pun tahu kan.
aku ni memang malas belajar dulu.
aku memang xsuka buat kerja bersungguh2.
tapi bila dah keje ni, aku xpenah pun abaikan tanggungjawab.
yela, xkn nak makan gaji buta kot.
pantang betul bila orang suka bising2.
kecoh2.
dah kau loser konon suka kumpul duit xkawen pun xpe.
nak emo2 ape plak.
keje je la sehabis baik.
dasar si rabbit loser.
keje malas.
makan gaji buta.
kentut.
aku diam bukan sebab aku bodoh.
tapi sebab aku xnak jadi bodoh cam kau.


sori, emo.

Tuesday, October 11, 2011

penyakit dewasa yang kronik


salam blog yang dah lama ditinggalkan. sori sebab xmampu nak datang lawat setiap masa. lagipun sejak bergelar dewasa ni, hidup makin kucar kacir.

aku xpenah rasa yang aku dah dewasa. tapi keadaan sekeliling dan perubahan emosi memang sangat banyak ke arah untuk sedarkan aku yang aku sudah melangkah ke peringkat dewasa. umur 23 dah dewasa ke? chill la. baru 23. ok, itu hanya kata2 hati. tapi kenyataan nya, alahai aku dah 23!!!

apa yang membuatkan aku makin sedar yang aku dah dewasa ialah perubahan masa melepak. dulu aku ade banyak masa melepak n enjoy. sekarang? bukan saje xde masa, tapi aku dah xreti nak melepak. dulu time kulit muda remaja, aku hanya guna pembersih muka anti jerawat sari gamat safi je. tapi sekarang dah xmampu dah. kene up grade kepada safi rania gold untuk pertahankan kulit muka. dulu terlalu banyak masa untuk pegi salun segala bagai, stim rambut la, ape la. sekarang, nak syampu rambut pun lenguh tangan.

part paling best, aku memang jenis xingat birthday orang. tapi ade jugak certain2 orang yang aku akan ingat birthday dy sebab mudah nak ingat. tapi biasa la, sejak konon2 nya dewasa, birthday yang senang ingat pun aku lupa. haha. hidup memang terlalu sibuk.

bosan + nyanyuk + banyak tanggungjawab + berdikari = dewasa.



Thursday, September 1, 2011

raya 2011


hye belog. alhamdulillah raya kali ni dapat beraya dengan family, dapat menyediakan yang sepatutnya. maksud aku sempat sediakan biskut raya. aku ingat tahun ni nak beli je. tapi sebab mama dah tanya awal2 lagi nak beli or buat. so, aku assume pertanyaan dia tu sbenarnya nak suruh aku buat biskut ut. hehe. sempat la buat 3 jenis je. tart nenas, cornflake madu, and biskut suji.

raya pertama biasa la pergi kubur, teman family gi sana sini. memang sangat penat. lagi bertambah penat bila orang asyik tegur kenapa nampak makin bulat hstybhsgdydjwhuhka -.-" tapiiiiiiiii....ade gak yang tegur makin cantik. HAHAHA. so, aku xde la terasa hati sangat. ade gak yang jenis annoying, asyik tegur banyak kali kenapa aku gemuk sangat. aku diam kan je, walaupun mata aku jeling2 itik kat anak dia kat sebelah aku. LAGI GEMUKKKK KOT ! hahaha. sbb mak dia je yang berdosa ngan aku tapi anak dia xberdosa. so, aku diamkan je. tapi dalam hati aku berkata " sorry, aku xsuka cari pasal dengan orang yang xsama tahap" haha. ye, aku memang jahat.

hari raya kedua duk hadap tv dan tidur je. penat kot. raya pertama kul 1 pagi baru sampai rumah. hari ketiga paling best. mama suggest nak buat open house. tapi xtaw ape nak masak. aku dengan confident haruslah google resipi di myresipi. so, godek2 aku pun masak mee kari dengan mama. alhamdulillah, laku. semua orang cakap sedap. siap bertambah2 lagi. thanks pada yang sudi datang.

hari raya ke 4 = today adalah birthday mama. yeay! happy ** years! hehe. aku xmampu nak hadiahkan intan berlian, aku xmampu nak hadiahkan langsir mewah, aku xmampu nak belikan kerusi urut ogawa, aku xmampu nak bawak balik bf korea. tapi aku hanya mampu jamu mama dengan nasi hujan panas hasil air tangan aku. semoga mama menjalani hari2 mendatang yang membahagiakan.


love u



Sunday, August 28, 2011

mimpi yang berulang



hye belog. ingat x,dulu bila kat UMT, aku paling takut dengan bunyi ombak. aku risau kalau2 itu petanda tsunami. ye la, UMT kan sangat dekat dengan pantai. tidur malam pun still boleh dengar bunyi ombak yang kuat. kadang2 seram gak.

disebabkan ketaksuban aku dengan tsunami, aku sering mimpi pasal tsunami. air laut yang berombak melimpah ruah ke daratan. ombak tu tinggi. tapi nasib baik ombak tu bukan seperti tsunami yang sebenar yang akan tarik semua benda ke laut. dalam setiap mimpi, aku berjaya selamatkan diri. alhamdulillah. dan dalam setiap mimpi jugak, aku akan bersama dengan orang yang berbeza.

bila aku cerita kat orang2 sekeliling aku, diorang akan cakap aku jadi camtu sebab aku terlalu fikirkan pasal tsunami. ok, aku mengaku, memang kadang2 aku terfikir pasal benda tu, then masuk la dalam mimpi. masalahnya, kadang2 aku langsung xfikir. tapi mimpi yang sama still berlaku. sehingga sekarang dah 5 kali aku mimpi pasal tsunami. aku sangat nak tahu samada mimpi tu cuma mainan tidur aku mimpi tu memang ade maksud tersembunyi.

mungkin jugak tuh adalah peringatan dari Tuhan yang aku xsedar, atau mungkin mainan syaitan untuk meresahkan hati dan jiwa aku yang kacau. Hanya Allah Maha Mengetahui.



Saturday, August 27, 2011

27 ramadhan


hey blogggg! hari ni sangat indah. pepagi dh bangun bawak anak2 kucim pergi shopping. of kos aku punya penat memang sama dengan makcik yang ade anak 4 orang. pening kepala aku layan kerenah diorang, tapi xpe la. janji diorang hepi dan dapat beraya sakan.

then aku busy dengan beli cat la hape la. konon2 cam semangat raya la sangat kan. haha. paling best, aku dah janji ngan mama nak buat biskut raya. tapi hampa, sampai saat ni, habuk biskut raya pun xde lagi haha. serius tahun ni malas gila. tahun lepas aku rajin maybe sebab time tu aku still menganggur. huhu.

petang plak, aku sebuk mengemas rumah. dah macam lagak bibik dah. panjat sana sini. angkut itu ini. nasib baik dapat upah air milo tabur. HAHA. paling penting, tadi aku ade majlis buka puasa bersama geng Qber (Mija, Ada, Aimi, Nani, Nina, Epi, Mimiey, Zieda, Tema) di chim chum. alhamdulillah sebab still bleh berkumpul wlaupun setahun sekali. nampaknya, wlaupun umur dah 23 tahun, masing2 masih ngok cam dulu gak. haha. langsung xmatang. aku xsabar nak tengok kematangan diorang. haha

aku jumpa matahari di malam hari. hangatkan suasana. sila terus bersinar. jangan pernah malap.

semoga semua orang disekeliling aku terus bahagia.
dan
semoga berjumpa lagi ditahun depan.



this is the real fate.


hey!



p/s: kita xmampu pegang semua benda. walaupun hanya janji2 kecil. banyak benda yang terpaksa kita lepaskan sambil memejam mata dan tangan sebelah lagi tikam dada sendiri.


Friday, August 26, 2011

alhamdulillah syukur



alhamdulillah sebab aku dapat cuti untuk raya
alhamdulillah sebab bos bagi aku cuti before and after raya
alhamdulillah sebab aku ade driver untuk balik raya
alhamdulillah aku sampai klate dengan selamat
walaupun driver aku drive cam hsdhgahfifikds. TQ.
alhamdulillah sebab dapat berbuka dengan family.
alhamdulillah sebab dapat bershopping raya bersama.
alhamdulillah.

