Wednesday, June 30, 2010

kehidupan pra matang


semakin hari semakin hidup ni berubah
dulu hidup enjoy macam orang yang xpayah fikir pasal masa depan
oh, itu kehidupan selepas tamat belajar okkey
sebab time study+siapkan thesis, saya sangatlah komited dgn keje (uhuk2 tipu)
selalu jadi burung hantu yang aktif di waktu malam
melepak sana sini
asyik keluar dengan kawan2
berkepit dengan boyfriend
oh, manis..sangat manis.
tapi sekarang, semuanya makin hilang
kawan2 dah kembali ke dunia "sangkar ilmu" diorang
saya pula semakin bosan
tu ah, dasar malas cari keje
dan juga dasar malas sambung belajar
pastu duk mengeluh bosan!

watever!
but still cant wait 4 my convo.
bukan excited nak pakai jubah la..
tp excited nak jumpe FENDIANs and saitonnn nir rojimmmmmm..
RINDU :'(



Sunday, June 27, 2010

hari belia


oh, aku dah masuk kategori belia ke?
rasanya tak kot.



Saturday, June 26, 2010

bawak mulut?


i dun noe if this penyakit hanya ada dalam kaum melayu je.
xtaw la kalu kaum lain pun ade penyakit ni.
kalau benda yang orang lain buat tu teruk, ok kau menang.
pergi la tabur segala benih2 dan debunga guna mulut kau kat semua orang.
sebab mungkin kau nak jadikan benda tu pengajaran kepada masyarakat sekitar.
(pengajaran la sangat.padahal kau memang jenis suka bawak mulut)
tapi agak2 ah kalu memang dasar nak menuju ke arah kebaikan pun kau sebuk nak cakap2 dan nak memburuk2kan orang tu.
ya Allah, kenapa lah busuk sangat hati mereka2 ni.
mana kelebihan mereka yang pernah menunaikan umrah dan haji?? (erk, bukan u ye tima)
dimana kematangan mereka yang sudah menimang cucu.
kalau kau baik sangat, lebih baik kau diam2 dan doakn kebahagiakn orang tu okkey.
jaga laki, anak, cucu dan family baik2
pasal anak orang, kau jangan sebuk.
tahu la macam mana parent dia nak jaga dia.

aku sangat stress dengan mulut2 orang
aku xmampu tutup
tapi ini sudah melampau
i miss my mum :'(
xtahu sampai bila benda ni nak berlarutan
semoga ALLAH memberikan hikmah yang terbaik atas dugaan ini.amin.



Thursday, June 24, 2010

damai yang hilang


awak, dulu kita rapat kan? sangat rapat
tahu x betapa saya sangat sayang kat awak? sangat tak ternilai. sangat.
dulu time saya merajuk, awak pujuk
time saya buat lawak, awak gelak
sekarang kenapa awak biarkan semua tu di rampas oleh mulut2 busuk orang di sekeliling
mane kelebihan saya sebagai orang yang awak sayang?
awak kata saya lambang chinta hati awak
anugerah dari syurga
please awak, jangan biar saya terkapai2 seorang diri
saya hanya insan lemah yang memerlukan kasih sayang dari awak
mungkin saya silap
tapi sila berikan saya bantuan
jangan terus pinggirkan saya
please
saya sanggup hilang kawan, teman lelaki dan sahabat
tapi saya xsanggup kehilangan awak


Tuesday, June 22, 2010

diam


aku rasa orang sekeliling aku dah gila
semuanya dah gila
hilang akal buat2 xnampak kebaikan aku
hanya tahu mencari salah dan menunding jari
kau pernah x nampak apa yang aku buat selama ni
tapi xpe la, aku xnak mengungkit, biar aku simpan sampai mati
xperlu marah2 atau nak tengking2
kalau xpuas hati, tanya direct
jangan nak layan aku cam budak baru belajar main guli
sebab aku dah lebih dari itu
maybe umur xsetua nenek kebayan
tapi jiwa, pengalaman aku lebih matang dari nenek kebaya
cukup la, jangan sampai aku penat
aku mahu lari, lari jauh
bukan bermakna pengecut dan cuba lari dari masalah
tapi aku mahukan ruang dan kebebasan memilih
sebab aku tetap aku.


bulan rejab

i ni xde la tahu sangat pasal bulan rejab ni..but my mum sangat mengesyorkan untuk puasa sunat..disamping menambah pahala dan menghapus dosa, juga sangat elok untuk mengurangkan pertambahan lemak2 didalam badan ini..semoga time konvo nanti xde la sampai kene pakai jubah saiz XL..haha

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatga
ndakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadika
n sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.


Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk
terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Hari ni baru 1st day i puasa.bukan main lagi siap masak yang best2 untuk diri sendiri...tapi, tetiba teringin nak berbuka ngan mengorek idung..eeh! silap2! dengan aiskrim la... heeeeeee..dah2, xleh cakap banyak.mulut busuk! haha..





p/s: gile ah puasa2 pegi google gmbar aiskrim..huhu..

Sunday, June 20, 2010

rezeki


Pengangguran menyebabkan hati keras (keji dan membeku). (HR. Asysyihaab)

Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa, dll). (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

adus, adus pedihnya apabila baca hadith2 di atas
bukan xnak kerja, tapi belum ade rezeki
perit sangat apabila bercakap pasal ni
tapi aku yakin, ALLAH itu Maha Pemurah
rezeki tu ade, tapi belum tiba masanya.


all about fate


“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti





Saturday, June 19, 2010

embun pun xkan mampu

perggh..tajuk pn dh lirik lagu
owh, sangat stress sejak jadi penganggur ni
kerja, kerja, oh kerja..datanglah!
dah xsabar nak kerja
tapi kerja la plak terlalu sabar sampaikan xmelekat kat aku
aisshhh..sampai bila??

satu lagi prob adalah buntu
semuanya sudah jelas
cuma mahu tunggu aku dapatkan kerja
dan juga restu mama aku
ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan dan niat baik aku ni
aminnnn~


Thursday, June 17, 2010

besday mr mija yg jahat


saya ada kawan
nama dia mieja
mieja ada boifren
boifren dy nama mr mieja
besday mr mieja telah disambut di Jeram Pasu, Pasir Puteh
hey, Jeram Pasu sangat xbest
menyesal pergi
dah la cam air kurang je
pastu tempatnya cam xterjaga
tapi hairannya, orang still ramai -.-"


kek besday mr mieja


haruslah kami berlakon


mieja dan mr mieja


kami pembuli mieja


happy three frens



Tuesday, June 15, 2010

rindu kamu lagi


cinta kasih sayang xpernah berubah walaupun kita dah lama terpisah
ingat x saat aku belai raut mu
masih terasa lagikah kepada kata2 cinta ku
ye, kasih suci ini xmemerlukan pertemuan 2 mata
cinta kita cinta hati, cinta dari ALLAH
ALLAH itu MAHA PEMURAH
anugerah cinta yang paling indah
rindunya, sangat rindu
doa ini sentiasa untukmu syg
semoga bertemu nanti

kasih ini hanya untukmu
rasa ini hanya kita yang mampu memahami
sebulan lagi adalah hari besar mu
hati ini sedih
amat sedih
maaf


Monday, June 14, 2010

jagalah hati


hey anda.
perasan x yang ALLAH itu maha adil?
mungkin anda tak nampak dengan mata kasar.
maklumlah asyik bergaya ala2 datin sampai lupa watak wanita dalam rancangan BERSAMAMU.
percayalah yang ALLAH itu MAHA BERKUASA atas segalanya.
mungkin hari ini, saya diuji.
tetapi jangan lupa, mungkin esok anda pula yang diuji.
ujian yang macam mana? yang tu i no komen.
maklumlah, ujian dari ALLAH ini xde cam SPM yg ade soalan spot.
sabar ye. jangan risau.
kita semua akan ade bahagian masing2.
cuma samada cepat atau lambat je.
saya xsuka nak berpura2 sebab saya bukan macam tu
kalau saya salah, saya sanggup mengaku.
jangan risau, hati saya baik. saya xsuka berdendam.
TAPI ingat. bak kata bestfriend saya,
kadang2 ALLAH menyembunyikan sesuatu perkara
aib untuk menjaga maruah orang tu.
tapi kalau kita buka aib orang tu secara sengaja.
percaya la. aib anda akan terbongkar juga.
dengan cara yang macam mana? hanya Tuhan yang tahu.
saya insan hina. insan kerdil. banyak kesilapan.
saya juga dalam proses untuk menjadi lebih baik.
tapi semuanya memerlukan masa.
ayuh jaga iman di dada masing2.
jangan sebuk duk selak dada orang lain sebab nak nilai iman orang tu.
check iman anda sendiri dulu ye.
renung2kan dan selamat beramal.


