Friday, December 7, 2012

SYURGA CINTA

salam belog
Alhamdulillah, 7 dis 2012, 3.30 ptg
dengan sekali lafaz 3 patah perkataan
"Aku terima nikahnya", aku selamat menjadi pn siti nazihah
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna
Alhamdulillah

segala penat lelah dah terbalas
segala kisah suka duka telah terjawab
Allah telah makbulkan semua doa aku
dan doa2 orang yg mendoakan aku
Alhamdulillah

serius sampai saat ni aku macam xpercaya
masih blur2..hehe
aku dah jadi bini orang kot. :D
semoga aku dapat jadi isteri yg terbaik untuk suami ku
semoga rumahtangga kami bahagia hingga akhir hayat.
doakan taw!
amin~~

 tq mama and abah sebab merestui majlis ini
tq tah, cirah, amir and adam sebab menjadi adik2 yg terbaik
tq cikno and tima sbb sudi dtg membantu aku yg hampir lemah -.-"
tq Ada utk make up yg superb! :D
tq mc yah untuk bunga tgn yg paling chantik!
tq mija sbb xdtg, hadiah kene kasi besar.
tq kawan2 yg sudi dtg
tq untuk doa2 semua orang.








bye2!



Thursday, December 6, 2012

bye2 (versi bujang)


hye belog
Ya Allah, serius aku macam xpercaya
esok, Insyaallah aku akan di ijab kabul dengan tunang syg
inilah saat2 yg selalu aku fikirkan
dengan siapa jodoh aku
bila jodoh aku
Insyaallah semuanya akan terjawab esok
betapa berdebarnya jantung aku hanya Tuhan yang tahu
Semoga ini yang terbaik utk kami
jodoh yang terbaik
teman hidup yang terbaik
aku minta semua pun doakan yang baik2 je ye

selamat tinggal zaman menggila
selamat tinggal zaman bujang

serius aku blurrr.. hehe

doakan yang terbaik :)

Tuesday, December 4, 2012

nervous!


hye belogggg!
aku xmampu nak update selalu.
sekarang aku ade masa 3hari je lagi untuk menghadapi hari penting tu.
seriously aku nervous
sebab semuanya aku kene fikir, atur dan hadapi sendiri
and of kos dgn bantuan tunang syg,family aku,kwn2
memang betul nikah bukan keje senang, bukan keje main2
aku sedang hadap dan cuba sedaya upaya untuk tempuh semua tu
Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.
Jalan kami dimudahkan.
kalau sebelum ni aku banyak main2,
tapi sekarang aku kene betul2  fokus.
kalau boleh, aku nak semuanya sempurna.
semuanya yang terbaik sebab tu saat yang paling penting dalam hidup aku.
saat aku akan dilepaskan dari tanggungjawab abah ku syg :'(
aku tahu ade yang xpuas hati samada dgn aku or tunang
aku minta maaf sgt2
kami xmampu nak bahagiakan semua orang
cuma aku minta, di saat2 akhir ni adalah doa.
doa dari semua orang.
semoga doa dari semua orang akan melancarkan lagi semuanya.
memang aku sedang bergelumang dgn kerja gila.
dlm masa 3 hari ni, aku kene siapkan semuanya.
yoshhhh! ayuh berusaha!!!

Monday, November 5, 2012

coret2 pra perkahwinan


hello belog!!!
huwaaa, lama sgt dah xupdate.
busy la konon2nya. padahal xtaw nak taip ape. huhu.
pening kot nak kawen ni.
org cakap kawen senang je, akad nikah pastu dah siap.
helloooo, sape cakap senang.
isi borang itu ini ke sana ke sini.
semuanya aku dan bf uruskan sendiri.
and atas bantuan mama aku jugak. that y i love u mama :')
yela, sape lagi yg sudi tlg kita kan???

Alhamdulillah majlis tunang hari tu berjalan lancar
tapi biasala, ade yg pahit ditelan.
yang manis harusla di kenang, ye dak?
sebenarnya agama kita agama yg mudah.
mudah, ringkas, jimat.
tapi kita melayu yg kononnya berpegang pada adat.
yang kononnya biar mati anak, jgn mati adat.
serius part ni sgt pahit.
mmg dlm Islam ade istilah tunang.
menandakan ade perjanjian untuk berkahwin antara lelaki dan perempuan.
betapa memang istilah tunang tu ada.
tapi syg sebab adat kita terlalu rumit.
aku xnak komen lebih sebab aku xberani untuk lantang bersuara.
cuma satu je cth yg aku bleh bagi.
sireh junjung yg di jadikan hantaran tempoh hari, 
masih elok terletak cantik kat atas almari.
buat hiasan dan ruang baru untuk labah2 buat sarang.

bagi diri aku yg ringkas dan mudah orangnya
lebih baik kita pentingkan ADAB 
sebab adab tu yg menggambarkan sape diri kita
untuk ape adat di sanjung tapi adab langsung xde
adab yang aku maksudkan bukannya tahap nilai2 murni or nilai2 terpuji
but at least hormat la orang lain
berterima kasih, bertimbang rasa
bukan ke tu lebih elok?

belajar dari pengalaman.
banyak yg aku belajar dari mula aku buat preparation untuk majlis tunang
sehingga la saat berakhirnya majlis

sekarang aku kena berusaha gigih demi majlis akad nikah pulak.
tingga sebulan je lagi.
semoga semuanya berjalan lancar.
doakan taw!

bye.