Friday, August 19, 2011

tunding jari pada semua


hye belog. tujuan post kali ni adalah untuk bincang hal yang xpenting pun. aku ade baca post hanis zalikha yang kurus, cantik dan femes tu berkenaan teller bank yang menipu. aku tahu aku ni xla sepandai, secantik dan memang langsung xfemes cam hanis. tapi aku cuba nak jeleskan ape yang patut.

kita manusia ni semuanya sama. ade baik, ade jahatnya. bila nak cakap amanah, bukan teller je yang kene amanah sebab dia keje bank. tapi kita sebgai orang biasa pun biarla amanah. aku pun bukan baik sangat. jahil banyak kot. pengalaman keje pun baru berapa bulan. tapi agak banyak sangat ragam manusia yang aku jumpa.

bila dalam post tu dia cakap, mak dia penah kene tipu. kakak dia penah kene tipu then di support oleh orang2 lain. fine, sume orang penah kene tipu dengan teller bank. aku keje bank. aku penah jadi teller. aku tahu ape rutin diorang. sumpah, aku langsung xpenah terfikir utk amik duit dan alhamdulillah kawan2 aku jugak camtu. walaupun kawan silap letak berpuluh ribu di tempat yang xsepatutnya, xde sorang pun yang berani sentuh kecuali dengan niat untuk bagi balik.

kalau cakap pasal teller tipu duit, customer pun ade tipu. aku sendiri penah jadi mangsa. dulu ade bangla bank in duit palsu la. aku terlepas pandang. akhirnya kau yang kene ganti. ade tu plak, pakai smart2, wangi2. bank in duit banyak2, tapi dalam bundle duit rm50 ade jugak not rm5. ni ape kes?

aku penah ade satu kes, sorang customer tertinggal purse di ruang menunggu. then ade orang pass kat aku. aku terpaksa selongkar purse tu untuk tengok ic dia and check dlm sistem. aku cuba call no hp yang ade dalam sistem. tapi no tuh ggal di hubungi. so, aku terpaksa buka lagi purse tu untuk cari maklumt dan aku berjaya call the owner. dlm purse tu ade duit yang agak banyak. bila dia datang, aku pulangkan balik purse dia dan dia ucap tq berkali2 tanpa check dulu dia punya purse. mybe maknanya dia percayakan aku. alhamdulillah. kalau aku nak amik, boleh sangat. time aku cari maklumat tu, aku kat backroom, so xde cctv. tapi sebab rasa amanah, langsung xde terlintas pun nak ambil.

so, xadil la kalau menunding jari pada satu pihak saja. jangan sebab nila setitik kasi biru susu sebelanga. kita sendiri yang kene sama2 peka, amanah sket. ingat satu benda je. hari ni kau curi duit orang rm10, xmustahil bulan depan kau hilang rm1000.

salam.


rindu nyeeee.



hye belog! woaaaa! akhirnya dapat gak aku curi2 masa untuk online! rinduuuuuuuuuu! walaupun aku bukan la sebuk sangat, tapi agak sebuk la jugak. dengan kerja lagi, dengan kehidupan dengan kawan2 lagi, dengan family. macam2 lagi la.

puasa tahun ni memang xbest. feel ke bazar ramadhan? ade la 3,4 kx aku ke bazar. tapi ofkos la still xbest sebab xde makanan2 kelate yang aku nak! aku rindu nak makan kueh butir nangka, akok jagung, colek and macam2 lagi. huwaaaaa! rindu nak berbuka kat klate ngan family. tapi xpe la, lagi 4 hari aku kan balik kampung. yeayyyy!

pasal persiapan raya pulak, aku baru beli sepasang baju raya yang sangat biasa. dengan harapan nak jahit manik sendiri. tapi dah hampir 2 minggu aku cuba nak jahit. sampai sekarang separuh lengan baju pun blom siap. hahahaha! yeah, aku busy, bukan malas.

paling sayu bila mama call tanya nak baju raya tak. sebab dia dh bawak adik2 shopping raya. terharu sebab dia masih ingatkan anak dia yang jauh di rantau ni. jauh la sangat. bukan oversea pun! haha. serius xsabar nak balik kampung. nak buat biskut, nak shopping raya. haha. sangat xmatured.

ok, tu untuk next week. paling penting, malam ni aku akan berbuka dengan sygku, tima, gee n cikno! oh, rindu nak borak sampai muntah.

kla, selamat semua!


Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan


hye belog
esok dah start puasa (ye kot. hehe)
tp syg sebab aku xleh merasa 1st day puasa
biasalah, aku hanya seorang perempuan yang normal dan subur. haha

Ramadhan tahun lepas paling best
sebab aku yang kene bangun pagi2
panaskan lauk
kejutkan adik2 n parent untuk sahur
bila petang, aku la orang yang paling sibuk
hidangkan makanan, siapkan yang mana patut
bila nak dekat raya
aku jgakla yang paling sibuk
dengan biskut raya lagi
dengan bawak adik2 shopping raya lagi
tapi aku sangat hepi sebab dapat bahagiakan family

tahun yang sebelumnya pun best
aku celebrate puasa dengan kawan2 umah sewa
berbuka ramai2 kat kedai
tapi time xleh puasa lagi best
orang keluar sahur,untuk sahur
tapi aku keluar sahur untuk tapau nasi goreng ikan masin
bila kul 11 pagi, sebelum pergi kelas,
panaskan nasi tu pastu yang satu taman boleh bau
sangat xsenonoh. huhu.

tapi tahun ni puasa yang paling sedih untuk aku
aku sorang2
tanpa family
tanpa kawan2
betul sorang2

sayu?
Tuhan je yang Maha Mengetahui. :'(

xpela, semoga raya kali ni lebih bererti untuk aku.
barula betul2 dikatakan anak perantau.
syok sket dengar lagu raya nanti time on the way balik kampung.
hoihoihoi balik kampung !



Friday, July 22, 2011

oh pinky pinky, kembalilah.


yahoooo!
syukur alhamdulillah
pinky dah kembali
setakat ni aku masih berpuas hati dengan dia
walaupun aku tahu
dia bukan pinky yg baru cam dulu lagi
tapi xpe la
sekurang2nya aku masih ada dia

semoga pinky xkan tercedera lagi.
aminnnnnn~~~

Sunday, July 17, 2011

20th July 2011


aku menunggu tarikh tu
xsabar untuk ucap buat kali pertama
selamat ulang tahun yang pertama untuk hadiah dari syurga
cinta hati aku

aku xkan penah berubah untuk kau :)
damai la kau disana.

lelaki memang begitu


hye belog
kau perasan x yang lelaki ni pelik
diorang selalu cakap yang perempuan ni asal dari planet lain
sedangkan diorang lagi pelik

bila tengok perempuan stylo sikit, rambut kaler2.
mula la tengok sampai juling mata.
bila kita nak stylo and kaler rambut camtu, diorang xkan bagi.

lelaki suka tengok cita romantik.
dari matanya, kita tahu yang dia kagum dengan hero tuh.
tapi bukan dia amik iktibar pun.
bukan setakat cincin, bunga pun xpenah bagi.

diorang akan cakap saya nak hidup dengan awak.
tolong awak masak.
sentiasa menemani awak.
oh yeah?
tunggu la dah kawen nanti.
time kau masak, dia yang maen game je.
time kau bosan, dia akn tdo je.

lelaki memang pelik.
dia akan ejek kau gemuk.
perut dan dagu berlapis2, pendek.
tapi boleh pulak dia cakap dari hati ke hati.
konon2 kalau kau tinggi sikit dari sekrang mesti kau sangat cantik.

lelaki oh lelaki.

KAKI TV KAN?


HYE BELOG
kalau kau betol2 kawan aku kau mesti tau ape cita2 aku kan?
doktor?
erk, tuh cita2 yang educated.
maksud aku cita2 aku yang sempoi tu.
untuk memiliki kedai runcit.
aku hanya duduk di kaunter.
beserta kipas kat tepi.
tv kat depan.
pc yang ade internet kat tepi sebelah lagi.
sangat heaven kan? hehe

walaupun aku konon2nya wanita busy.
tapi aku masih mampu untuk menonton tv!
time weekend xyah cakap ah.
tu memang rutin aku dari celik mata sampai pejam mata balik.
hari2 keje pun aku sanggup reka alasan untuk balik awal taw.

antara cite yang aku akan usaha untuk tonton
mesti la JUVANA.
best kot cite tu.
tp sayang, esok da last episod.
hari selasa, aku mesti tgk ana lu'lu.
memang cite dia cam sengal. tapi aku suka.haha.
then, aku suka tengok annissa.
kisah persahabatan.

yang bestnya, bf pun turut terpengaruh ngan aku.hahahaha
tuh part yang best.
part yang xbest.
aku plak yang ngok terpengaruh tengok bola macam dia.
ARGGHHHH..
manusia memang cepat terpengaruh!


