Friday, August 6, 2010

percayalahhhhh....


aku dapat lesen memandu secara rasmi ketika berusia 18 tahun.
kenapa xambil lebih awal?
sebabnya aku duk hostel and dulu xterfikir pun nak ade lesen.
then after spm, telah dipaksa oleh mama untuk belajar memandu
kalau nak diikutkan, dia nak aku ambil dua2
lesen kereta dan motor
tapi akan daya, aku xreti dan xnak bawak motor (naik basikal pun terkial2 -.-")
tapi jadi pembonceng boleh la! hahaha...

time belajar untuk ambil lesen dulu
aku pergi ngan kosong ok
yang langsung xtahu secara teori dan praktikal tentang cara2 nak memandu
tapi alhamdulillah, ujian undang2 tuh aku amik sekali je
and dapat markah penuh (perlu la nyatakan kat cni kan..haha)
ujian jalanraya pun camtu
semuanya sekali je.
oh, bukan itu saja.
sepanjang memiliki lesen L, aku yang dah berjinak2 bawak kete wira
so, bila aku pergi test untuk lesen P,
of kos la confident level sangat tinggi cuz test juz guna kancil

alhamdulillah, skrang umur aku dah 22.
so, kira sendiri la dah berapa tahun aku memiliki lesen
sepanjang tuh jugak, aku xpernah melanggar orang ok.
dan tidak pernah mengakibatkan kemalangan.
tapi pernah dilanggar sebanyak 2kali oleh individu yg xbertanggungjawab.
pengalaman memandu tuh xde la hebat sangat.
tapi aku mampu memandu untuk jarak yang jauh.
contohnya KT-KL (walaupun bergilir2).
setakat perjalanan 4-5 jam tuh. drive sorang2 pn xpe.

saya boleh memandu di jalan2 kampung (e.g jeli)
jalan2 biasa (e.g kb, kt, k.selangor)
juga jalan2 bandar besar (e.g KL. tp mulut yg xhenti2 bebel)

fuh panjang lebar duk explain
kenapa perlu explain?
sebab tadi ade seorang makcik yang xnak naik kete yang dipandu oleh aku
dengan alasan, aku masih budak dan dia takut aku xmahir
aku macam.....WTH???
dah la dia ingat aku lepasan spm yang baru dapat lesen.
hellooooooo??

uh, suka ati makcik la!


p/s: bukan nk cakap muka aku nampak muda, tp mmg org slalu ingat aku budak yg baru abis spm. polis pn sama, mesti yg ragu2 aku ade lesen ke x. watever!


Thursday, August 5, 2010

saya bangkang!


ok, hari ni dalam paper cakap kerajaan kelantan akan mempertimbangkan cadagan "nikah muda" seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri melaka.




gembira?



NO!
saya bangkang yg arif!




aku yg dah berpeluh2 risau takut adik2 perempuan aku sebuk nk melangkah bendul -.-"






kalaulah diluluskan.
aku dah xnak duk kat KB.
yela, kalo sume yg bawah 16tahun dah kawen
mesti yg berusia 22tahun nih dah dikira andartu.
haisssh!


cinta agung

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Sudah beberapa zaman berlalu. Ketentuan dan takdir sudah berubah. Kisah fitnah terhadap Nabi Yusuf sudah mula dilupakan orang. Malahan, nabi yang kacak itu sudah diangkat menjadi raja negeri.

Di satu daerah terpencil, seorang insan melalui sisa hidupnya dengan rasa kecewa dan jiwa lara. Telah punah hatinya oleh cinta yang tak kesampaian, telah hancur kalbunya oleh rindu dan penasaran. Kini, dia telah kehilangan segalanya. Dia sudah miskin sementara kecantikannya pudar diganti kenyataan usia tua. Meski segalanya telah berubah, hanya satu yang tidak pernah lekang dari hatinya. Cinta dan kerinduan itu hanya buat Yusuf…Jadi,siapakah dia? Yang mendamba sebahagian dari usia untuk memuja Nabi yang tidak pernah endah padanya? Dialah Zulaikha, isteri Aziz yang sudah bergelar janda.

