Friday, July 30, 2010

Terguriskah?


ye la, saya garang dan panas baran
lemah lembut? oh, itu jauh sekali.

tapi Alhamdulillah saya dikurniakan 1 hati yang mudah di handle
saya sayang semua orang sekeliling saya
saya mudah kasihan kat orang
saya xsuka menyusahkan orang
saya jenis yang xberkira
saya sanggup lakukan apa saje untuk mereka2 yang saya sayang

silap besar
sebab saya mudah percayakan orang
anggap semua orang baik hati
rupa2nya tidak

xpe la
teruskan perbuatan keji anda
nak buat camne kalau awak mmg jenis xreti nak gunakan pepatah
"buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali"

saya maafkan
walau hati nih dah bosan dengan tipu daya dan macam2
tapi xpe la
BUKAN AWAK YANG TENTUKAN KEBAHGIAAN SAYA
dan AWAK XLAYAK UNTUK MENILAI SAYA

jangan risau ye, saya bukan jenis berdendam
semoga ALLAH merahmati hidup awak, kawan.

Trust is the easiest thing in the world to loose, and the hardest thing in the world to get back


Tuesday, July 27, 2010

bukan aku xmahu


sape cakap saya tidak mahu bekerja?
hey, bukan xnak la.


  1. dah banyak kerja tetap yang aku apply, TAPI masih tiada tawaran.
  2. kerja part time mmg cam best, TAPI gaji yang ditawarkan ciput sedut nyawa2 ikan yang mana abah boleh bagi berkali2 ganda. siap elaun tambahan lagi.
  3. keje mmg bagus, TAPI nanti siapa lagi yang akan tolong mama buat kerja rumah?
  4. kerja boleh hilangkan bosan, TAPI adik2 siapa nak urus?


bukan xnak kerja, tapi nanti2 lah dulu.
mungkin tunggu putera berkuda datang cakap, " jom kawen, awak xpyh kerja k. duk d umah uruskan rumahtangga je".

dush! dush! sila bangun dari mimpi.
oh, mimpi je rupanya.



Monday, July 26, 2010

hari bersejarah yang ade sejarahnya


setelah berkurun menanti
sambil menanam anggur dirumah
akhirnya aku berjaya konvo..YOSHHHH..
perasaan? biase je...
cuma time nk naik stage.
rasa mahu nangis.
terharu
segala penat usaha terbalas
rasa bangga kerana dapat memberi anugerah yang pertama kepada family
(haruslah sebab aku ank sulung -.-")
inilah saat yang paling ditunggu selama ni
Alhamdulillah


pagi yang indah ditemani mama tercinta


bersama FENDIAN biologi


sempat lagi bergambar sementara tunggu turn


gambar kenangan di hari tua


bersama family yang xlengkap -.-"

p/s: DENGAN RASMINYA MEMILIKI IJAZAH SAINS BIOLOGI. tq kepada ibubapa, family, pendidik n frens.

hari bahagia untuk MEREKA


25th July 2010
selamat berkonvo mereka2 yang disayangi
walaupun i tidak terbabit pada hari tersebut
haruslah menumpang untuk ambil mood mereka2 yang sudah berkonvo


gee terbusuk


time mucuk dengan muka penat


mereka2 kesayangan

p/s: congrates guys! sedih..lepas ni dh leh jmpe selalu. sape nk lyn segala kerenah pelik aku?? :'(


family outing


dah lama rasanya xberjalan2 ngan family
semuanya sebuk dengan urusan masing2
alhamdulillah, sempena konvo aritu sempat la jugak cuti2 malaysia








p/s: segala kerunsingan selama ni telah berakhir. Alhamdulillah, hanya Dia tempat bergantung.

Saturday, July 24, 2010

24 Julai 2010


pagi2 lagi dh pergi membelasah nasi kerabu terbaik di KT
then terkejar2 ke raptai konvo


part yang paling best??






HARUSLAH INI.






FENDIAN bersatu. tp sedih tanpa azu n lala.
(kenapa mesti aku tido time ni?)


bersama tima syg


bersama cikno dan tima


bersama mr GEE

p/s: HAPPY CONVO utk tima n gee tersayang dan kepada mereka2 yang berkonvo pada 25th july.