HUAAAAAAAAAAA !


hye belog kesayangan
ya allah, sumpah gila rindu kau
banyak betul benda aku nak tulis.
ok, satu2 k.
rilex ah, tenang sikit.
oh, meh nk buka aib jakun aku.
last weekend, aku berjaya hadir dua2 gig tv9 tuh.
semangat? memang ah semangat.
dah la uat kat ict je, free pulak tuh.
dan paling penting, aku memang sangat rindukan hiruk pikuk macam tu.
ye, memang nampak sangat aku masih xnak berganjak ke arah MATANG.
gig tuh ok la.
sangat happening.
sesuai ah dgn jiwa aku yg very the local.
sume artis yg perform band2 local je.
paling best
AKU ANTARA YANG ISTIMEWA SEBAB DAPAT KAYU YANG PUKUL DRUM TU.
DAN YANG BALING TUH ADALAH KUMPULAN PESAWAT.
OH, TQ!

sumpah aku jakun -.-"
haha
pape pun aku happy and enjoy.
tq kepada bodyguard ku sebab sudi kawal
aku dari jadi mangsa keganasan lompatan mat rempit.

tq :)


Monday, June 27, 2011

ouch. rindu :'(


kalau memori tu tertulis guna pen
aku pdam guna liquid paper

kalau tertulis guna pensel
aku sanggup padam guna pemadam

kalau tertulis pada batang pokok
aku kasi tebang itu pokok
yang lepas tu siap buat perabot

kalau tertulis kat atas pasir tepi pantai
xpayah tunggu ombak pun
kaki aku sanggup memusnahkannya. haha

kalau terukir atas cermin
aku sanggup tumbuk cermin sampai pecah

kalau ade terlekat kat dalam otak
aku sanggup jadi gila. so, xkan ingat apa2.

tapi sayang,
memori tuh kat hati.
sampai mati pun akan tetap kat situ.

i miss u.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Wednesday, June 22, 2011

matang bukan di dahi.

hye belog.
spesies aku adalah spesies yang nak kawen awal.
bagi aku, banyak kebaikan kalau kawen awal.
but some of my fren yg dah kawen asyik bagi respon yg negatif.
walaupun aku faham kenyataan yang xsemuanya indah.
tapi diorang suppose to balance la kan.
not fair ah kalau asyik cite yang negatif je.
xkan la kau punya perkahwinan tu semuanya teruk kan.
mesti ade yang indah jugak kan?

diorang asyik cakap, better umur 25 keatas la baru kau fikir pasal kawen.
umur 23 terlalu muda la.
xmatang la.
nanti sama2 xmampu handle idup la.
ape la.
suami time b4 n after kawen berubah la.

paling xtahan kawan aku cakap aku langsung xmatang.
oh, COME ON BABE.
aku matang ok.
kau cakap aku suka gelak kuat2 sampai sound tu dari pantry ke kaunter pun clear.
eh, tuh memang aku punya stail yang chumil kot gelak kuat2.
xsemestinya aku xmatang.
aku mampu jamin nanti aku umur 30 pun aku still gelak camtu.

kau cakap aku mudah nangis kalau ditimpa pape masalah.
please la, tu pun salah satu lambang xmatang ke?
aku bukan nak nangis sangat pun.
memang la aku sedih, tp time tu jugak mata aku masuk habuk.
thats y la mata aku berair ok, bukan menangis. HAHA.

kau jugak cakap aku xmatang sebab selalu bergantung kat bf.
sampaikan kalau duit short pun aku mintak tlg dia.
aku yang kalau boleh semua benda nak bf buatkan.
tu bukan bermakna aku xreti berdikari ok.
cuma aku bagi peluang kat bf untuk praktis jadi orang lebih bertanggungjawab.

matang aku dalam hati.
kau baru kenal aku 7 bulan kot.
apa kau tahu.
aku rasa kau lagi teruk.
buka aib suami depan orang.
ish ish ish. buruknya perangai matang kau.

semua hal ade baik buruk.
bukan dalam bab kawen je :P


Monday, June 13, 2011

AK (ABAH KAU)


hello belog cumil
ni bukan pasal abah kau
tapi ini adalah pasal abah aku
ye, pasal abah kesayangan aku
walaupun xbanyak kisah romantik antara aku dan dia
tapi sumpah aku sayang dia
walaupun dia xtahu T.T

masa aku kecik sampai besar
walaupun dia xpernah cakap dia sayang aku
tapi aku tahu yang dia terlalu sayang aku
(pergh, ayat aku penuh yakin)

waktu kecik2, bila mama aku marah2
aku akan merajuk dengan muncung dinasour dan nyorok belakang langsir
abah la hero yang datang bersama aiskrim untuk memujuk

bila dah besar sikit, seorang ibu mestila nak ajar anak berdikari
kene basuh pinggan bagai
tapi abah dengan gentleman akan cakap
'xpe, tinggalkan. nanti abah basuh'

bila kuar jalan2, sepanjang perjalanan aku ok je
tapi bila masuk je lorong nak ke rumah
aku akan cepat2 baut2 tidur
kenapa?
mestila sebab nak abah dukung masuk ke dalam rumah
haha. aku pun xtahu ape motif aku time tu.

bila aku dah makin remaja, aku sangat nakal.
time skul, bila aku uat hal dan sampai kene gantung skul
abah langsung xmarah
tapi harusla dia bagi aku minum air semayang hajat yang dia buat. haha.

bila aku dah makin dewasa
abah begitu mengharapkan aku untuk handle adik2
dari peralatan skul diorang
baju dan kasut raya
persiapan untuk masuk u
semuanya akan diserahkan kat aku
dia juz bagi ongkosnya
sebab dia percayakan aku
dia tahu aku mampu jaga adik2 aku

walaupun aku dah keje
tapi aku masih mengikis abah (kadang2 la.hehe)
aku kecian kat dia
aku selalu mengeluh xde life
tapi life abah lagi bosan
seawal 6.30 pagi keluar pergi kerja
balik umah dah maghrib
on weeekend plak abah duk umah je
dia xsuke keluar lepak
bila anak2 nak keluar berjalan, dia xsuke untuk ikut
tapi dia sangat pemurah untuk keluarkan modal

dari situ aku faham
dia kerja, bukan untuk dia
dia buat simpanan, bukan untuk dia
dia sanggup duk rumah, bukan sebab dia membosankan

tapi sebab dia adalah abah.
serius dia seorang abah yang kool.
xpernah berkira.
xpernah banyak soal.
sangat tabah.
sangat penyayang.
sangat bertanggungjawab.
walaupun ade tindakan dia yang orang lain xfaham dan xkan faham.
dun worry abah, aku faham.

mungkin aku xmampu balas semua jasa dia.
mungkin aku bukan anak yang baik.
tapi aku tetap syg dia.

:'(



Sunday, June 12, 2011

alhamdulillah


hye belog
hari ni adalah hari bercuti yang terakhir
esok aku dah TERPAKSA mula kerja.
OMG! sila hentikan waktu~
selepas 10 hari bercuti, memang kompem dah malas nak g keje balik
tapi aku syukur sebab dapat abiskan masa sepenuhnya dengan bf
paling penting semalam aku rindu gila kat mija
dan untuk pertama kali lepas dah keje aku g melawat dy
sumpah rindu sangat2!
dan sangat xsabar untuk jumpa lagi lepas ni.
mija masih xberubah.
masih gila seperti dulu.

kepada bf pulak,
tq sebab masih xberubah perasaan terhadap aku walaupun
perubahan sikap dia begitu ketara
dan hanya mampu gelak bila aku ugut untuk bercerita di belog tentang perubahan dia.
biasala, dulu waktu awal bercinta
bila gelak, akulah yang paling cun
bila menangis, hingus aku yang paling swit
tapi sekarang, gelak aku di sambut dengan gelak angin dari lubang idung dy je
tangis aku di iringi dengan dengkuran dy
tapi xpe, i totap heart u !