Menjelang sisa-sisa usia yang ada, ALLAH menitipkan hidayah buat wanita ini. Dia berpaling daripada berhala kerana iman. Dia tenggelam di dalam manisnya ibadah ketika bersendirian menghadap Tuhan. Tetapi di dalam pengaduannya itu, nama Yusuf tetap basah di bibir. Cinta apakah ini wahai Tuhan?

“ Ya Rabbi, tiada apa lagi yang tinggal buatku. Segala hartaku sudah habis luput, aku sudah tua, terhina dan miskin. Tetapi Engkau masih mengujiku dengan rasa cinta kepada Yusuf, nabi utusan-Mu. Jika Engkau mengasihi hambamu ini, pertemukan aku dengannya, jika tidak, hilangkanlah rasa cintaku pada Yusuf agar aku mendapat ketenangan,” rayu Zulaikha di dalam doanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi yang berkedut dimamah usia.

Munajat Siti Zulaikha itu meruntuh hati para malaikat yang mendengarnya. Ya! itulah wanita pemfitnah Nabi Yusuf satu masa dulu! Tetapi kini, dia sudah bertaubat. Dan dalam taubat itu, tiada siapa yang tahu ALLAH sudah mengatur rencananya sendiri.

Suatu hari yang diperkenankan Tuhan, Nabi Yusuf berjalan-jalan di sekitar negeri bersama para tenteranya. Ingin dia meninjau-ninjau rakyat bawahan dan masalah yang mungkin mereka hadapi. Seketika dia lalu di hadapan sebuah pondok buruk. Kebetulan, Zulaikha ada di muka pintu dan bermulalah pertemuan yang tidak disangka-sangka.

“ Maha Suci ALLAH yang menjadikan engkau seorang raja daripada hamba rakyat biasa,” ujar Siti Zulaikha. Gementar hatinya melihat Yusuf yang kini berdiri di hadapan mata.

“Siapakah engkau wahai perempuan tua?” Nabi Yusuf pula bertanya.

“Mungkin engkau sudah lupa. Akulah wanita yang membelimu dengan emas permata. Akulah wanita yang tidak pernah kenyang semenjak jatuh cinta padamu. Akulah wanita yang tidak dapat menutup mata sejak memandangmu. ..Adakah engkau masih ingat padaku?” soal Zulaikha.

Nabi Yusuf mengamati wajah wanita itu sedalamnya. Tidak mungkin..

“Adakah kau ini Siti Zulaikha? Jika benar, ke manakah perginya segala kebesaran, kecantikan dan kemewahanmu dulu?” tanya Nabi Yusuf hairan.

“Segalanya sudah hilang akibat cintaku padamu. Segalanya telah berubah, kecuali cintaku padamu yang semakin hari semakin kuat,” akui Siti Zulaikha. Dia menundukkan dirinya. Alangkah malunya dia..terpaksa berdepan dengan Nabi Yusuf yang masih muda belia..sedangkan dia hanya seorang perempuan tua.

“Jika boleh kutunaikan, apa permintaanmu Zulaikha?” tanya Nabi Yusuf yang merasa kasihan melihat Zulaikha.

“Aku menginginkan tiga perkara, kecantikanku dulu, harta dan perkahwinan.”

Nabi Yusuf terus berpaling ingin meninggalkan Zulaikha. Tidak mungkin dia dapat menunaikan hasrat Zulaikha yang tidak masuk diakal.

Perbuatan Nabi Yusuf itu mendapat teguran daripada ALLAH.



Dan melalui Jibril, ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha. Tapi bagaimana? Adakah Yusuf akan bahagia bersama Zulaikha yang sudah tua?

Tatkala itu, ALLAH menunjukkan kekuasaannya. Zulaikha dikurniakan paras yang muda dan lebih cantik dari dahulu. Kembalilah Siti Zulaikha menjadi wanita yang ayu dan memikat cinta.

Dan kepada Yusuf pula, ALLAH membalikkan hatinya kepada cinta dan kasih sayang buat Zulaikha. Kali ini giliran buat Yusuf pula tercari-cari dan merayu cinta pada Zulaikha. Sehingga usai perkahwinan mereka, Nabi Yusuf dapat melihat perubahan diri Zulaikha yang sudah menjadi isterinya.