Saturday, September 15, 2012

one step closer :)


Alhamdulillah
semuanya sudah selesai
aku dah selamat menjadi tunang bf kesayangan pada 8sept yg lepas.
tu lah sebab utama kenapa aku sangat sebuk sampai nak online pun xsempat




segala penat, air mata, masa tidur yg terabai, aku yg kusut masai
semuanya sudah terbalas.
pergi keje nak mekap pun xsempat.
balik keje berkejar cari brg hantaran.
malam sebelum tidur siapkan hantaran.
pagi lepas sahur, sebelum pergi keje, sambung buat hantaran lagi.
balik umah kat kb, kemas umah.
berkejar sana sini untuk memastikan majlis berjalan lancar.
2jam sebelum majlis pun aku masih kat luar sebab ade urusan.

alhamdulillah, semuanya sempurna.
tq kepada mereka2 yang banyak membantu aku menjayakan majlis tu.
Ada, TQ for the make up! and also for all ur bunga2. (siap pinjam yg xtahannnya
mija, tq sbb dtg just walaupun lambat sebab nak happykan aku. :')
tq untuk family aku n bakal family. TQ!
kepada kawan2 yg kenal aku, sori sebab xjemput.
majlis ni, hanya majlis tunang yg di hadiri oleh keluarga terdekat.
Insyaallah, nnt majlis kawen aku jemput k.

sekarang aku tengah berusaha untuk membuat persiapan kawen.
doakan kami ye !




bye!
take care guys!



Tuesday, August 21, 2012

yeay raya, perut kembung, suka hati. !


hye belog
hari ni dah raya ke 3.
tapi aku still non stop makan.
konon je la nak diet. hahaha.
raya pertama aku dah lupa ape yg aku mkn
sbb hampir 10 buah rumah yg aku singgah.
tapi part paling best bile ade yg ingat aku masih belajar.
siap hulur duit raya lagi. hahaha.
alhamdulillah ni kali kedua aku beraya dlm keadaan sudah bekerja.

raya kedua pula, aku melawat my bestfriend forever.
aku pun dh lupa ape yg aku mkn pada hari tersebut.
yang pasti, balik mlm pun aku still balun mkn nasi. haha.

ok, ni pasal raya ketiga iaitu hari ni.
dari pagi hingga ke sekarang (jam 4 ptg)
aku telah sumbat bermcm2 mknn dlm perut besar aku.
pagi, 2 pinggan nasi berlauk daging singgang
berulam kan petai cicah budu bertempoyak.
OMG! dasyatnya penangan budu!
(kalau bf baca ni mesti dah meremang bulu roma). HAHAHAHA
then aku pegi open house rumah bakal adik ipar.
aku bedal pasta la vista dengan lahapnya lagi.
n of kos beserta kek cokelat.
mak aku siap pesan, jgn mkn banyak sbb kejap lagi ade open house lagi.
tapi aku dgn selamba menjawab,
"dun wori, banyak lagi space kosong kat perut kak T" :') haha
lepas tu pegi umah lain pulak.
aku pergi senduk nasi putih separuh, nasi minyak separuh
dengan lauk full ayam goreng, daging msk kurma, pajeri nenas dan kerabu sarang.
OMG nikmatnya. umphhhh!
pastu sambung kek cokelat lagi.

wei! banyaknya aku mkn.
bila ingat2 balik stress gak aku dibuatnya.
dah la konon2 nk kurus dalam masa 2minggu.
memang tak la kan. haha.
susah gak kalau nafsu mkn cam naga ni.
aku xtaw nk control camne lagi dh.
dah la aku selalu gunakan alasan,
nnt dah balik klang, susah dh nk jumpa mknn best2 camni.
alasan! hehe

dan bila pergi rumah orang,
soalan cepumas, BILA NAK KAWEN???
sebelum2 ni aku akan jawab, lambat lagi kot.
tapi sekarang jawapan aku matang sikit.
kalau ade, nnt mama akan dtg hantar kad k. haha.
kalah jawapan artis.

and soalan kedua paling best.
camne nak apply keje bank cam aku.
hampir 6 orang tanya soalan ni kat aku.
ade yg dh beranak 2 tapi still mencari2 kerja.
ade yg kerja kontrak kat sekolah agama tapi still cari kerja back up.
ade yg dah kerja bank lain tapi hanya sekadar kontak.
aku selalu mengeluh pasal kerja aku.
SITI NAZIHAH yang tidak bersyukur.
lupa ade orang yg masih mencari2.
sedangkan kau langsung xbersyukur.

so, lepas ni xde mengeluh2.
kerja dengan penuh semangat demi raya tahun depan yang lagi hebat.
mungkin berdua, mungkin bertiga. Insyaallah.
semoga aku, dan semua orang di sekeliling aku
sihat, ceria, bahagia, dan berjaya dalam hidup masing2.
amin :)



Sunday, August 19, 2012

salam lebaran


Selamat Hari Raya!
matang sangat cara ucapan raya aku.
Segala salah dan silap harap dimaafkan.
Alhamdulillah, Ramadhan telah berlalu dengan meninggalkan sejuta nikmat buat aku dan semua.

semoga semuanya dalam lindungan Allah.
doakan yang terbaik. Amin :)

Friday, August 10, 2012

sedih

berat mata memandang
berat lagi bahu yg memikul

Sunday, August 5, 2012

#1


orang kata, buang tatoo kat kulit sangat sakit,
tapi rupa2nya buang dosa dari hati lagi perit.

jika benih baru nak tumbuh perlu di siram air dan baja,
kalau hati baru nak tumbuh, perlu disiram dengan apa??