oh, dah 2 jam kat CC
harus pergi sekarang~

Friday, June 10, 2011

memang xbersyukur


hye belog
aku rasa aku ni masih lagi ditahap xbersyukur

aku selalu mengeluh bila fikirkan pasal my pinky tu
tapi aku lupa ade orang lagi derita
atleast aku masih ade kereta untuk pergi keje
bila tengok nasib pak guard kat tempat keje
baru dlm hati terdetik alhamdulillah.
dia datang keje naik basikal
bila hujan lebat, dia redah je
sampai bank, basah kuyup
aku suruh dia keringkan badan dulu.
tapi dia cakap "xpela, nnt kene aircond, keringla"
betapa posotifnya dia, walaupun menggigil kesejukan

aku selalu mengeluh kerja aku teruk
aku asyik fikir betapa penatnya aku bekerja
tapi bila aku borak dengan aci cleaner kat tempat aku
baru aku sedar, ade orang yang nasib lagi teruk
aci tuh datang kerja awal pagi
dia kene mop lantai, vacum carpet, lap cermin
bukan satu rung yang sempit, tapi sangat luas
merangkumi banyak kawasan
dia kene cuci toilet lagi
kemaskan pantry
buat air untuk Priority Banking customer
sangat penat
dari pagi sampai petang
bila habis office hour, dia buat OT kat tempat lain
dengan usaha keras dia dari pagi sampai malam,
dapatla gaji area RM700.
bila dengar cerita dia, aku mengucap syukur dalam hati

aku asyik mengeluh tanpa fikir nasib orang kat sekeliling jugak.

aish!


hoyeah

ye blog kesayangan
sumpah rindu gile nak berblog
banayak gile yang aku nak cerita
ok2
kita stat satu2

pasal kereta
my lovely pinky masih dlm bengkel
aku sangat dan sangap rindu dia ok.

pasal kerja
sekarang dah banyak improvement
and aku makin memahami kerja aku.
erk, nampak sangat sebelum ni buat2 faham.

pasal hidup
sekarang okla
cuma dah no lepak2. no enjoy2.
sekarang misi adalah mengumpul wang dan harusla berjimat cermat.

pasal bf
aku sangat berharap dy sanggup tinggalkan FUTSAT OF WATEVER
untuk aku!
oh pleaseeeeeeeee !

pasal kesihatan
oh yes!
dah seminggu aku MC sebab kene demam campak
biasala, badan naik gatal2
pergi hospital kerajaan, doktor tanya aku sakit apa
aku jawab naik gatal2 kat badan, elergik kot.
then dy tanpa belek, lihat or sentuh berkata
"xpe, saya bagi injection"
bagus, macam aku plak yg doktor sbb dapat tentukan sakit ape.
part paling xtahan, dia nak inject kat area bahu je pun
tapi aku terpaksa la selak2 dari atas sket
sebab lengan baju aku xleh selak sbb lengan ku yg tough
bleh x yg dia blah n pass soh nurse yang inject kan
jaga iman konon2nya.
hampeh.
ok, part tu ok lagi.
esoknya aku punya gatal2 makin teruk.
aku pun pergi klinik swasta yang berbayar mahal
doktor tu check tgn aku
check temperature
check blood pressure
then doktor tu cakap aku kene demam campak.
oleh sebab itu, dapatla aku MC seminggu.

see, betapa besarnya beza doktor bayar seringgit dengan doktor bayar mahal !
kompius aku!



balik dulu ~

Tuesday, May 17, 2011

diam. kau ape tahu.


hye belog.
dah 3 hari xjumpa dengan miss pinky
sumpah rindu gila kot

bila dah jadi camni, orang sebuk bagi pandangan
and of kos, majoriti akan bagi komen negatif
memang aku sedar dia xkan cam dulu lagi
aku sedar dia xkan jadi baru lagi
aku sedar dia dah xkan segagah dulu

tapi kau tahu ke ape perasaan aku?
kau tahu tak yang benda macam ni boleh menimpa kau jugak?
cakap memang senang.
tengok pun memang senang.

memang la bendanya kompem negatif.
but please la.
kalau setakat nak menambah luka kat hati aku ni, lebih baik kau diam.
setiap hari aku akan tanyakan bf soklan yang sama.
"dia akan ok kan?"
dan bf akan jawab
"ye sayang"

aku tahu bf tipu.
aku tahu yang semuanya takkan ok lagi.
tapi ape yang aku bleh buat?
aku hanya mampu senyum dan pura2 tabah.
aku tahu yang mungkin aku ni terlalu ikutkan perasaan.
mungkin juga aku masih perlukan masa untuk terima dengan redha.
mulut aku cakap redha, tapi hati aku sadis.
Tuhan je yang tahu.

TAHU X AKU SANGAT SAYANGKAN DIA?


P/S: sori, maybe post aku kali ni terlebih emo. :'(

Sunday, May 15, 2011

Tuhan lebih tahu


hye belog
mari kita berkabung sempena kecederaan miss pinky
kecian dia
jantung aku terhenti kejap
.
.
.
.
.
.
.
.
mungkin Tuhan nak sedarkan aku
jangan terlalu sayangkan harta dunia
aku sedar silap aku
terlalu, terlampau sayang sangat kat dia.
.
tapi kalau dah tertulis ni ujian untuk aku
aku redha je la
fikir secara positif
yang penting semua selamat
harta, duit bleh dicari.
nyawa, jari, kepala, kaki, memang xde jual kat kedai.

patah hati ni akan sembuh
pecah jantung ni akan bercantum
sumpah aku tetap akan sayangkan miss pinky,
walaupun dia mungkin xkan sesempurna dulu.

sayang sangat kot. :'(
doakan miss pinky akan siap secepat mungkin.
aku sangat rindukan dia.
tidur malam xlena, makan xkenyang.
miss u !

please be strong my pinky!



Saturday, May 7, 2011

kalau dah bosan.


hye belog
sudah lama aku xmampu nak jenguk blog atas dasar berukbeng yg xmampu
dua tiga hari lepas mama datang bersama adik2 lelaki
so, dapatla lepaskan rindu wlaupun sangat la dua hari je
aku yang bijak pandai ni
haruslah minta cuti dari bos yang konon2 emergency leave nenek meninggal
padahal yang meninggal tu bukan nenek aku
tapi mak mertua kepada pakcik mama aku
ade kene mengena ke? hehe..

akhir2 ni macam kurang idea je nak berblogging (macam la sblom ni ade idea)
mungkin kemahiran mengarang karangan dah makin lupus
ataupun kemahiran menggoreng thesis makin dilupakan? hehe.

oh, hari ni hari ibu
selamat hari ibu untuk diri sendiri je la kan :)
jaga ibu masing2.
kepada lelaki yang sudah ade isteri pun.
jaga isteri kau jugak.
dia pun ibu kepada anak kau.

SELAMAT~


Saturday, April 30, 2011

selamat hari buruh!


hye belog kesayangan
berdasarkan pada tajuk, buruh tuh aku maksudkan sebagai pekerja.
xkesah la kau kerja apa ok.
bukan hanya khusus kepada buruh binaan je.
paling penting, ni kali pertama aku cuti hari buruh dan aku bergelar buruh.
erm, faham x ayat kel*ng aku? hehe
tapi cuti la sangat.
hari sabtu pergi training half day.
hari buruh je yang betul2 cuti.
on monday pun camtu. kene pergi settle keje half day.
see, betapa busynya aku.
tu la salah satu sebab kenapa susah nak hangout dgn kwn2. sob.sob. (alasan)

pape pun aku still dalam mood excited sebab baru pindah rumah.
dekat je ngan tempat kerja.
dalam 5min pun dah sampai.
xperlu la aku bangun awal2 lagu.
bangun kul 7.30 pun still sempat.
so, kpd kwn2 yang nak datang lepak.
ayuh la ke mari. hehe.
rumah baru tu sangat best.
tapi satu je yang xbest.
aku kan guna berukben yang pakej student.
bila dah pakej student, mestila murah dah line cam harem.
of kos kat rumah baru yang permai ni, langung xleh guna berukben aku ni.
ish ish ish. frust frust.
see, ni adalah penyebab kenapa aku dah lama xonline.

akhir2 ni semua orang asyik tegur kenapa aku dah makin gemuk.
oh, aku sedar la wei.
tapi ape bleh buat. hehe.
Alice yang saiko siap panggil aku hippo.
memang dah tahap obes ni.
ayuh diet! wek, lupakan. haha.


p/s: rindu kat kawan2 :'(

Friday, April 22, 2011

.......frust :'(



hancur hatiku mengenang dikau
menjadi keping-keping setelah kau pergi.
.
.
.
.
.
.
.
.
ku angankan pelamin indah
untuk kita berdua singgah
sayangnya, semua musnah :'(
.
.
.
.
.
.