Friday, July 23, 2010

23 julai 2010


yeahhhaaaa!! inilah masa yang ditunggu2..
masa bersama mereka2 yang dirindui
aktiviti pertama??

MESTILAH PERGI KAROK!
weehuuu..best melepas gian melalak bersama mereka.


woh! penuh perasaan.


sesi berDUIT-la-sangat

pada malamnya, haruslah berjalan2 melihat pesta konvo
ya Allah, sangat aneh rupanya perasaan orang yang nk konvo ke pesta konvo
perasaan yang sedih sebab tahu lepas nih xdapat pergi pesta konvo sebagai student lagi


muka2 di pesta konvo


muka bosan duk hadap dikir barat


rindu set, azu n lala..sayangnya mereka takde time ni.


fakta sejarah: FENDIAN di tubuhkan pada pesta konvo 2009. maka, dgn ini genaplah 1tahun pemikiran FENDIAN tercetus.

Wednesday, July 21, 2010

JULAI 2010


siyes bulan ni paling banyak dugaan
kalau aku nih jenis lemah semangat, dah lama menghilang kot
Alhamdulillah, aku mampu menghadapinya walaupun perit
tapi tu la, Tuhan tu maha adil
Dia beri aku hujan, kemudian Dia kurniakan aku pelangi

pada awal bulan julai, aku diuji dengan kehilangan kasih sayang seorang ibu
cukup pedih, tapi aku yakin
setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya
pertengahan bulan julai, aku kehilangan sahabat dunia akhirat
xpe la, aku hormati pendirian dia
semoga dia bahagia dalam lindunganNya

tapi pada akhir2 bulan julai bermacam2 event happy telah dan bakal berlangsung
20th, saat paling happy kerana my hunny bunny AMANI muncul
sangat teruja ! (apaka??)
23rd, will enjoy wif all my greatfrens d KT, mungkin untuk kali terakhir
dah la dah lama xjumpa, n lepas ni masing2 akan membawa haluan masing2 :'(
26th, of kos la my graduation's day! weeehuuuuuuuu.~~

semoga apa yang berlaku di bulan julai ni menjadi pengajaran kepada aku
berbuat baik berpada2
sebab xde satu pun kebergantungan yang akan kekal
kecuali kebergantungan kepada Allah
papepun, thanks kepada teman2, bf2 n also teman tapi mesra sebab sentiasa disisi
semoga Allah membalas dengan keberkatan.aminnnn..

semoga Ogos menjelma penuh dengan sinar bahagia...hooyeeahhhh!

p/s: lps ni dh bleh stat pk psl kerjaya atau nk sambung master..lupakan segala kesedihan sebab itu hanya alasan untuk orang gagal.


Monday, July 19, 2010

welcome, HONEY


20 Julai 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN SAYANG
sangat rindu kamu
hari ni hari paling indah
semoga segala kenangan ini kekal abadi
maafkan saya xdapat jaga kamu
sumpah, masih terkenang waktu kita bersama
walaupun seketika

i will always love u! i swear!

p/s: nantikan saya ye AMANI syg :'(


Sunday, July 18, 2010

yippee.yippee.

ok, title sangatlah gedik.
18th july adalah hari untuk mengambil jubah sedunia! eh bukan la, seUMT.
pergi dengan sape?? haruslah bersama CIK TIMA, CIK NINI & SHILA LALA..
weehuuuu~

sebelum masuk dewan, check segala resit jubah,
pengesanan graduat dan fotostat ic.



mestilah beratur panjang. 4jam okke baru sampai turn.
tu pun xdapat saiz yang dikehendaki -.-"


yoshhh! akhirnya kami berjaya dapatkan jubah.


bonet si pulun..hambek kau ade 8 beg jubah semuanya! hoho..


ok, dah testing topi.


mungkin dah beraksi pakai jubah di tepi pantai.
memang dasar PEMULUN..haha.eh, silap..PENYALAP (tima).

hahahahaahaa...


pape pun, itu hanyalah permulaan.
majlisnya nanti adalah pada 25&26 july.
pada sesiapa yang terlibat, TAHNIAH YEEE~
gee & cikno, jgn risau. jubah anda selamat dlm jagaan saya..selamat ke?? hehe

p/s: xdela excited sgt psl convo sbb pernah rase time f3 & f5..mungkin lebih excited untuk berjumpa kwn2 pada 23 nnt..rindu!.