Nikmat Allah


Salam blog
sebenarnya aku masih blur2 dgn situasi aku
aku terkedu sebab doa org yg byk dosa mcm aku pun still Tuhan makbulkan
aku sentiasa berdoa untuk masa depan aku, tentang jodoh
aku mintak di tunjukkan jalan
aku mintak di berikan jalan yang bercahaya
Subhanallah, Dia telah menghantar malaikat2 dunia untuk bantu aku
bagi aku harapan
bagi aku semangat untuk jadi yang lebih baik
semuanya milik Dia.
aku akur dan redha semua ketentuannya sebab aku tahu itu yg terbaik.
Alhamdulillah, xdpt aku luahkan betapa aku happy sangat.
Ramadhan kali ni betul2 memberi 1001 nikmat besar.
memang ade hati yg terluka atau bakal terluka.
tapi aku pasti aku boleh pusing balik semuanya ke arah yg jauh lebih baik.
nak melangkah bukan senang.
tapi aku kene berani sebab aku tahu Allah ade bersama aku.

Tq Allah.


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).


Surah 55, Surah al-Rahman (Yang Maha Pemurah) : 78 ayat. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
55-1:  Al-Rahman (Yang Maha Pemurah)! 
55-2:  Yang telah mengajarkan al-Qur’an. 
55-3:  Yang mengajarnya "bayan" (pandai berbicara). 
55-5:  Matahari dan bulan menurut perhitungan.
55-6:  Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud.
55-7:  Dan langit, Dia (Allah) meninggikannya, dan Dia (Allah) meletakkan mizan (neraca).
55-8:  Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
55-9:  Dan tegakkanlah timbangan dengan adil, dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. 
55-10:  Dan bumi, Dia (Allah) hamparkan untuk makhluk.
55-11:  Padanya ada buah-buahan dan pohon tamar yang mempunyai mayang.
55-12:  Dan biji-bijian yang berkulit dan harum baunya.
55-13:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-14:  Dia (Allah) menciptakan manusia daripada tanah liat seperti tembikar. 
55-15:  Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api. 
55-16:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-17:  Rab (Tuhan) dua “masyriq” (tempat terbit matahari) dan Rab (Tuhan) dua “maghrib” (tempat terbenam matahari).
55-18:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-19:  Dia (Allah) alirkan dua lautan, keduanya bertemu. 
55-20:  Di antara kedua-duanya ada barzakh (sempadan) yang tidak dilampaui oleh kedua-duanya.
55-21:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-22:  Dari kedua-duanya keluar mutiara dan marjan. 
55-23:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-24:  Dan kepunyaan-Nya (Allah) bahtera-bahtera yang tinggi di lautan laksana gunung-gunung. 
55-25:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-26:  Semua yang ada di atasnya akan binasa. 
55-27:  Dan tetap kekal wajah Rab (Tuhan) engkau Zul Jalal wal Ikram (Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).
55-28:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-29:  Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan. 
55-30:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-31:  Kami (Allah) akan bertindak terhadap kamu, wahai manusia dan jin!
55-32:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-33:  Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah! Kamu tidak dapat melintasinya melainkan dengan kekuatan.
55-34:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-35:  Akan dikirimkan kepada kamu berdua (jin dan manusia) nyalaan api dan cairan tembaga, maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri. 
55-36:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-37:  Maka apabila langit terbelah, lalu menjadi merah mawar seperti minyak. 
55-38:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-39:  Pada hari itu tidak ditanya tentang dosanya manusia dan jin.
55-40:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-41:  Dikenali orang yang berdosa dengan tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka.
55-42:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-43:  Inilah Neraka Jahanam yang didustakan oleh orang berdosa.
55-44:  Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang sangat panas. 
55-45:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-46:  Dan bagi orang yang takut akan makam Rab (Tuhan)nya, ada dua syurga. 
55-47:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-48:  Kedua-duanya mempunyai pelbagai jenis.
55-49:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-50:  Di dalam kedua-duanya ada dua mata air yang mengalir.
55-51:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-52:  Di dalam kedua-duanya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang berpasangan. 
55-53:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-54:  Mereka bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya daripada sutra, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat. 
55-55:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-56:  Di dalamnya ada mereka (bidadari) yang singkat pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak jin.
55-57:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-58:  Seakan-akan permata “yaqut” dan “marjan”.
55-59:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-60:  Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan.
55-61:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-62:  Dan selain daripada kedua-duanya ada dua syurga lagi.
55-63:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-64:  Kedua-duanya hijau tua.
55-65:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-66:  Di dalam kedua-duanya ada dua mata air yang sentiasa memancar.
55-67:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-68:  Di dalam kedua-duanya ada buah-buahan dan tamar serta delima. 
55-69:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-70:  Di dalamnya ada mereka (bidadari) yang baik-baik lagi cantik-cantik. 
55-71:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-72:  Yang putih bersih, tersimpan dalam rumah.
55-73:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-74:  Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak  jin. 
55-75:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-76:  Mereka bersandar di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah. 
55-77:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-78:  Maha Berkat nama Rab (Tuhan) engkau Zil Jalal wal Ikram (Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).
  

Saturday, August 4, 2012

TQ ALLAH


Tq Allah
doa aku telah Kau makbulkan dgn cara yg terbaik.
Kau tunjukkan jalan di saat aku sesat.
Alhamdulillah.