Tak bisa terima kau pergi.. dariku
Aku masih tetap cinta
Lalu kuputuskan kutunggu DUDA mu



ok. post kali ni memang tersangat saiko dan xde orang yang akan faham.

kecuali orang turut merasakan betapa frustnya aku melihat ashraf muslim yang dewa meletup tu dah bertunang!

huwaaaaa! frust oh!

hehe..


ps: bf, harap faham. :D



Tuesday, April 19, 2011

jom imbas kembali !


antioxidant
microalgae
chloroplast
ekman grab (kumpul bahan genetik) ahahahahahah..
laminar flow
spectrometer
centrifuge
salinity
kreb's cycle

wakdehal?
ni je yang aku ingat?
HAHAHA.

sori, aku dah murtad biologi.
sekarang hanya tahu kira interest
debit credit

lain2?
zero.

siot je kan?


Friday, April 15, 2011

mari bercerita !


hye belog kesayangan
aku makin hari makin busy sampai nak stalk orang pun dah xsempat
kepada kawan2 yang masih mencari peluang pekerjaan
kat sini aku juz nak bagitau yang HL Bank masih membuka peluang
program nya sama je dgn yang aku join dulu
mungkin orang tertanya2 macam mana keje yang aku lalui kan?
mungkin juga ramai yang takut disebabkan pengaduan yang berlebihan aku dlm blog ni kan?

akhir2 ni ade 5 orang yang tanya aku, keje bank ni best ke?
sebenarnya kerja bank ni, ok la.
xsenang, xmudah.
memang la xde keje yang mudah kan?
aku rasa keje papepun semuanya ade baik n buruknya.
cam keje bank, memang kau busy.
kau kene ade rasa tanggungjawab.
kau kene bermotivasi tinggi.
sanggup ambil cabaran.
contohnya, bila kau diberi tugas berat, kau akan sangat stress.
tapi bila kau usaha dan tugas tu selesai, sumpah kau akan rasa sangat CAM BEST !

lagipun keje memang kau kene berkomunikasi dengan manusia.
orang boleh maki kau, kau hanya perlu diam dan senyum.
kat belakang kau maki la dia balik.
tapi xsemua customer cam tu.
hati kau akan sangat berbunga bila ade customer yang senyum and say thanks kat kau.

apepun, aku juz nak cakap.
keje aku sekarang memang sangat bagus untuk membina identiti.
yela, time belajar dulu aku juz tahu buat keje last minit and copy paste je.
tapi sekarang x.
aku tepaksa fikir dan uruskan semuanya sendiri.
sekarang aku dah berjaya handle 3 department dengan kebongokkan aku.
so, aku promote ni bukan sebab nak dapat extra bonus ke hape.
aku xdapat pape pun.
cuma at least, bila kau dapat peluang kumpul pengalaman, kenapa kau nak lepaskan?

aku pun mungkin xselamanya kat situ je.
mungkin aku akan try dapatkan keje laen lagi.
tapi sementara mencari, guna segala peluang untuk tambah point dalam diri.
lagipun dengan keje ni la aku dapat bersama dgn my baby pink.

zaman sekarang xpandang berapa sijil yang kau ade.
zaman sekarang zaman kemahiran.
apa kemahiran dan pengalaman yang kau ade.
aku bukan pandai cam kaunselor untuk cerita pasal ni.
tapi ni juz pandangan aku.
sori, dah banyak terpengaruh dengan collegue yang tua2.
sebab aku paling muda kat sana. (haha, motif dh lari).

oh, pening kepala taip entry dewasa ni.


semoga semua orang dapat kehidupan yang terbaik.
amin.


























































Friday, April 8, 2011

jgn pergi..


perasan tak masa tu pantas
dalam masa 24jam, kau boleh pergi banyak tempat
kau jumpa boleh jumpa beribu orang
dalam masa 8jam kau drive, kau dah boleh terpisah sorang KL, sorang di KB
dalam masa 2jam, kau boleh jumpa orang then berpisah balik
dalam masa 45min, sorang di airport KB, satu di Subang (nak firefly)

dalam masa 1 saat, sorang di dunia realiti, 1 di alam yang kekal selamanya.
aku masih belum ready untuk hilang sesiapa pun.
xkesah la samada aku kehilangan atau aku menghilang
plez, jgn ade sesiapapun yang pergi.

Thursday, April 7, 2011

23 yang indah :)


hye blog.
walaupun besday yg ke 23 aku ni xde party
but still puas hati sebab dapat bersama dgn yg tersayang dan family
part paling best sbb manager belanja pizza.
tq bos :)

sekarang aku kat rumah.
sumpah rindu gila kat family
rasa sayang plak sbb xmenggangur lama2
ish, teruk kan ayat tuh
cam xbersyukur
umur dah 23 tapi ayat masih karang guna emosi, bukan akal.

pape pun, on my besday, memang sgt hepi.
aku ingat aku d titik buta.
semua dah lupakan aku.
rupa2nya, msih ramai yang sayang.
tq :')

Tuesday, April 5, 2011

entry rojak kot


hye bebelog cumil
walaupun ABPBH dah lama tamat, tapi aku still nak sebut kat sini
walapun jugak aku tengah buang air besar time bintang paling fofular,
tapi aku tersangat la puas hati dapat tengok dewa2 aku bergabung

SUBHANALLAH,
SHAHIR DAN ASHRAF MUSLIM KOT !
YA ALLAH, KUATKAN IMAN AKU.
haha.
maafkan keterujaan aku. :)

ok, tamat pasal dewa.
esok hari apa?
ye, esok 6hrbln.
hari lahir aku.
aku xmintak banyak untuk usia 23 ni (aku dah makin tua)
cuma mintak supaya diberi kesihatan yang bagus.
maksud aku bagus adalah sihat bukan sihat gemuk -.-"
dikurniakan rezeki yang halal lagi melimpah ruah. (rezeki makanan sederhana pn xpe. pesanan org gemuk)
diberi peluang untuk membahagiakan family
di pertemukan jodoh secepat mungkn dengan pujaan hati (ayat gelojoh)
sentiasa dapat memberikan yg terbaik untuk orang2 sekeliling
menjauhi kemungkaran. mendekatkan diri pada yang Esa
amin.

tahun ni celebrate xmeriah
xde karok, xde besday party.
rindu tahun lepas punya besday
suprised party di McD KT (suprise ke?) haha
then karok dgn Fendians. really miss u guys :'(

pape pun.
TQ kepada bf yang sudi celebrate besday ku.

;D

Sunday, April 3, 2011

di alam mana ni?

hye belog.
dah lama rasenya aku xupload gambar.
bukan saja sebab wayar nak sambung dari hp ke lappy hilang.
(haha..sori, aku xtau ape nama wayar tuh)
tapi antara sebab lain adalah, aku bertambah gemuk.
harap sila maafkan gambar aku yang penuh ruang.
bukan aku xnak diet, tapi balik kerja lewat malam adalah antara punca utama.
mana tak nya, lunch kul 1.
balik kerja kul 8 or 9 mlm, of kos la kau nak melantak sebagai upah diri kan? hehe.
ok, aku tau tuh alasan lapuk -.-"



hye, saya ct no 2.
kenapa no 2?
sebab kat branch aku ade 3 ct.
aku yang kedua masuk branch ni, so aku ct no 2 :)


sila abaikan kecomotan aku.
time nih sempat meroyan di taman sambil2 tunggu servis kete.