Thursday, July 15, 2010

makna sakit hati


nak tahu x ape sakit hati?
sakit hati adalah sesuatu perasaan apabila kita mahu meng-upload gambar tetapi xjumpa kabel hp
sakit hati ini kepada siapa?? of kos la pada diri sendiri yang lalai dan lupa -.-"

dah la itu gambar 1st time aku pergi PIBG
bukannya sebelum ni xpernah pergi, tapi 1st time aku pergi sebagai wakil penjaga
hahahaa...rasa sangat matang sebab terpaksa wakilkan parent
rindu saat sekolah, teringat time aku nak exam
majlis PIBG dan ceramah kesedaran macam tu mmg wajib diadakan
aku ingatkan teknik motivasi sekarang sudah berubah
nampaknya, masih lagi sama..
masih menggunakan teknik tunjuk video2 dan perdengarkan lagu2 sedih
haruslah semua yang terharu dan menangis
anak2 pulak yang menangis bersungguh2 sebab rasa bersalah dan janji itu ini dengan parent sebagai tanda mintak maaf

aku? TAK, aku xnangis
aku just pandang mereka dan terdetik dalam hati
nangis la sepuas2nya dik, harap tangisan tu membawa erti
jangan hari ni menyesal dan sanggup janji macam2
sedangkan esok, masih bergoyang kaki dengan tv tanpa menjenguk buku pun
hari ni mintak maaf kat parent,
sedangkan esok mak mintak tolong belikan gula pun kau buat2 tidur.

amir, adik aku yang akan menghadapi PMR tahun ini langsung xnangis
maybe sebab aku yang pergi so dy xde nk feeling2 ngan aku
orang yang duk melalak menangis sayu,
tapi aku n amir yang tersengeh2 sambil mengamil gambar (diam ah, xleh upload pun!)
ntah la, bagi aku semua tuh atas diri masing2
memang majlis tu ade meninggalkan kesan ke atas emosi aku jugak
tapi xde la sampai aku nangis
mungkin sebab amir tuh adik aku dan bukannya anak aku..
motivasi nih benda yang akan cepat pudar
sebenarnya yang paling penting bukan itu, tapi bergantung pada diri sendiri
kalau kau rasa malas nak belajar, di paksa pun xde guna
so, pandai2 la fikir yang terbaik untuk diri.
gila tajuk xde kena mengena langsung..huhu..

p/s: tetiba tadi rasa cam nk g rampas mic kat tgn penceramah sbb aku rase aku ade kata2 hikmah yang lagi best..hahahaah


Wednesday, July 14, 2010

euro fun park


oh, benda nih dah pernah menggila di terengganu
sekarang dia tengah menggila di KB
aku yang bersemangat pergi ngan adik2 lelaki untuk menikmati game yg gila2 tuh
serius ah xde pun game yg normal
sume nya adalah PERMAINAN GILA2 KAW KALAU KAU ADE LEMAH JANTUNG SILA JANGAN PERNAH MIMPI pun untuk main.
aku yang konon2 gagah dan berani
mula2 naik permainan yang cam roket
fine, xdela takut pun sebab aku kat atas tuh yang boleh gelak2
tapi gayat la jugak
then, 2nd permainan yang aku main xtau nama hape
tapi PERMAINAN TUH BERJAYA BUAT AKU BADMOOD
gila ah, dah la pusing laju nak mamm!
pastu siap berasap2 lagi
pergh, aku yang dah nak pengsan siap pesan kat adik aku untuk panggilkan mr awan
turun je dari benda haram jadah tu, aku yang terus duduk dan diam
pening oh..
sumpah lepas tuh terus badmood hanya fikir untuk balik dan tidur
of kos, lepas tuh mr awan yang terpaksa drive balik
aku yang pengsan terus, siap berenti 3kali sebab aku cubaan untuk muntah
sampai je kat umah, aku terus tidur
orang lain pergi funfair balik mesti hepi
aku pergi funfair balik yang badmood..haisshh!

p/s: yg peliknya adam yang umur 8 tahun langsung xrase pape n still bleh main 4 games yang lain after main game yang buat aku badmood tuh.