Monday, June 25, 2012

musim gadis cantik

 hello belog!
haha.cam geli2 plak nk update belog.
rase cam xsesuai dh untuk aku men menaip2 dlm blog ni (konon matang la)
saje je kan nk update benda2 latest
saje je nk bercite konon2 walaupun aku xupdate blog, tp aku up to date. haha.
dulu aku perasan zaman budak2 yg dikerah untuk mintak sedekah.
semua pesen gelap2 konon cam india muslim.
jual yassin, jual sticker kalimah2 suci.
kadang2 yg buat aku bengang tu sebab diorang xfaham bahasa.
siap2 tarik2 tepi baju orang. degil !
mungkin sebab diorang terpaksa, tapi xperlu la kurang ajar kan??
ok, xpela. kita maafkan sebab diorang tu budak.

pastu aku terperasan trend tarik orang buta plak.
baru je duduk kat kedai makan, kang ade yg datang tarik org buta.
jual tisu aku boleh terima lagi.
jenis yg mintak2 ni susah sket la kan.
lagi2 bila aku tengok yg tukang tarik orang buta tu sihat walafiat.
eh please la yg sehat tu pegi la keje.
tanggung si buta tu.
bukan jadikan si buta tu modal kau cari makan.
xmalu ke??
ok, xpe. kita maafkn sekali lagi sebab modal dia tu orang buta.

tapi sekarang lain pulak trend nye.
guna gadis2 melayu yg masih muda pakai baju kurung, bertudung. cantik !
yg ni taktik dia dari rumah anak yatim.
kadang2 mintak bodo je. kadang2 jual madu.
kla, yg madu tu boleh terima lagi.

yang aku xfaham, aku lepak area seksyen 7 dlm kul 2.00pg.
nnt ade yg dtg "Assalamualaikum, saya dr umah anak yatim nak kutip derma".
hello???? 2.00 pg kot adik gadis yg berbaju kurung n bertudung.
okla, seksyen 7 kawasan ramai orang ape nk takut. ramai student2 je.

then aku ade g lepak putrajaya dengan mija syg.
tengah borak2 kat kedai makan.
dtg la adik gadis berbaju kurung n bertudung. dia bagi salam.
aku juz jawab dalam hati. malas.
then dia boleh ulang bagi salam lagi kuat2 style perli.
ewaaahhh!
siap ketip2 gigi lagi. sakit pulak hati aku tengok.
sebab kitorang maintain buat xtaw je, dy pn blah.
see, kat area putrajaya yg sunyi sepi pun adik manis bertudung n berbaju kurung berani datang.

ok, ni part yang aku rasa "wei, ko rempit pun boleh ke??"
aku lepak kat dataran shah alam kul 2 pagi.
dah la malam minggu.
mat rempit bersepah2.
kalo aku kene tinggal sorang2 kat situ pun aku xberani.
tapi adik gadis bertudung n beraju kurung ni selamba pergi kedai2 yg tepi2 tu.
hello?? ni kul 2 pagi k. lagipun sini tempat mat rempit kot dikkk..
kalo ye pun mintak derma anak yatim, ko xtakut ke??
kang ko mintak derma, len pulak yg diorang kasi ! haha

nampak sangat la something wrong ngan diorang ni.
melayu, cantik, bertudung, berbaju kurung, mintak derma anak yatim.
tapi syg, di pagi2 buta.
please la adik2 manis, balik tdo bleh??


Wednesday, June 6, 2012

bodoh


otak kata jangan hati pula kata ya



Tuesday, June 5, 2012

nikmat yg diabaikan

hye belog
weehuuu! aku di KB sekarang
bleh x nk stop kn waktu?
sepanjang cuti ni aku banyak bertempek kat umah bersama family je
sebab dah lama xbalik sini, aku ade satu mslh besar
bila aku drive, aku jd pening ingat2 lupa je jln
haha. kuang ajo x?
padahal baru 6 bulan xbalik
paling xleh blah ade certain2 word yg aku xdpt translate bila aku kecek klate
konon2 cam ade selang seli gitu bila bercakap. sgt WTF kannn?? hahaha.

ok2 tu bukan yg aku nk cite
yang aku nk cite adalah pasal hobi baru mak aku
dia suka pergi melawat org sakit kat hospital
tu memang hobi dia dari dulu lagi
tp hobi baru dia ialah jadi tukang hantar makanan kat penghuni hospital yg lapar tgh2 mlm.
hampir setiap hari ade je pesanan
mee goreng la, pizza, kfc
bagus mak aku ni. kagum aku.

ade satu pesakit tu lagi buat aku kagum
mak dia ade penyakit kulit yg cam ade cacar air camtu
and mata mak dia buta sebelah
bapak dia pulak buta kedua2 mata.
dia sendiri pulak, kanser tulang,
kaki xdpt jln dh, muka dia jatuh sbelah sampai aku sendiri xsanggup tgk
subhanallah, besar betul dugaan family dia
tabah diorang sangat tabah
langsung xmengeluh
diorang redha, diorang happy
aku xtahu ape. mcm mne, and bagaimana aku nk tempuh semua benda ni
kalau aku di tempat dia
aku selalu mngeluh, merungut dgn hidup.kadang2 la kan
tp tu la, kita lupa.
dugaan utk kite tu bukan hebat sgt pun.
ramai lagi org yg lebih berat cabarannya.

adik aku adam asyik cakap.
dia untung walaupun sakit tapi dpt psp, ipad.
pastu aku tanya balik adik aku.
adam xuntung ke, ade kaki untuk jalan n kayuh basikal
ade mata untuk melihat
ade muka yg elok terletak
tengok, sape lagi untung sebenarnya??

syukur lah sebab masih sempurna.