Subhanallah, cantiknya bunga2 kuning gugur.
rasa cam nak baring2 guling2 cam cite hindustan.




akhir kata, maafkan dagu berlapis saya. :D



Friday, April 1, 2011

MC tuh ape?


hye blog!
rindu aku x? bukan aku xnak jenguk kau, tapi laptop yang xberwayar yg jadi masalah.

oh, hari ni (1st april) memang sgt april fool bila 1st time aku MC
bukan sengaja nak MC okke
tapi penyakit pening kepala dan muntah2 semakin berleluasa
apakah petandanya? haha!
serius rasa cam pelik2 gitu.
sebab aku xbiasa MC
dah la reason yang doktor gtaw sgt best
dia cakap maybe sebab aku banyak fikir pasal kerja n xcukup rehat
um, ade btolnya gak.

gila rasa macam semakin matang sebab jatuh sakit disebabkan kerja.haha!
matang xmatang, hidup mesti diteruskan!

doakan aku sehat ye kwn2 :)

Sunday, March 27, 2011

ya Allah, aku jatuh cinta lagi !


hye belog chantik
semalam indah kan?
setelah sekian lama xjalan2 di kota raya
semalam tergerak hati nak jalan2 sambil exercise
dalam bank pun selalu lari2 kecil
tapi xberpeluh pun, mengah je yang dapat. hehe.
semalam sanggup parking jauh2 yang murah then jalan kaki je
yela, jalan kaki lagi cepat sampai dari drive -.-"
jem teruk kot.
rindu oh saat duk kat capitol hotel
rindu suasana malam lepak depan mcD BB :)

paling penting, aku gigih pegi konsert terima kasih metro
sebabnya, sebab....sebab...
nak tgk Shahir-si-dewa-hensem-macam-nak-jilat2-je pipinya!
OMGeeeeeee! dia memang dewa okke!
siot je!
aku dapat jilat angin dengan harapan angin tuh menyentuh pipinya pun jadila.
aku xtahu sihir apa yang dy dah bagi aku sampai sumpah aku suka dy.
hahahahahaha!
bf, sila maafkan saya yang teruja dengan shahir.

papepun, sejuta tq kepada bf yang sanggup temankan sepanjang hari.
walaupun time konsert shahir saya hampir menggelupur.
tapi bf sangat tabah.
tq!



shahir, jom kapel !


ya Allah, aku jatuh benci lagi !


hai belog kesayangan
mesti kau rindu aku kan? haha

aku faham bukan semua orang akan suka kita
tak semua orang akan sokong apa yang kita buat
apa yang kita fikir, apa yang kita pilih
tapi aku rasa kau tak de hak kot untuk kutuk aku lebih2
wlaupun banyak benda yang aku terkutuk kau dalam hati,
tapi aku xpernah nak jatuhkan kau depan orang lain
sebab apa? sebab aku bukan jenis busuk hati macam kau.
kau kutuk aku, gelakkan aku, aku xpernah balas pun.
walaupun Tuhan je tahu betapa sakitnya hati aku.
tapi aku senyum je.
biarkan je kau menang kosong.
bukan sebab aku pengecut atau mengaku kalah
tapi sebab aku xnak nampak bodoh macam kau.

hello, aku pun ade cita2.
jangan ingat kau sorang je yang ade matlamat.
kadang2, bukan sengaja aku melepaskan peluang.
tapi sebab aku lebih tahu apa yang aku nak.
untuk apa aku kejar terhegeh2 kat benda yang aku xsuka.
kau memang sangat mencari pasal dengan aku kan?
sori, aku xminat nak layan orang yang xsetaraf :)



walaupun satu hari nanti, kau manager dan aku masih staff biasa.
sumpah, aku langsung xheran.
sebab hati aku xpernah ade perasaan jeles untuk orang macam kau :)
semoga Allah merahmati kau.

Monday, March 21, 2011

itulah kenyataan


muncul lagi di blog kesayangan di tempat ke2 :)
hari tuh aku ade baca statement ni,

"women are most attracted to men when they're unsure just how much the men like them"

betul ke?
.
.
.

itulah kenyataannya kan?
tapi bagi aku, perempuan ke, laki ke semuanya sama.
memang sifat manusia.
suka mengejar yang xpasti.
kalau yang sememangnya pasti dan jelas di depan mata, mesti akan di abaikan.
kadang2 langsung xpandang.
see, selfish kan?
langsung xbersyukur.
pliz la, bukak mata luas2.
apa yang kau kejarkan?
apa yang kau cari?

attracted tuh biar berpada.
kalau kita je yang terlalu bersungguh2, last2 kita yang jadi shit.
sebab orang tuh akan rasa cam best.
so, better move on.
rilex la, maybe after this dia plak yang attracted lebih2 kat kau.
sape tahu kan?



p/s: pergi kat pintu yang dah tersedia terbuka. buat ape tunggu pintu doraemon yang xpernah wujud?


bye2 sayangku si hitam manis


hye blog syg
sori, kau dah jadi no 2
sekarang no 1 adalah pasangan lesbian aku yang baru, BABY PINK
alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik aku selamat
syukur juga sebab tuhan bagi kesempatan untuk aku jumpa abah selama 2 minit
hilang rindu dan segala serabut dalam kepala

sekarang tengah plan nak hantar balik CCC
tq CCC sebab dah berjasa selama 5 bulan
pulanglah kau kepangkuan ibu ku. ceh ceh ceh
sedih la plak nak lepaskan CCC
banyak betul kenangan bersama kete tu
walaupun hanya beberapa bulan
semoga kenangan tu akan terus segar dalam ingatan
hati aku pernah berbunga disitu,
hati aku juga pernah hancur disitu.
ololololo, mengadu nasib kat blog plak.
haha.

si hitam, sila berbuat baik kepada mama. :)



Friday, March 18, 2011

bersyukur lah


hye blog kesayangan yg xsempat dilawati hari2
mak bukan bizi sangat, tapi mak xde idea nk tulih2
khabar yang terbaru, gigi mak saket
berdenyut2 sampai ke otak (erk, otak?)

alhamdulillah idup aku makin okkey la
better than before
keje pun dah xseproblem yang dulu
maybe sebab aku dah berjaya biasakan diri dengan alam keje
stress sikit2 tu biasa la
kalau dulu, setiap kali lunch hour, aku mesti kol kesayangan2 untuk lepaskan stress.
selalu kol my mum nangis2 sambil mintak dia doakan
tapi sekarang lunch hour pun aku sanggup teruskan keje.

diam xdiam dah 6 bulan aku keje
syukur, semalam (18th March) aku dah pun sign surat confirmation
dengan ini, rasmi sudah aku sebagai bank officer
sangat wtf*!
haha. aku ingat aku orang paling bongok sebab dulu
aku start keje dengan zero ilmu pasal akaun, kira2 duit, investment, matawang, cek segala bagai
walaupun ni bukan lah cita2 aku
bukan impian aku
xpenah terfikir langsung, sumpah.
tapi tu la, Tuhan lebih tahu kan?

aku hanya mampu bersyukur sekarang dah keje walaupun
perjalanan cita2 aku jauh melencong
dari cita2 jadi doktor, xlayak!
then amik biologi konon2 ubati hati xdapat jadi doktor,
dapat degree bio, xlayak jugak dapat keje yg sepatutnya.
aku terima nasib ini seadanya..sob! sob!
tapi aku masih harapkan kerjaya sebagai tauke kedai runcit.haha
mungkin pengalaman kerja bank bleh memudahkan urusan kedai runcit aku nanti.
HAHA!

rilex2, dari nasib yang ditangisi ni
aku syukur sebab mampu tunaikan impian hati azam tahun ni.
nak memiliki kete sendiri. yang ditanggung sendiri.
Ya Allah, dah dewasa rupanya aku! haha.

wlaupun (berapa kx walaupun daa..) kete tu bukan vios seperti yang di idamkan.
yela, ukur baju di badan sendiri.
kalau dah tahu kita tu gemuk, jgn pakai baju saiz s.haha.


esok mahu pergi ambil kekasih baru terbabit.
semoga perjalanan aku ke temerloh esok pergi dan balik dengan selamatnya.
aminnnnn~




p/s: azam berikutnya dalam perancangan. semoga dimakbulkan jugak dalam tahun ni.


Monday, March 14, 2011

selamat ulang tahun sayang


haihhh blog.
haihh? hahahahaa..

13 mac, ulang tahun ke 24 untuk tersayang
semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di berkati hidup.

eh, aku dah tgk movie hikayat merong mahawangsa.
serius best gila babeng
aku yang jenis xminat cerita2 hikayat,
xkesah la english movie ke, movie cina ke, siam ke, tamil
tapi, movie yang ni berjaya enarik minat aku
memang best
memang lain dari yang lain
lagi2 dengan hero2nya yang hensem and gagah.
cuba kalau hero 100% melayu digunakan, best ke?
ceh, jadi lanun je lepas ahh.haha.

pastu aku yang konon2 kanak2 cuti sekulah rendah,
sebuk pergi busykan lagi suasana kat petrosains
teringat last time pegi zaman kecik2 dulu
maklum lah, sekarang dah sangat besar.haha.
best la jugak.
tapi xbanyak improvement pun
sama je dulu n sekarang
xde langsung yang berubah
nampaknya, aku je yang banyak berubah.huhu




Tuesday, March 8, 2011

meriah


hye
aku dalam gua yang sepi
kau datang macam bunga api
sangat meriah
siap dengan tarian singa
serius.
kau mercun !

aku senyum xhenti2.