Tuesday, July 13, 2010

tamak


benci perasaan ini yang mana aku akan jadi sangat tamak
aku mahu semua yang terbaik, sehingga akhirnya memakan diri
aku melukakan orang tapi dalam masa yang sama aku merana macam aku yang diluka
aku sangat buntu.


p/s: ya Allah, tlg beri hint.aku kompius.

Sunday, July 11, 2010

pernahkah kau merasa?


paling benci tentang hidup adalah time membuat pilihan
kau suka yang ni, tapi kau lebih minat yang tu
kau rasa selesa yang ni, tapi kau rasa bahagia yang tu
ini dan itu
sangat besar perbezaan tapi setiap pilihan ada baik dan buruk
hehhh, nk pilih yang elok aje. kau cukup elok kah?
serius time ni lebih susah nak hadapi cam diluah mati mak, di telan mati bapak
bukan senang nak buat keputusan
bukan mudah nak hadapi muka2 kecewa dan sumpahan2 hati yang pecah
cakap banyak, kau tunggu je nanti balasan tuhan yang time tu kau yang akan dikecewakan.
padan muka.

p/s: ya Allah, aku takut :(


Saturday, July 10, 2010

terharu wehh!


waaaaaaaaaa...sangat terharu saat menatap sijil akuan kelulusan sementara. macam xpercaya yang aku berjaya tamatkan my degree! hahaha...diam ah..poyo je.orang lain yg dh phD -.-" dh la bukan ngan result 1st class pon. watever, aku still hepi. bermacam2 dugaan woh nk lengkapkan degree nih...

sumpah lepas ni akan rindu sangat.sangat.sangat..rindu kat hostel yang panas...rindu kat hostel aras 4 pastu yang ade musang sepah2kn tong sampah..yang bila aku bgn nk solat subuh, aku trpijak sampah tuh lalu jatuh, siku koyak n trpaksa dijahit...benci en musang dan anak2!

pastu rindu saat pergi kelas jalan kaki ikut jalan biawak yang biawak2nya bersaiz buaya..rindu kat kedai waneni, rindu sri budi, ok tu semua kedai makan...rindu saat pergi kelas pastu bukan bagi tumpuan kat lecture pun..tp sebuk duk gosip sana sini sambil conteng buku and pass kat kawan2...rindu time duk dalam lab yang orang lain sebuk duk uat experimen but kau yang aktif menubuhkan kumpulan2 kecil yang suka bergosip.

paling best adalah time sampling, sbb dalam kumpulan aku semua geng saitooon dan kami bebas untuk membuat kerja..kerja ape?? of kos la tahikk mata..orang lain yang sebuk duk uat plot n sampling bagai..group kami yg gigih tido di bilik walaupn panas yg tahap di padang pasir dan menukarkan aktiviti sampling sebagai konon2nya holiday! hahahaaa..

rindu geng bro yang AMAT SUKA TIME ECO AKUA! asik kene g mengorek2 kolam, longkang dan parit area UMT je..amat busuk ok! ya ALLAH, serius saat2 nih semua...rindu FENDIAN yang satu umah bersatu hati asyik gelak je..pukul 2,3 pagi pun still riuh rendah cam kul 12 tghari..rindu saat pergi karok..rindu time celebrate besday i yang sangat enjoy n dapat hadiah2 best dari kwn2 yang dipaksa beli oleh aku..

rindu saat genting degree apabila mahu menyiapkan thesis yang sumpah susah, rumit, pening kepala dan banyak makan duit...rindu! rindu! rindu pau suri, rindu salap, rindu tarian bodoh azu, rindu saat choi dtg umah tp salo wrong timing, rindu sup sayur set..rindu semuanya..

dahla, nak nangis dah ni..semoga kenangan ni akn kekal dlm kotak memori...