Saturday, June 2, 2012

percaya pada setiap ketentuan

hye belog
hamboi2, tajuk aku cam xleh blahh je kan.
versi ayat2 cerpen remaja gitu. hohoho.
Alhamdulillah sebab idea aku mencurah2 la plak saat ni.

sekarang aku jarang sangat bukak fb
bukan sbb xde hp canggih
tapi sebab untuk mengelakkan dari sedih melampau
takut terpesong dgn pegangan aku selama ni

bila umur dh berganjak ke 24, ini lah masanya.
masa untuk akhiri zaman bujang
masa untuk menimang anak
masa untuk ke next chapter dalam hidup
bila bukak fb, aku sedih
sebab aku belum move on
aku still kat pit stop yang sama
sedangkan semua orang telah tinggalkan pit stop tu
tu yang aku bayangkan. aku kecewa. 
tapi aku lupa, bukan semua orang
ade certain2 org yg masih mencari, menunggu, 
mesti diorang lagi tertanya2 mcm mane takdir yg telah ditetapkan utk dia.

macam aku, bukan aku xmerancang
tapi hingga setakat ni, perancang aku masih belum dapat di tunaikan
ketentuan aku belum tiba
calon Insyaallah dia la orangnya
tapi andai kata ketentuan Allah tu lagi hebat, Dia ade takdir yg lagi magis,
aku terima dengan hati yg terbuka
sebab aku percaya dengan ape yg aku pegang
percaya kpd Qada' dan Qadar

kepada kawan2 yang sudah ke next chapter, Tahniah dan selamat berbahagia :)



favourite person LAHHH sangat


 hye belog,
 aku tahu aku dah lama xmenaip
macam biasala, alasan aku mesti la sebuk sebuk sebuk
akhir2 ni aku asyik fikir camne nak jadi fav person di hati semua orang
kalau di hati bf, of kos la aku memang fav person dia kan. :'D
di hati family, aku fav person kalo time handle pencarian baju raya adik2
and also fav person kalo nk mintak tlg

di ofis plak, aku fav person untuk dihantar belajar ke department yg susah
bos sentiasa akan tanya aku which department lagi yg aku nk belajar
aku jugak fav person untuk bos bergurau
aku bukan nak berlagak, tp aku tau aku fav staff dia. HAHA

tapi di kalangan colleague, aku mmg fav person utk tau gosip hangat
aku jugak fav person untuk diorang kongsi cerita
pasal husband, pasal anak, pasal mertua, pasal bf (pdhal kau yang syok sendiri)
kalo bab cerita, gosip, aku xpayah pergi mencari
kompem diorang sendiri yang dtg cerita
so, kiranya aku ni fav person untuk dijadikan mangsa dengar cerita.
kalo pasal yang lain, aku no komen.
ye la, kat depan kita la fav person.
kat belakang? opsss.

dengan kawan2?
um, sekarang aku dh jarang bersama kawan2 aku sendiri
aku lebih banyak melepak dengan kawan2 bf
di hati Fatin mungkin aku fav person dia. haha
MUNGKIN?? sebab kami baru kenal 2bulan lebih
tapi dah macam2 cerita yang kami kongsi
dia pun fav person aku jugak sbb dia je kwn yg selalu aku jumpa.
tapi di akal dan minda kawan2 bf pulak,
aku mmg fav person diorang untuk dorang ejek gemuk la, cari gaduh la.

tu dengan orang2 yg terdekat.
dengan orang2 lain aku xtahu aku ni tahap mcm mana.
aku kalo dh baik sgt ngan org, org pijak kepala pun xsedar.
thats why aku cuba untuk buat baik berpada2.
yela, ape makna jadi fav person kpd sume org kalo org xrespect kau. btol x?
bagi yg rasa aku ni fav person dia, TQ!
aku cuba layan sume org dgn baik.
bagi yang rase aku ni xcukup bagus, hipokrit, teruk ke ape.
sorry, sbb aku ni manusia biasa.
xpuas hati jugak??
letak cermin depan kau then tgk. kau bagus sgt ke?????? 

cermin2 kan~


Monday, May 7, 2012

workaholic vs holidayyyyy


hye belog
sumpahan puaka aku busy taw, bukan buat2 busy
hari ni pun aku balik kerja kul 9mlm gara2 upgrade sistem
tuh xbest lagi
part paling best, sabtu lepas aku pergi kerja kul 630 ptg smpai 12mlm.
penat eh kerja on weekend
tapi ape bleh buat
atas dasar konon sistem upgrade utk kesenangan semua pihak
nasib baik bos dah belanja kaw2,
so xde la aku kecoh lapar ke hape kan. hehehe.
tapi tu la, si fatin bini kawan bf plak kecoh
aku dah penat balik keje kul 12, then sempat lepak melepek sampai kul 1 lbh.
si fatin ni bleh menggelupur suruh laki dia bwk g genting
gila saiko siap majuk ape sume
dah la kul 2pg dh kot
then kami pun berjimba ke sana. haha
tapi sayang pergi dlm keadaan xready
kamera pun xbawak
ape pun xbawak.
dapat la gak aku release tension aku yg konon2 workaholic ni.
tq la kat bf, fatin n wan sbb menyebabkn aku ke sana.
atleast dpt gak aku merasa suprised holiday.
dah lame sgt xdpt jln2 camtu.

kepada kawan2 yang msg aku xreply
kepada yang bertanya khabar aku xjwb
kepada yang kawen tapi aku xdapat pergi
sori sgt2
masa xmengizinkan.
untuk diri sendiri pun aku terkejar2.

aishhh. makin tua makin xcukup masa/xreti membahagikan masa.





Friday, April 27, 2012

UNTUK MU SAHABAT


Hye saem,
Hari ni adalah hari paling bermakna dalam hidup mu.
TAHNIAH!
Saat aku dapat msg dari mu, aku sangat hepi.
"T, alhamdulillah. aku official dpt doc ai ni"

mengalir airmata aku.
sebab aku sangat bangga dengan mu!
segala penat lelah, susah payah mu selama ni terbalas.