Saturday, March 5, 2011

u'll miss me when im gone


hallo belog
sekarang dah makin bosan
xde lagi kuiz2 bodoh dalam fb
xde lagi topik2 bodoh dalam fb
xde lagi perbualan bodoh dengan kawan2
semua yang bodoh makin hilang

yang aku terpaksa hadap sekarang, bukan bodoh, tapi bosan
8 pagi pegi keje, 9 malam balik keje
weekend, hadap lappy
dah xbiasa dengan bising2 meriah di uptown
nasib baik je abg kat uptown tuh still cam
dah xreti dah nak karok lagu2 tinggi
dah xingat dah camne nak order shisha.
dah xbiasa dengan bau asap rokok.
kehidupan alam dewasa yang makin serius.
serius okke.

sh+t.
aku xready lagi untuk ke alam dewasa.



p/s: Just because everything is different doesn't mean anything has changed.



Sunday, February 27, 2011

itu aku

hey hey
hari ni aku belajar satu benda
sebenarnya pilihan seseorang tu sangat mempengaruhi sikap dia
contoh paling mudah, bila kita pergi ke kedai.
then langsung xde parking.
kau cuma ade 2 pilihan, samada kau waiting sampai ade kereta yang nak kuar parking.
ataupun kau jalan je, turn back and cari parking lain.

untuk orang yang penyabar cam si bf, dia pilih untuk tunggu.
tapi aku lain.
bagi aku, waiting ni sangat like wasting ur time.
and aku sangat xsuka menunggu.
aku prefer if jalan je terus, cari je parking kat tempat lain walaupun kene jalan jauh sket.

semua ni cam ade kaitan ngan sikap and camne kita handle life
aku lebih suka move on, cari ruang yang ade,
walaupun terpaksa tempuh jalan jauh dan banyak rintangan.
aku sangat pantang, dan sangat xsuka menunggu.
semua tuh memenatkan.
tapi ade gak keburukkannya.
nampak sangat aku bukan jenis yang sabar dan memang gelojoh.
HAHAHAHAHA..

bye.

p/s: how much of human life is lost in waiting



Friday, February 25, 2011

macam bagus kan?


yuhuu blog.
selamat lah aku berada di klang.
walaupun xpuas lagi bergolek2 kat rumah, tapi apa bleh buat.
hidup mesti diteruskan. yihaa!

oh, baru aku perasan.
dulu time hidup aku cam fulamak-enjoy-sakan, tapi keje aku s*cks!
tapi sekarang, time life aku baik-baik saja, keje aku sgt-cam-best!
alhamdulillah, aku dah bleh terima keje aku ni seadanya.
ceh, ala2 matang gitu ayat aku. (bukan ala kak wok)
matang ke?
eh, mestilah matang.
dah terlalu banyak keputusan2 besar telah aku buat.
walaupun keputusan itu sampai tahap gadai nyawa.
kau ape tahu?
jatuh, sakit, hina, simpan dalam hati rapat2.
pandang muka orang lain, senyum lebar2.
tapi jangan sampai orang pandang mata.
sebab kat mata masih ada cerita yang simpan di hati.
cerita ape ni?

ish, jangan sebuk la!



p/s: hidup setiap org will never be the same. mampu ke angkat muka if kau ditempat aku? mampu meh?

Tuesday, February 22, 2011

kenapa dengan orang yang salah?


hye blog.
pernah x kau fikir kenapa tuhan asyik temukan kau dgn orang yang salah.
sebab tuhan nak kau tahu dia bukan mr right kau.
sebab tuhan nak kau tahu dalam dunia ni xde orang yang perfect.
sebab tuhan nak kau tahu, samada kau xlayak utk dia/ dia xlayak untuk kau.
sebab tuhan nak kau sedar, apa yang kau fikir, xsemestinya apa yang tersurat.
( kau faham x? cthnya: kau ingat dia baik, tp sebenarnya najis okke!)
sebab tuhan nak kau sedar, bukan semua yang kau nak kau akan dapat.
sebab tuhan nak kau sedar, kau boleh bermimpi, tapi kenyataan bukan kau yang tentukan.
sebab tuhan nak kau sedar, buka hati, bukan setakat buka mata.

tuhan juga nak kau sedar, kau dah buat silap.

aku ni manusia biasa.
cuba hidup macam orang biasa.
tapi kadang2 maybe aku terleka.
so, tolong ingatkan aku.
ni bukan soal lagu ana raffali.
tapi aku sangat2 perlukan tu.
tolong ingatkan aku.



p/s: baik2 syg. tq :)

Saturday, February 19, 2011

hugah hugahhh!


hell yah blog!
haha. maafkan hugah2 terbabit.
hugah2 tuh nak bayangkan betapa syiok duk umah.
ngeh2.

gilak babas ah best.
rasa cam nak brenti keje and sanggup jd bibik kat umah je.
walaupun kat sini
xdak karok
xdak uptown
xdak cinema
hey? hado aku kesah? huhhh?

aku sanggup hanya karok depan lappy
aku rela gantikan uptown kepada pasar ikan
dan aku sanggup gantikan cinema dgn tv jak plus tanpa astro.

tapi sayang cuti aku bakal berakhir
aku balik selama seminggu ni cam kejap je
xpuas lagi nak manja2 gomol2 ngan family
huwaaaaaaaaa! xnak balik klangkling!

xpe ti.
hugah2!
kuatkan semangat.
ingat misi kita untuk kumpul duit buat modal bukak kedai runcit.
huaa hua huaaa..

oh, start dari sekarang kene blaja jimat2.
praktis.
xlama lagi akan berjaya dapatkan kekasih pink.
semoga harta pertama ni akan disusuli dengan kekasih kedua plak..aminn.
bye2 :)




Saturday, February 12, 2011

yuhuuu


hye blog tersayang
waduh2, lame gile kot xhadap blog
im busy okke!

sepanjang xhadap blog ni, banyakkkkkkkkkkkkkkkk sangat yang berlaku
tapi mesti la xleh gtaw di sini kan.
kes kes kesss...
dapat cinta hati kedua
tapi sayang, terpaksa lepaskan lagi
xpe la, xde rezeki.

eh, kau perasan x
kalau kau cari kawan lepak, kawan gelak, kawan gila2, MUDAH.
tapi time kau jatuh miskin, kawan sakit, kawan susah, HILANG.
yang hado? mestilah hanya bf tersayang. kemana kawan2?
entah la.

xpe la ti. semua ni kan nasib hidup.
yang penting 15 feb sampai 22 feb, aku di rumah.
yeayyyyyy !
xsabar oh.
balik ni nak menjalankan misi menyampaikan hasrat hati.
tapi xtahu camne nk luah.
malu. HAHAHA..

untuk aku dan orang lain juga.
walau apa pun berlaku, hidup mesti diteruskan.

untuk yang pernah dicinta dan masih dicinta. tq cinta.


bye. :)

Wednesday, February 2, 2011

need rest yaw


hello blog
akhirnya selepas berhempas pulas dis week, dapat gak aku bercuti.
panat tahap balik keje trus tido.
bangun pagi pegi keje.
balik dah malam, terus tido.
then, bangun pagi g keje lagi.
ok, dah2.
berapa kali mau ulang daa..
tapi penat terubat apabila customer yg baik hati menyumbang angpaw.
tq kepada customer2 terbabit.

xsabar nak tunggu 15haribulan.
mau balik klate dengan bahagianya.
rindu makan tido, makan tido, makan tido.
rindu nak makan nasi kerabu.
rindu dengan nasi kak wok.
rindu nak g pantai.
rindu nak gomol2 dengan adik2.
rindu nak berkepit ngan bonda.
rinduuuuuuuuu~

xsabar jugak nak settlekan hal anak beranak ni
aku dah buntu
dah penat fikir
semoga semuanya cepat selesai
sori cinta

yeah, sekali lagi berholiday di tanjung karang
tapi tuh pun aku xleh duk senang
aku on standby, kalau ade machine yg rosak, aku kene bergegas g branch.
sangat wtf kan?

bye.