Zulaikha sentiasa tekun mengerjakan solat sehingga kadangkala terlupa keperluan Nabi Yusuf, suami yang dicintai sepenuh hati. Sehingga pernah Nabi Yusuf mengeluh kerana Zulaikha tidak melayan dirinya.

“Wahai Zulaikha, bukanlah dulu engkau yang mengoyakkan bajuku kerana inginkan diriku?” tanya Nabi Yusuf.

“ Wahai suamiku, aku kini bukanlah aku yang dahulu. Aku mencari cinta yang lebih utama dari cinta padamu. Aku mencari cinta Ilahi,” jawab Zulaikha sambil bangun untuk meneruskan solat.

Ketika itu juga, Nabi Yusuf menarik Zulaikha sehingga bajunya terkoyak sedikit.

Turunlah Jibril dan berkata, “ Wahai Yusuf, sudah tertulis, baju dibalas baju. Dengan ini, tidak ada lagi cercaan yang terjadi antara kau dan Zulaikha dahulu.”



p/s: cerita ini telah dicopy dari someone's note in fb. credit to tuannya,

subhanallah, kisah ini sangat indah.

Tuesday, August 3, 2010

kerajaan yang pemurah


ilmiah kejap


hari ni masuk paper berkaitan kerajaan melaka membenarkan dan mengalu2kan perempuan bawah 16 tahun dan lelaki 18 tahun untuk bernikah.
dah la kerajaan mencadangkan sekolah khas untuk mereka yang mengandung.
pastu jika mereka xmampu nk nikah, kerajaan akan support sebanyak rm500.
bukan itu saja, kerajaan negeri turut akan memikirkan tentang urusan mereka bersalin dan bagaimana tentang penjagaan anak mereka time mereka g skul.


alhamdulillah.
bagus la.
atleast dapat kurangkan gejala xelok
kurang dosa

tapi aku yang terfikir akan lebih ramai pelajar yang hanya akan memiliki sijil pmr atau spm.
peratusan mereka yang masuk ipta dan ipts akan merudum.
ye la, kalau kau dh ade anak n family, mestilah nak kene keje.
umur peringkat2 camtu masih terlalu awal.
lainla kalau kau kawen time kau sedang belajar diperingkat tinggi
fine la yang kata zaman dulu2 pun ramai yang kawen awal.
tapi tuh dulu.
zaman yang kalau kau belajar sampai darjah 6 pun dah bleh jadi cekgu.
sekarang zaman dah berubah
kalau kau ade degree pun still macam sijil spm
ntah la
aku tahu mungkin pandangan aku tuh bodoh sebab xdisertakan dengan bukti2 ilmiah

mungkin jugak sebab aku jeles ngan budak2 sekolah sekarang
aku yang dah berdegree nih pun still xdapat lesen untuk nikah -.-"

fine.




Sunday, August 1, 2010

anniversary

dalam diam, dah masuk setahun rupanya
hey mr awan, TQ!
terlalu banyak yang kita hadapi bersama
ujian yang datang xpernah jemu

TQ ssb sangat sabar dgn perangai saya yang pelik
yang kadang2 emo dan saiko tanpa sebab
saya jugak yang gatal sbb selalu usha jejaka dan perempuan cantik
maafkan saya
saya insan biasa yang xdapat lari dari kealpaan

semoga bertambah matang
bertambah rezeki
bertambah kebahgiaan
bertambah sinar keimanan
diberi petunjuk
dan yang paling penting,
dipertemukan jodoh hingga ke alam perkahwinan.
insyaallah.

p/s: i love u. baru masuk satu tahun. but si dia dh ade 2minggu. macam mana ni? hehe

budi bahasa


kalau kita dah baling batu, kenapa nak sorokkan tangan?
cakap pong pang pong pang konon2 kau hebat.
hebat ke?
berani kerana benar, takut kerana salah.

oh, terasa ye?
sori.
sape yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya!

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

pernah dikenang ke? :'(

FALSE FRIENDS ARE WORSE THAN OPEN ENEMIES


p/s: u're hurting me, step by step. but hey, remember! u noe wat the reality is, so dun juz acting like everything is fine. u got everything, but SHAME ON U. u love being a toy.

sabar dan redha




“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
– Hadith riwayat Imam Tirmizi.



“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


semoga setiap ujian yang datang dapat mengampunkan dosa2 lalu. aminn..