Sunday, June 13, 2010

tanpa internet


siapalah aku tanpa internet
ibarat makan nasi tanpa budu (eh, bukan ke ko resdung?)
ibarat pakai baju tapi xpakai coli
ibarat aur dengan tebing (okke, tetiba lak kan)
sekarang kalau sehari xonline, kepala jadi berserabut
jari asyik lenguh2 nak tekan keyboard
mata pulak cam suram je rindu nak tatap cahaya skrin lappy
besar betul pengaruh internet
kalau dulu hp n my purse adalah benda paling penting
tapi sekarang, hp, purse, lappy n broadband
sangatttttttt penting ye

semalam tetiba broadband buat hal
aku yg sebuk duk godek2 ape yg patut
kepala dah stress dah time tu sbb xleh online
habis sume boifren orang (i suke orang pnye! haha!) aku call
sbb nak mintak tolong tengok2kan ape yang patut
puas duk MENCARI KEROSAKKAN, tapi masih gagal
owh, amat tension saat tu
RASE MACAM NAK G CC YANG KENE BAYAR RM2 SEJAM utk online
punya lah xmampu untuk bertahan
last2 semalam bertukar menjadi hari emo sedunia!

tetiba pagi tadi aku mendapat HIDAYAH untuk call celcom centre
aku siap cakap nak buat aduan dengan nada emo
pastu boleh x operator tu memalukan aku yang sedang emo ni
dengan ayat yang berbunyi
"MAAF YE CIK.TALIAN BROADBAND CIK DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA
KERANA TERDAPAT BIL TERTUNGGAK SEBANYAK RM100.
SILA BUAT BAYARAN UNTUK MENERUSKAN PERKHIDMATAN"

homaigoddd! haha..sangatlah malu okke.
dasar penganggur emo yang tak reti bayar bil
hahaha.
perlula aku malu dengan operator tersebut untuk kali kedua
apabila dia menawarkan untuk release aku punya line time tu jugak
dengan syarat aku kene uat pembayaran dalam masa 7 hari
so, atas jasa baik beliau dapat la aku online sekarang ni
sumpah esok pepagi lagi aku nak g bayar bil
malu siot!

oh internet -.-"


Thursday, June 10, 2010

10 things i hate about you

i hate the way u talk to me and the way u cut your hair.
i hate the way u drive my car.
i hate it when u stare.
i hate your big dumb shoes and the way u read my mind.
i hate u so much, it make me sick, it even makes me rhyme.
i hate the way u re always right.
i hate it when u lie.
i hate when u make me laugh even worse when u make me cry.
i hate when u re not around and the fact that u didnt call.
BUT MOSTLY I HATE THE WAY I DONT HATE U NOT EVEN CLOSE, NOT EVEN A LITTLE, NOT EVEN AT ALL.

such a sweet movie.the poem is cool.n I HATE U!

musim kenduri kembali



time cuti sekolah camni semua pakat2 nak kawen
sampaikan dalam sehari ade 4,5 majlis yang kene pegi
but tahun ni, aku pilih untuk pegi satu wedding je kot
bukan ape, dah la aku tgh diet
kalau pegi majlis, sah2 ah kene makan.best plak tu.
nnt mesti aku makan banyak..no, no, noo!
lagipun time2 camni sume kawan2 pun cuti
masing2 sebuk duk ajak lepak, reunion kecil2an setiap hari
lagi best kot dari pegi kenduri
paling malas nak pergi kenduri sebab malas nak dengar soalan, "eh, dah abis blaja kan, bila nak kawen??"
see, tanya pasal kawen.bukan nak tanya aku dah keje ke belum.
aku ni pulak, terpaksa la jawab soalan terbabit dengan hanya sebuah senyuman.
dalam hati nak je jawab camni.
"belum ade jodoh makcik...." ok, ni jawapan untuk orang berhati baik.so ini bukan jawapan aku..
jawapan dalam hati aku, " makcik ingat kawen ni guna rm10 je ke?? makcik nak bagi pinjam duit ekk?? saya belum keje la.dah la belum ade calon..ingat senang ke nak tau sape jodoh kite?? makcik duk sebuk2 tanya ni ade anak teruna solo x untuk saya??"
haaaaa..jangan sampai aku jawab camtu sudeyyyyy..
makcik2 sekalian, agak2 la.
aku baru abis study kot..
memang ah kat skul ustaz ajar untuk kawen juz guna sistem:
SISWA= SUAMI,ISTERI,SAKSI,WALI,AKAD
tetapi, tidak semudah itu ye makcik2..
aku ni berwawasan kot.mempunyai cita2 yang tinggi.
sebagai surirumah berjaya......hehe