Terimbau semua kisah sepanjang kita kawan.
terlalu banyak yang kita kongsi
terlalu banyak cerita antara kita
bergurau, bergaduh, menangis bersama, buat jahat tp buat baik jarang sekali. hehe

siapa sangka orang yg kuat menipu,
suka sapu hingus kat langsir kelas,
suka berebut,
pakai tudung yg xpenah "jadi",
terkincik dalam seluar,
selalu diejek oleh musuh,
selalu buat keje gila,
konon gengster zaman sekolah,
suka gaduh ngan mok,
penah buang biji buah rambai atas meja orang,
tamak bila makan n penah muntah cam air terjun,
kuat pegangan bomoh,
dan macam2 lagi perangai pelik kau
KAU TELAH BUKTIKAN YANG KAU MAMPU JADI SEORANG DOKTOR!

Tahniah. Tahniah.
But please, jadi kawan baik aku dunia akhirat :)

MIEJA CHE MAT



Saturday, April 7, 2012

TQ :D


hello belog
tahun ni birthday aku yg ke24 banyak celebrate with airmata
aku tau aku xpatut nangis on that wonderful day
and of kos sepatutnya aku jadi lebih tabah seiring dengan umur naik. haha
tapi boleh buat, aku memang insan lemah lah sgt.
mlm birthday, nangis. konon2 lonely.
pagi birthday nangis,lonely lagi.
tengahari, call adam.

"kak ti, happy birthday. kak ti dah makan? kak ti duk sorang2 ke tu?
kecian kak ti.
bila kak ti nak balik? kalau kak ti balik, adam suruh mama belikan kek."

aku nangis lagi.
dengan sangat teruk.
even adam yg baru umur 9tahun pun tahu ape yang aku rase.
tq adam, thats y i love u sooo much!

sepanjang hari tu temankan bf keje.
atleast xde la rase sunyi sangat.
xde la sedih sangat.

petang pulak, ofis call.
budak ofis nama azrul yg suka cari gaduh ngan aku call.
semata2 nak wish besday.
then dia main passing2 line kat semua staff.
diorang sume wish besday dgn nada yang bersemangat yg buat aku sangat terharu.
bukan aku nak cakap aku penting.
aku terharu sebab time birthday org lain, diorang xde pun call camtu.
aku memang xsuka sangat dengan tempat keje aku, dengan politik certain people.
tapi still, if aku kene tinggalkan tempat tu.
aku mesti rindukan diorang.

bila malam pulak, maksud aku awal pagi.
kul 12.30am, aku baru tarik selimut.
mieja msg mintak aku jgn tido lagi.
dia cakap dia ade keje kat shah alam, kejap lagi nak jumpa.
FINE la. then something happen yg buat aku xde mood nak kuar.
mija call utk pujuk aku kuar. aku baru nak explain.
then someone rampas phone mieja.
someone tuh adalah mcyah yang dtg jauh2 baru sampai dari johor.
aku terus nangis!
rupa2nya diorang nak buat suprise celebration utk aku.
AKU SANGAT2 TERHARU.
aku ingat, dah xde sape peduli pasal aku lagi.
aku silap.
TQ SOOOO MUCH MIEJA AND MCYAH.
please la jadi kawan2 aku sampai bila2!

mieja dah la ade final exam untuk bergelar doktor next week.
sanggup dia turun klang bersama nota2 exam.
mc yah pulak, baru je sampai dari johor.
terus pegi amik mieja n datang ke tempat aku.(tq jugak utk Qayyum.driver diorg)
macam mana aku xsyg korang?
tu hadiah besday yang paling bermakna buat aku.
TQ friends.



p/s: tq utk wishes yg thru fb, sms, phone call. tq so much. ingatan tu adalah hadiah paling bermakna, sebab aku bukan siapa2. tq bf sebab temankan aku sepanjang hari, layan aku nangis sepanjang hari. TQ

Thursday, April 5, 2012

HAPPY BIRTHDAY :)


awalnya ucap kat diri sendiri
sebab apa?
sebab kalau boleh aku nak tido sepanjang waktu tersebut.

untuk berdiri tegak, senyum dan berjenaka memang mudah
cuma jadi payah bila berdepan dengan sedih, marah, geram, kecewa
memang ade yang aku sangat idamkan
tapi belum rezeki
mimpi belum jadi kenyataan
xpela, kita tunggu lagi


Sunday, April 1, 2012

segalanya di hujung jari


hello belog
aku banyak sangat benda nak taip
banyak sangat idea. kononnya la.
tapi bila bukak je belog
semuanya hancur, bukan menaip.
tapi sebuk duk baca orang lain punya belog.

baru2 ni aku sebuk duk hadap korean drama, Personal Taste
subhanallah, indah betul ciptaan Allah, si lee min ho tuh
aku hadap sampai dah hampir menjilat skrin laptop tau. haha
cite tu best :D
indah betul sampai aku dah cam orang gila tengok
gelak sorang2, nangis sorang,
bila sampai part kiss2 mula la menjerit xpuas hati sbb jeles.
HAHAHAHAH *gelak syaitonnnn!
lee min ho kotttt!
tapi aku sedih gak sebab aku dh abis tgk by pagi tadi
so, mulai sekarang aku tengah mencarik bahan baru.
setakat ni belum jumpa yang bagus lagi.hoho.

tengah menyelam dalam youtube
banyak la pulak movie and telemovie melayu yg aku terjumpa
ade yang dah tgk kat wayang
menyesal aku. bazir je beli tiket.
so, ayuh kita menghadap telemovie melayu pulak sampai lebam.
bila dah bosan hadap muka mamat kelate, jawa dan sabah.
baru kita balik hdap muka korea semula. hahahhahahha.