Thursday, July 8, 2010

putus asa


perlu ke nak berputus asa and berpatah hati?
no! no! no!
kita diberi pilihan, ye kita boleh memilih
tapi keputusannya tetap telah ditentukan olehNya
rancanglah sehebat mana pun, tapi semuanya hanya akan berlaku dengan keizinanNYA
so, sekarang aku juz perlu FOKUS.
F.O.K.U.S! yeah3! (gila cam nak g main bola jaring)
mungkin aku masih boleh merubah persepsi orang dengan
USAHA+DOA+USAHA lagi dan DOA lagi
kemudian tawakkal
aku yakin yang semuanya mampu berubah
sebab segala yang akan berlaku bukan ditentukan oleh manusia
tapi ALLAH

cam maen bola, susah nak jangka sape akan menang
ape2pun boleh jadi sebab bola itu bulat
lain la kalu gunakan khidmat sotong huduh tuh. haremmm...

p/s: pliz doakn semoga usaha saya ni xkan sia2.

Wednesday, July 7, 2010

T.T


Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

p/s: macam2..dh la..bye2.

Tuesday, July 6, 2010

kasih ibu


mama, i love u more than everything in this world.
engkaulah ratu hatiku.




Monday, July 5, 2010

media elektronik


meh nak bagi ayat karangan sket
sekarang kan zaman dah maju
semua benda boleh dibuat dengan mudah dan ringkas dengan menggunakan teknologi
termasuklah dalam penggunaan media elektronik
contohnya, kalau kite nk kenakan kawan, kite bleh mintak hot fm uat panggilan hangit
ye, program terbabit sangat diminati ramai
kadang2 kelakar, kadang2 cam nij*s pun ade
ye la, bukan semua benda boleh bergurau
dan bukan semua orang boleh menerima gurauan bodoh

berbalik kepada pengalaman saya
kalau dah gaduh, berpatah hati. perlu ke guna brother love??
bagi yang xtaw, brother love adalah DJ radio yg kendalikan segmen cintan cintun.
konon2 dy la penyelamat mereka2 yang mempunyai masalah dalam hubungan cinta.
bagi saya, orang yang guna khidmat brother love ni adalah TIDAK MATANG.
saya ulang. TIDAK MATANG.
plizzzz la. jangan jadi cam budak2 sekolah yang saya suka dia, tp dia suka orang lain, or saya suka dia malangnya dia suka kaum sejenis dengan dia..
benda2 semua ni bleh je settle sendiri.
kalu xmampu, mmg boleh guna org tengah.
tp bukannya melalui DJ radio yang konon2nya off record sdgkn lps tu satu malaysia dengar.
Ya Allah, sangat bodoh tindakan itu okke.
SAYA TAK SUKA.
TAK SUKA.
TAK SUKA.

HELLOOOO?? nape xpanggil abg nas kasi terjah teruss?? -.-"

p/s: pakcik comey, i lebih hormatkan u bile u trus jumpa mama i.tq :))

legaaaa.


semalam pergi shopping baju konvo.
nasib baik ade pakcik comey nih sudi temankan.
tq pakcik! hehe..
berpeluh2 jugak la nak pilih.
maklumlah, aku nih bukan reti sangat pilih kain nh.
fine, dah settle pasal kain.
so, aku dgn berkobar2nya terus ke kedai jahit untuk menempah.
dengan nada bahagia berbaur cam hampir2 nak kaya
semua tukang jahit cakap boleh but siap after raya
helloooooooo? u ingat ni baju raya ke??
aku yang frust cam nak nangis kat situ gak
kalo 2,3 tukang jahit je yang cakap camtu xpe gak
nih masalahnya dah 6 orang k.
walaaaaaa...time nih aku start nak menyesal sebab xgi kelas menjahit
kalau x, aku xpayah pening nak tempah2 and aku siap bleh jadi kaya lagi time2 nak raya ni
dah nak raya ke? puasa pun belum.
adoi makcik2 n cik kak2 sekalian.
pulun la korang nih, agak2 la kalau ye pun nak raya.
puasa pun belum but baju raya dah tempah 5 pasang. aishh!
tengok, aku dah start emo nak salahkan orang lain.
padahal aku yang lambat bertindak.
nasib baik mama ade tukang jahit simpanan.
fuhhh, selamatt...

p/s: oh, mama.saya mahu kawin.