Saturday, January 22, 2011

berholiday di tg karang


hell o o o blog
yeah, aku masih berholiday di tg karang selama 4 hari
indah oh berada disini
asyik dijamu dengan bermacam2 jenis masakan yang enak2.
bleh jadi gemuk aku dibuatnya.
eh, silap. maksud aku, boleh bertambah gemuk -.-"
serius sangat aman damai dan kenyang kat sini
cam xnak balik
dah la esok da kerja :(
dah la setiap hari isnin, customer cam hell xreti duk umah
sebuk duk angkut masuk keluar duit je
benci taw
mencikkk !


customer ni, kene yang baik, sangattttttttttttttt baik.
siap cakap "so kind of u n tq" berjuta2 kali taw.
yang balas senyuman bila kita senyum.
yang balas balik bila aku greet good morning.

tapi kalu kene yang hampeh, kita greet pun dia buat2 xdengar.
kita senyum pun buat2 xnampak.
so, camne aku nak praktis kan 5 service standard yang ke-2 iaitu eye contact?
huh? cuba kau cakap.
kang aku pun xmau layan n xnk buat transaction untuk kau baru kau tahu.

yela, aku sangat faham setiap orang ade mood masing2.
ade masalah masing2.
tapi aku rasa sangat xadil taw.
aku yang kene senyum 247.
kene marah pun senyum.
kene perli pun senyum.
sedih pun senyum.
sakit pun senyum.

eh, kau ingat aku suka ek?


sabar je la ct.
cepat2 kumpul duit
pastuh bukak kedai runcit sendiri
sebab aku tauke, so aku jaga kaunter.
kat kaunter ade tv berastro, kipas kat atas muka,
pc yang berinternet dan set karoake.
perghhh, complete idup aku.
hahaha.



dah penat menaip. bye :D


Thursday, January 20, 2011

sori, saya jiwang.


hye blog.
sekarang aku tengah bahagia berholiday di Tg karang
bak kata Alice " pergi tengok kelip2 di kg kuantan "

dah bosan cakap pasal topik bangang
so, meh kita ke topik cinta.
(erk, topik cinta xbangang ke?). haha

aku selalu konon2 faham ape itu cinta
selalu konon2 jarang jatuh cinta
padahal selalu jatuh cinta sebab paras rupa je -.-"
sekarang maybe pemahaman aku dah meningkat sket kot
yela, baru aku faham

cinta tu macam kita xdapat hidup tanpa cinta tu
contoh paling mudah, kau cinta ALLAH.
tapi kadang2 kau tinggalkan solat.
sebelum tido, bila kau fikir balik.
kau rasa berdosa dan jauh dari cinta Allah.
then, kau pun cari cinta Dia balik.

begitulah cinta sesama manusia pun.
kau akan rasa kekurangan tanpa cinta dia.
kau still bleh hidup, tapi kurang. faham x?
cinta tak perlukan rupa sehensem shahir.
xperlukan juga cash berjuta2.
cukupla dengan perkataan sempurna.
ye, sempurna.


terima kasih cinta. :)




Sunday, January 16, 2011

ding dong


annyonghaseyo
oh, semalam menonton khurafat
memang khurafat ah cite tuh
hantu? perghhh!
haruslah menerjah kat muka je kan.
sampai aku terpaksa membuat jarak yang kecil antara jari untuk menonton.
(erk, kau faham x? xpe, asalkan aku faham -.-")

memang anda sgt terbaik ah en shamsul yusof.
gila kau memang dewa ah bai.
muka memang tahap anak2 orang kaya yang pergh. pergh.
cis, serius aku jeles ah tgk si liyana tergedik2 peluk kau dlm cite tuh.
cis! cis! cis!
xpela, atleast aku masih mampu google kau punya picts untuk ubat rindu.
okke, tuh memang ayat loser.


kla.
chalgayo.


p/s: xpayah tuduh aku selfish segala bagai. kau patut syukur bila aku masih angkat fon time kau kol. syukur ok!




Friday, January 14, 2011

not so easy


hallu blog
nak menumpang bermanja sket bleh?
dush! dush!
serius la lately bahu and belakang aku sangat sakit.
pedih dia boleh tahan la.
boleh menangis gak la sebab menahan sakit perit urat saraf ni.
aku ingat cam sakit bodo2 je, tapi makin menjadi2 plak.
sampaikan dah abis 1 tiub besar losyen mustajab aku sapu.
(tuh untuk hilangkan sakit bahu ok, bukan untuk bakar lemak! haha! ayat cover)

well, mungkin sbb tahun ni dah masuk 23, so dah makin tua -.-"
maybe gak sebab akhir2 ni memang busy
customer berduyun2 cam geng bas sekolah sekali datang. pergh!
paling xtahan, start 27hrbln-1hrbln ni.
sempena CNY, bank akan beroperasi sampai kul 6ptg.
aku macam WATDEFISHCAKE weiiiiii?
siot.
mampus kul 10mlm pun blom tentu dah settle balancing.


gila saiko.
.
.

.
.
.
.


dah la.
bye2.


p/s:mungkin aku hepi bila masih terdapat ruang walau sebesar zarah.

Wednesday, January 12, 2011

long time no see?


hye blog.
sori sgt2, bukan sombong. tapi aku busy okke.
lagipun xde pape pun yang menarik nak cite.
oh, aritu aku tengok cite janin.
well, boleh la.
bagi mereka2 yang ade anak, mesti tersentuh la :')

ish, serius bosan nak menaip.
cam ayat matang je.
kla, nanti dah ade modal aku datang balik.
daaaaa~



hari ni aku cuti ! yeayyy!


Tuesday, January 4, 2011

sorry sorry


hye.
kau manusia yg paling sabar.
pemuja paling setia.
insan penyayang.
cinta hati.
tq sbb sentiasa berada di sisi.

i miss u, bf. :'(


Sunday, January 2, 2011

rasa takut = hati hancur?


hye blog.
perghh, title aku cam mengerunkan kan? haha.
saje je uat saspen.
petang td aku pegi cuci mata tgk cite aku masih dara.
akhirnya, dapat gak aku nonton cite ni.
homaigoddddddd ! ashraf muslim tuh dewa dewa dewa!
cite tuh ok la.
best la jugak, dialog semua kaw2 punya.
paling aku ingat "eh, membebel plak suruh orang solat,
mane boleh paksa2. kan xde paksaan dalam islam"
siot je. ade gak yang nak kene lempang laju2.
watever la.
paling penting......ashraf, nak pelukkkkkkkk! haha.

fine. aksi peluk ashraf dah selesai.

oh, ade org yg dekat ngan aku ni.
dy sanggup piercing the tongue untuk tunjuk betapa frustnya dia.
thats the why how she expressed her broken heart.
maybe, aku xseberani tuh.
sebab piercing tuh bukan my major fear factor.
and camne aku nak kerja kalau lidah aku bersubang.
dengan cakap yg pelat2.
tp blog, kau tahu kan aku paling pantang dengan benda2 licin ni.
pacat, lintah, ikan keli yg belum di masak. pergh, pantang betul !
ular?
serius aku akn menggelupur cam histeria.



setiap orang ade cara nak hadapi frust.
ni cara yang aku pilih.



hye, my name is sexy.
no, i mean it is rocky.





this is not my new handbag.
its a snake, not snack :)
(senyuman aku tgh tahan geli.haha)




subhanallah, dia sangat manja :')




dis is my first pict ever with a snake.
see, wtfish with my facial expression. haha



xde yang mustahil.
dulu, aku geli dengan ular, sekarang sangat sayang.
dulu, aku boleh admire kau, sekarang bye2.



Saturday, January 1, 2011

its your birthday

hye blog
oh semalam indah sebab dapat lepak nga mcyah
borak2, goship2 sampai lebam !
tapi still frust sebab mija si hidung beshar telah melipat aku.
rindu :'(

malas kan nak menaip time xde mood.
perasaan cam nk korek hidung then tampal kat muka kau.
kau? ye, kau ah.
sori, bukan kau.
tapi kau.



hadiah untuk mc yah, ops! 23? euw! tua nya! haha



mc yah korek idung!



haha. pipi aku lebih kempis dari pipi mung!




subhanallah, kurusnya aku! dalam gambar ni -.-"
haha.
great friends. tq sbb sanggup layan kerenah aku :'( ~terharu.haha



geng merokok secara bersembunyi di belakang hostel.




geng buang air besar. hanya mc yah.




the best thing is, lu memang hot ah!


ok, dah abis da untuk tatapan umum.
next mission.
mahu jumpa mija, tima n cikno.
bye.


p/s: kau boleh dengar aku gelak kuat2, kau boleh tengok aku senyum lebar2, tapi nangis teresak2, biar aku simpan sendiri.




aku sakit



Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin


.
.
.
.
im not having fever or flu
thats only a song
song of da day!
sori ah, cant upload da vid bcuz my berukband slow like hell~ya!

bye.