Sunday, March 25, 2012

Tuhan lebih tahu


Dear blog ku sayang
aku tengah berusaha dan merancang
kami serius
semoga perancangan dan ketentuan Allah seiring dengan impian aku
Amin
Dia lebih tahu apa yang terbaik :)

Saturday, March 24, 2012

hobi


hye belog
buruk benor perangai aku
balik dari keje, sampai je kat umah, on wifi, bukak belog
bukan sebab nak update
tapi sebab hobi aku baca belog orang
bila xde orang update, aku frust -.-"
ya ya ya
aku frust bila xde org update belog sebab aku jadi xde bahan nak stalk
tapi aku sendiri memang pemalas nak update
bukan xnak update
tapi ye la, nnt motif nya sama
kerja kerja kerja
kalau ade yg fun sket pun
pasal lepak lepak lepak
so, xde benda nak tulis untuk catatan diri
kesian kan?



Sunday, March 18, 2012

salon yang paling annoying


hye belog
aku memang suka pergi salon
cuci rambut, iron, treatment, rebonding
xde la hebat sangat
tapi kalau setakat tengok teknik pun boleh teka la org tu reti handle org ke x
sebelum2 ni aku penah 4kali buat rebonding kat salon melayu
harga boleh tahan, rm180-rm250
konon guna ubat yg elok dan mahal
bagi nasihat penjagaan rambut semua cam bagus
tapi hasil dia selepas cuci, HAMPA
tapi tahun lepas aku ade buat rebonding kat satu salon d Kuala Selangor
hasil dia?
memang memuaskan hati
tahan lama and rambut lembut je
harga pun ok la rm130
dia potong rambut pun memang mengikut selera kita.

tapi semalam nasib aku malang kot
bf ade suggest untuk try salon kat sekinchan
then aku pun setuju je la
al maklum lah rambut akar kayu dah mula menapak di akarnya
bila masuk je salon tu, ok. salon tu cam pro je.
semua produk dia, wella.
macam bagus.
bla aku duduk je, orang tu terus potong xde tanya aku.
then aku sound, nak belakang pendek tp depan maintain.
lps dia potong, aku ckp aku xpuas hati.
dia jawab, ni belum siap la amoi. lepas rebond nnt kita potong lagi.
ok2. aku sabar lagi.
dah la buat keje lembssss. xteliti.

time dia iron rambut aku, selamba badak iron tuh tersentuh telinga n kat leher
then aku cakap la, panas ok.
dia dgn selamba badak jawab.
nak buat ke x ni? kalau nak, tahan la sket.
hotakkkk kau! mana ade org buat rebond sampai iron cuping telinga.
aku plak yg kene suggest soh dy lapik dgn kain sebab dy xde yg cover telinga tuh.
fine la.
aku terus bersabar.
sehingga la final.
aku suruh dia potong sket rambut yang atas dahi ni.
then dia pun potong. cantik. macam yang aku nak.
CUMA yg xcantik nya bila dia selamba badam potong pendek rambut aku yg tepi telinga ni.
WADAFFFFFFFF!
aku sgt mengamuk sampai aku cakap this is the worst haircut yg penah aku dapat
si saiko tu xabis2 pertahankan diri dia n x say sori pun.
last2 aku blah je dari salon tu n nangis.
serius. nih 1st time aku nangis time kuar dari salon.
sedih ok.

aunty, sumpah aku dendam dgn kau.
dh la pakai baju koyak kat ketik. siap kuar bulu lagi.
yeuw!



Friday, March 16, 2012

betapa hebat beza lelaki dan perempuan

hye belog
time menaip ni, aku dalam keadaan bingung, kelu
bukan nak mengeluh or rasa xpuas hati, tapi tu la
perkataan kenapa tu berterabur dalam otak
i love someone
and dia pun sama (harap2 la kan)
tap banyak sangat perbezaan xkira la dari cara hidup, cara fikir
dia cakap perempuan xboleh keluar malam or asyik keluar je
keje perempuan masak, jaga rumah and jaga anak
tapi bagi aku, come on la. tu tanggungjawab dua2. xkira mak or bapak.
sebab kalau nak ckp dari segi nafkah duit, mak pun keje what?
of kos perempuan pun perlukan hiburan dalam hidup
keluar malam, its not an issue. 2,3 pagi ape ade hal.
bukankan tempat seorang isteri adalah di samping suami.
so, ape hal, angkut ah bini kau lepak sekali kul 2,3 pagi.
kan lebih bagus. kalau kau ade terniat nak buat benda2 mengarut pun kompem kensel

dari pergaulan sosial
aku akui aku agak lincah dan panjang kaki
tapi itu dulu
and walaupun aku ramai kawan lelaki or whatever,
itu mmg kwn2 yang dh kenal lama and yang aku rapat
tapi kalau setakat lelaki yang ber hye2 dalam chat fb,
sori, im not interested
bukan aku nak cakap aku still ade market or what
aku juz nak bagitau betapa aku xsuka buang masa nak lyn chat dgn org yg xkenal
sebab ape?
bahaya kot.
mula2 hye, then kenal2, ayat nak masuk line je, ntah2 ngan pompuan len pun sama
so, untuk ape nak buang masa
kalau bosan sekali pun, lebih baik aku msg bf
walaupun hanya taip benda yg sama
tetapi di pihak yang sana pulak berbeza
bila dah bosan, sanggup chat ngan perempuan lain
kenapa bukan chat dgn lelaki?
well, lumrah alam
bab yang ni, aku malas nak explain lebih.
fikir la sendiri.