Sunday, July 4, 2010

persiapan apakah??


hohoiii tinggal berapa hari lagi nak konvo
nervous?? eh, xla.
tp pening la nak fikir baju kaler ape nk di pakai pada hari terbabit
cikno cakap yang dia punya dah siap dijahit
aku pulak yang maseh ting tong xtaw nak dijahit or juz beli yg dah siap
feninnn2...haruslah nak semuanya yang terbaik pada hari yang baik dengan result yang uhuk2 xberapa baik.huhu..
adesss, jap lagi nak g jenguk2 kedai sket
beli ape yang patut
baru aku sedar dah lame gile xg window shopping@shopping
aish, diam ah dasar penganggur yg xberduit!
ok2, jap lagi nak g survey dulu.
tapi cam sedih la plak kan sebab pergi sorang2
nnt xde kawan utk tanya pendapat.
oh!

p/s: kejujuran+keikhlasan+keberanian=hati tertambat macam lembu!

persiapan apakah??

Friday, July 2, 2010

apa erti kasih?


tetiba datang mood nak membebel.
ok, aku anak sulung. kak long. ketua adik beradik (n ketua rumah sewa!)
semua orang tahu, tugas seorang anak sulung ni bukannya mudah.
semua tanggungjawab selepas ibubapa, akan diletakkan di bahu si sulung.
selalunya ibubapa akan memberi lebih dorongan kepada si sulung
supaya, si sulong ini tadi akan membantu adik2nya sebagaimana yang diberikan oleh ibubapa kepada dia.

contoh paling mudah.
ibubapa akan sanggup bergadai segala harta untuk melihat kejayaan anak sulung
sebabnya, anak sulong ni nanti akan menjadi contoh kepada adik2nya.
aku anak sulung yang sangat mesra tetapi tegas dengan adik2
walaupun aku ni sedikit kurang matang tetapi aku komited dalam menjaga adik2
apabila adik aku yang no 2 dapat tawaran ke U
akulah orang yang paling busy pergi settlekan semua benda
dari shopping barang2, settle borang2, medical check up, bayar yuran n etc
apabila adik no 3 dan 4 dapat masuk mrsm pula.
akulah orang yang paling sebuk buat semuanya sampai semuanya selamat.
ibubapa aku hanya perlu sign borang dan hulurkan duit.
aku bukan nak berlagak, tapi itulah tugas seorang anak sulung
lakukan semua tugas ibubapa untuk ringankan beban mereka.
banyak lagi sebenarnya.
tp kali ni aku nak tekankan pasal pergi belajar, sebab sekarang itu musimnya.

apabila kita dah berjaya menggapai ijazah, kerja gaji beribu, ade kereta dan rumah.
ingat, itu bukan kemuncak nikmat dunia.
tengok, lihat dan pandang.
selesakah ibubapa kita? bahagiakah adik2 kita.
kalau kau mampu hidup senang, sedangkan ibubapa kau menderita susah. bahagiakah kau?
kau bahagia ek tengok adik2 kau perit nak masuk U sebab kau langsung xbantu apa2?
sila ambil tahu! itu adik kau, bukan adik orang lain.
celik mata, kadang2 Allah bagi signal tapi kau buat2 xnampak.
Allah bagi ujian, Allah tarik nikmat kau sikit2.
tapi kau masih ego.
HIDUP KAU AMAT KESIAN!


Thursday, July 1, 2010

ouch!


patah hati? oh, ape tu.
sebab dah terlalu banyak berhepi go lucky je
sampai dah lupa camne rase patah hati
ok, sekarang dah rasa balik
not bad la, pedih2 sket
walaupun dah mengalami ke 80 kali but pedih tetap ada
lebih2 lagi yang ni, ikatan di syurga
enough is enough
semoga ini yang terbaik.

p/s: nasib baik ade stock dlm waiting list.bye, nk pegi gilap stocks yg ade.mane la tau, ade yg menjadi..auchhh!