Friday, April 27, 2012

UNTUK MU SAHABAT


Hye saem,
Hari ni adalah hari paling bermakna dalam hidup mu.
TAHNIAH!
Saat aku dapat msg dari mu, aku sangat hepi.
"T, alhamdulillah. aku official dpt doc ai ni"

mengalir airmata aku.
sebab aku sangat bangga dengan mu!
segala penat lelah, susah payah mu selama ni terbalas.

Terimbau semua kisah sepanjang kita kawan.
terlalu banyak yang kita kongsi
terlalu banyak cerita antara kita
bergurau, bergaduh, menangis bersama, buat jahat tp buat baik jarang sekali. hehe

siapa sangka orang yg kuat menipu,
suka sapu hingus kat langsir kelas,
suka berebut,
pakai tudung yg xpenah "jadi",
terkincik dalam seluar,
selalu diejek oleh musuh,
selalu buat keje gila,
konon gengster zaman sekolah,
suka gaduh ngan mok,
penah buang biji buah rambai atas meja orang,
tamak bila makan n penah muntah cam air terjun,
kuat pegangan bomoh,
dan macam2 lagi perangai pelik kau
KAU TELAH BUKTIKAN YANG KAU MAMPU JADI SEORANG DOKTOR!

Tahniah. Tahniah.
But please, jadi kawan baik aku dunia akhirat :)

MIEJA CHE MAT



Saturday, April 7, 2012

TQ :D


hello belog
tahun ni birthday aku yg ke24 banyak celebrate with airmata
aku tau aku xpatut nangis on that wonderful day
and of kos sepatutnya aku jadi lebih tabah seiring dengan umur naik. haha
tapi boleh buat, aku memang insan lemah lah sgt.
mlm birthday, nangis. konon2 lonely.
pagi birthday nangis,lonely lagi.
tengahari, call adam.

"kak ti, happy birthday. kak ti dah makan? kak ti duk sorang2 ke tu?
kecian kak ti.
bila kak ti nak balik? kalau kak ti balik, adam suruh mama belikan kek."

aku nangis lagi.
dengan sangat teruk.
even adam yg baru umur 9tahun pun tahu ape yang aku rase.
tq adam, thats y i love u sooo much!

sepanjang hari tu temankan bf keje.
atleast xde la rase sunyi sangat.
xde la sedih sangat.

petang pulak, ofis call.
budak ofis nama azrul yg suka cari gaduh ngan aku call.
semata2 nak wish besday.
then dia main passing2 line kat semua staff.
diorang sume wish besday dgn nada yang bersemangat yg buat aku sangat terharu.
bukan aku nak cakap aku penting.
aku terharu sebab time birthday org lain, diorang xde pun call camtu.
aku memang xsuka sangat dengan tempat keje aku, dengan politik certain people.
tapi still, if aku kene tinggalkan tempat tu.
aku mesti rindukan diorang.

bila malam pulak, maksud aku awal pagi.
kul 12.30am, aku baru tarik selimut.
mieja msg mintak aku jgn tido lagi.
dia cakap dia ade keje kat shah alam, kejap lagi nak jumpa.
FINE la. then something happen yg buat aku xde mood nak kuar.
mija call utk pujuk aku kuar. aku baru nak explain.
then someone rampas phone mieja.
someone tuh adalah mcyah yang dtg jauh2 baru sampai dari johor.
aku terus nangis!
rupa2nya diorang nak buat suprise celebration utk aku.
AKU SANGAT2 TERHARU.
aku ingat, dah xde sape peduli pasal aku lagi.
aku silap.
TQ SOOOO MUCH MIEJA AND MCYAH.
please la jadi kawan2 aku sampai bila2!

mieja dah la ade final exam untuk bergelar doktor next week.
sanggup dia turun klang bersama nota2 exam.
mc yah pulak, baru je sampai dari johor.
terus pegi amik mieja n datang ke tempat aku.(tq jugak utk Qayyum.driver diorg)
macam mana aku xsyg korang?
tu hadiah besday yang paling bermakna buat aku.
TQ friends.



p/s: tq utk wishes yg thru fb, sms, phone call. tq so much. ingatan tu adalah hadiah paling bermakna, sebab aku bukan siapa2. tq bf sebab temankan aku sepanjang hari, layan aku nangis sepanjang hari. TQ

Thursday, April 5, 2012

HAPPY BIRTHDAY :)


awalnya ucap kat diri sendiri
sebab apa?
sebab kalau boleh aku nak tido sepanjang waktu tersebut.

untuk berdiri tegak, senyum dan berjenaka memang mudah
cuma jadi payah bila berdepan dengan sedih, marah, geram, kecewa
memang ade yang aku sangat idamkan
tapi belum rezeki
mimpi belum jadi kenyataan
xpela, kita tunggu lagi


Sunday, April 1, 2012

segalanya di hujung jari


hello belog
aku banyak sangat benda nak taip
banyak sangat idea. kononnya la.
tapi bila bukak je belog
semuanya hancur, bukan menaip.
tapi sebuk duk baca orang lain punya belog.

baru2 ni aku sebuk duk hadap korean drama, Personal Taste
subhanallah, indah betul ciptaan Allah, si lee min ho tuh
aku hadap sampai dah hampir menjilat skrin laptop tau. haha
cite tu best :D
indah betul sampai aku dah cam orang gila tengok
gelak sorang2, nangis sorang,
bila sampai part kiss2 mula la menjerit xpuas hati sbb jeles.
HAHAHAHAH *gelak syaitonnnn!
lee min ho kotttt!
tapi aku sedih gak sebab aku dh abis tgk by pagi tadi
so, mulai sekarang aku tengah mencarik bahan baru.
setakat ni belum jumpa yang bagus lagi.hoho.

tengah menyelam dalam youtube
banyak la pulak movie and telemovie melayu yg aku terjumpa
ade yang dah tgk kat wayang
menyesal aku. bazir je beli tiket.
so, ayuh kita menghadap telemovie melayu pulak sampai lebam.
bila dah bosan hadap muka mamat kelate, jawa dan sabah.
baru kita balik hdap muka korea semula. hahahhahahha.