memang untuk jaga sesuatu hubungan bkn senang
emosi, keikhlasan hati, jujur paling penting
xpenah wujud tipu sunat
semua yang aku nampak, semua yang aku tahu,
aku simpan, cuba hadam, then berak biar semua keluar
tapi aku takut ade yang tertinggal
tu yang bahaya tu.

tapi ye la kan.
mana ade yang sempurna.
aku sangat percaya pada karma.
dulu aku sangat jahat. (mcm la sekarang x)
so, maybe right now its my turn.

paling penting sekarang.
berdoa. semoga di teguhkan hati.


Friday, March 9, 2012

cengeng !


hye belog
sejak akhir2 ni aku agak emosi
asyik xpuas hati dengan suasana kat tempat kerja
aku dah boleh terima keje aku
aku boleh terima semua penat lelah
tapi aku sangat xpuas hati bila xde keadilan
come on, profesional la sket
xfaham aku
1 malaysia??? lahhh sangat !

kadang2 sebab terlalu stress, aku nangis.
nangis kat tempat kerja
then bos plak yang ingat aku bayi
konon nak pujuk aku, ajak kuar mkn, dy nak belanja
wateverr~ walaupun aku mmg suka makan.
bos cakap aku cengeng
manja
suka nangis.
part paling penting, dy nk mintak no hp bapak aku.
konon2 nak report sbb aku manja.
fine bos, kau mmg kelakar
sangat macam warden yg suka mereport time skool

aku bukan jenis mengada2 banyak air sangat
ntah la, kerja kat situ sumpah mencabar hati gegirly aku ni.
bos cakap aku sepatutnya kene g moscow
belajar jauh dari family
come on la bos
aku duk jauh dari family dari form 1 lagi
malas nak kecoh je. setakat moscow. hekss *sambil herotkan mulut ke tepi.

susah hidup di satu tempat warna kulit xsekata.
pakat2 la pakai tia amelia.
baru satu malaysia.
biar warna kulit sekata sket.




Wednesday, February 29, 2012

hye, saya lembsss.


hye belog
stress betul bila sebut pasal akaun
kalau aku punya akaun bank banyak duit xpe gak
tapi ni lain, ni pasal handle akaun/ general ledger/ debit credit of watever
fine la kalau aku keje bank tu adalah salah aku
ye la, jauh terpesong dari bidang sepatutnya
tapi still bleh belajar and still can handle kot
sebab xde la susah benor
setakat duk kaunter tuh kacang
setakat dengar customer bebel, boleh kutuk dalam hati
tapi bila part kene buat GL, aku angkat tangan
come on la
last aku belajar akaun masa F3 kot
tu pun sebab ade 1 bab dalam subjek kemahiran hidup
tu pun basic nak mampuihh.
aku bukan student matematik kewangan or komputasi pun!
sumpah aku sangat stress.


paling xbleh blah bila aku tanya orang berkenaan.
kenapa aku yang dipilih?
konon2 sebab aku cepat pick up.
fine........
untungla orang2 lembab ye
menyesal aku xbuat2 lembab dulu.


sabar2.
xpe, fikir positif.
cuba dulu.
akaun je pun. hekkks!


Tuesday, February 14, 2012

kau umpama merpati putih



aku : hye, bleh amik gambar? tapi hp i xcanggih.
dia : ala, nah tgk hp aku. (hp rm60 -.-')
mak aku: nyanyi sket bleh.... T.T

p/s: gf kau nice sebab hulur tgn salam aku n mak aku. nice jugak sebab tlg amikkn gambar. nice, hot and sexy yawww! haha

Monday, February 13, 2012

oh sweet




hye belog
dah lama kot xmenaip kat sini.
tapi xpe, aku tahu. ade ke org yg kesah?? haha.
banyak kot cerita tertunggak.
lagi2 cerita time family aku berholiday kat sini.
terubat rindu di hati.

hari ni aku tetiba nak update bukan ape.
saje tanda penghargaan kat bf.
bf aku xromantik pun.
kadang2 panggil aku anak bigfoot, anak gajah, muka mcm pasu bunga,
panggil aku tomato la.
memang sangat xsesuai ok!
walaupun mulut dy agak macam B*NT*T AYAM.
tapi hati ade taman tg anis. haha.


aku ingat lagi, ade satu hari tu aku sangat sedih.
dah la short rm300.
keje banyak, stress.
tapi dy xabis2 bagi aku semangat suruh sabar.
bila time balik keje, aku masuk je dlm kete.
dy cakap ade ank aku tunggu kat seat belakang.
bila aku pandang, tadaaaaaaa!

ade 2 teddy bear yang cinonet menunggu.
oh sweet :)

hari ni plak, dy belikan aku ini.



ok, aku tahu.
setakat donut manis yang menggemukkan, apalah sangat kan.
tapi still, tuh fav aku.
aku ingat, dy beli sebab nak buat aku happy.
tapi part yang paling aku berkata "oh sweet"
bila kat dlm nya.


yeayyy! got something over there!
jgn risau, tu bukan cincin tunang or something yg related dgn melamar.
tu hanya hadiah hari kekasih yang biasa but bagi aku sangat sweet.

tq bf yang sangat annoying, menyakitkan hati, kaki kencing
tq :')


p/s: Semoga Allah permudahkan urusan jodoh kita. amin.

wif love.