Tuesday, June 8, 2010

tidak akan bersedih untuk dunia

musim frust dan berduka lara sudah berlalu
rasanya xperlu kot nak bersedih berlebih2an dalam hal dunia
cinta antara manusia tu hanya sementara
silap faham antara kawan pun xperlu nak fikir sampai pecah otak!
hidup mesti diteruskan
semua yang ada depan mata nih akan hilang jugak kelak
so, xpayah nak di puja2 sangat
mungkin sebelum ni banyak tersilap langkah
tapi xbermakna xboleh merangcang untuk langkah yang lebih bagus
saya tak takut kehilangan boyfriend dan kawan
tapi saya takut kehilangan PERLINDUNGAN DIA
sia2 je nak meratap merayu pada sesuatu yang xmendatangkan kebaikan
saya takkan menyesal untuk melepaskan mereka2 pergi
bye2 HARTA DUNIA!

ini hidup

kejar benda yang bukan milik kita
benda yang milik kita duk tabur biar terlepas
hati dah pedih
pening oh
serah pada takdir
mungkin hari esok lebih baik :)

Sunday, June 6, 2010

susah oh!

time aku bosan dan xgembira ngan life aku
orang lain cam enjoy je ngan life masing2
bile aku dh jumpe life aku. buat ape yang aku hepi.
ade pulak sesetengah orang yang xboleh nak terima cara aku enjoy tu.
salah ke aku nak jumpa kawan2?
salah ke aku selesa untuk bersama kawan2?
susah la untuk aku jaga hati semua pihak.
sebab aku ni manusia biasa yang xde jampi serapah untuk buat orang selesa dengan aku.
aku xsuka suasana sunyi.
aku xsuka hidup yang antisosial untuk mengatakan "TIDAK" pada ajakan kawan untuk keluar berjumpa.
rasanya xsalah kot selagi kawan2 aku tu tahu dan reti nak hormat aku.
oh ye, pasal keluar malam.
bukan aku nak sangat keluar waktu malam.
tapi, tu je la waktu terbaik.
time siang, majoriti kawan2 aku tu kerja.
hanya malam je diorang free.
of course la aku kene ikut jadual diorang.
xkan la diorang beramai2 nak amik MC semata2 nak keluar dengan aku.
so, jangan nak bising2 lagi ye..
sila percaya soal jodoh di tangan YANG ESA.

please, please, aku xpernah nakal.opssss, betul ke?? hehe!

Saturday, June 5, 2010

kenapa??

kenapa sukar tido walaupun dah minum susu, basuh kaki dan baca doa sebelum tido?

mungkin nyamuk yang langsung tidak memberi kerjasama iaitu suka menggigit time orang tido..agak2 la, orang tgh tido kot.xgentle langsung..kalau betul berani n gentle, gigit la time orang tu sedar! uh, dasar pencurik darah tegar!

mungkin juga disebabkan cuaca tidak membelai mata..kadang2 cuaca yang panas bleh menimbulkan rasa badmood untuk tido.kalau tengah tido pun, orang-yang-pure-melayu-konon pun tetiba bleh tersedar dari tido n said "OH MY GODDDDDD" (Tima,2010).see, penangan cuaca mampu tukar bahasa seseorang yg tengah tido :))

ini lagi sukar dan amat mustahil untuk tido apabila hidung tengah bersumbat..adoi, memang langsung xselesa.kenapa hidung bleh tersumbat?? bukan disebabkan disumbat dengan kapas atau tersumbat dengan taik hidung yeeeee....tetapi ini gara2 terlalu banyak asap rokok yang dihidu. adoiiiii, nk pecah kepala!

ye, saya sekarang xboleh tido dan sangat stress..nyamuk begitu mengganas sekali sehinggakan 14 gigitan untuk bahagian lengan kiri sahaja. kenapa? mungkin sebab my blood type b.or mungkin saya berdarah manis yg sedang gatal hendak berkahwin. or maybe sebab saya gemuk maka darah saya lebih banyak dan baunya menggoda para nyamuk..
ntah la, banyak sangat alasan.

tapi yang paling stress adalah disebabkan hidung yang tidak selesa..saya xsuka lelaki selfish yang menghisap rokok dan menghembuskan asapnya ke arah orang lain.sila jaga kelakuan anda.tengok la, apa yang dh jadi pada saya.sangat xselesa ok!

nak pergi paksa diri untuk tido..xboleh tido tapi kepala dah kosong, mata macam nak pecah dan mulut dah lenguh menguap.

SELAMAT MALAM

Thursday, June 3, 2010

belajar bersyukur

alhamdulillah untuk semua anugerah yang diberikan:

ibubapa yang sangat sempurna
adik-beradik yang sempurna
keluarga yang sempurna
walaupun saya bukan anak yang baik
saya sanggup buat ape je demi kebahgiaan keluarga saya

kawan2 saya semuanya indah2
tetapi kawan2 rapat saya semuanya lagi terindah
walaupun saya bukan kawan yang baik
tetapi saya tetap akan jaga perhubungan mereka
dan tetap bersama mereka jika mereka ade masalah
saya sanggup bersama mereka, walaupun mereka sedang dipulaukan,
walaupun mereka xpernah ade time saya susah, tapi xpela.

kepada yang bergelar kekasih atau bergelar bekas kekasih
terima kasih kerana menjaga saya
syukur sebab selalu dianugerahkan dengan mereka2 yang menyayangi
walaupun sesetengahnya ade yg sangat bertahan lama
dan ade juga yang sangat sekejap
tetapi anda tetap akan diingat.

sangat bersyukur dengan hidup saya. walaupun saya bukan siapa2 dan juga insan yang banyak dosa tapi saya akan cuba bahagiakan orang sekeliling saya.kepada mereka2 yang mengenali hati budi saya, sila nilai sendiri..xperlu mudah terpengaruh dengan mulut2 anjing..saya xsuka membaling batu dan menyembunyikan tangan.bertentang mata kan lebih elok.

Tuesday, June 1, 2010

cow shit

ape itu cow shit?? cow shit tu adalah ur attitude! heyyy..heyyy..memang ah kau cool dan indah ibarat lelaki dalam komik yang sentiasa indah.but perangai kau sangat la shit.ye, memang aku gadis emo yang xpernah wujud dalam komik..but im still can accept any of the reality facts walaupun pahit.sebab aku jenis yang boleh terima hakikat.

aku boleh terima kalau kau jujur dan bagitau semuanya walaupun hakikatnya sangat berat untuk aku dengar. tapi aku akan cuba telan sebab perangai aku pun bukannya indah sangat. kau sangat melampau if u think u cant tell me everything juz utk jaga hati aku.sorry, xpayah k.aku xperlukan simpati kau.

macam sesetengah orang tu, sebab dy faham aku ni macam mana.dia sanggup jujur ngan aku sebab dia tahu aku jenis boleh terima kenyataan..xkesah la tentang apa pun.aku sanggup dengar and at least i can be prepared from the very beginning.

ish, memang sakit hati ah lepas aku tahu semuanya.kononnya baru nak jujur..sorry morry la.aku dah xhingin nak dengar semuanya..simpan je ayat 'sebenarnya, jujur saya cakap.............'... hey LOSER, WATEVER!

u play2 with da wrong person! uh!

its all about L.O.V.E

It wasn't hard picturing me and him together,
it wasn't hard wondering what our love would be like.
It wasn't hard to picture me and him doing things together and forever.
But it was hard to wait for him forever.
I waited and waited, it was too long,
he says yes to her, leaves me hanging.
I guess we'll never be.

such a sad love story :'(