Friday, April 8, 2011

jgn pergi..


perasan tak masa tu pantas
dalam masa 24jam, kau boleh pergi banyak tempat
kau jumpa boleh jumpa beribu orang
dalam masa 8jam kau drive, kau dah boleh terpisah sorang KL, sorang di KB
dalam masa 2jam, kau boleh jumpa orang then berpisah balik
dalam masa 45min, sorang di airport KB, satu di Subang (nak firefly)

dalam masa 1 saat, sorang di dunia realiti, 1 di alam yang kekal selamanya.
aku masih belum ready untuk hilang sesiapa pun.
xkesah la samada aku kehilangan atau aku menghilang
plez, jgn ade sesiapapun yang pergi.

Thursday, April 7, 2011

23 yang indah :)


hye blog.
walaupun besday yg ke 23 aku ni xde party
but still puas hati sebab dapat bersama dgn yg tersayang dan family
part paling best sbb manager belanja pizza.
tq bos :)

sekarang aku kat rumah.
sumpah rindu gila kat family
rasa sayang plak sbb xmenggangur lama2
ish, teruk kan ayat tuh
cam xbersyukur
umur dah 23 tapi ayat masih karang guna emosi, bukan akal.

pape pun, on my besday, memang sgt hepi.
aku ingat aku d titik buta.
semua dah lupakan aku.
rupa2nya, msih ramai yang sayang.
tq :')

Tuesday, April 5, 2011

entry rojak kot


hye bebelog cumil
walaupun ABPBH dah lama tamat, tapi aku still nak sebut kat sini
walapun jugak aku tengah buang air besar time bintang paling fofular,
tapi aku tersangat la puas hati dapat tengok dewa2 aku bergabung

SUBHANALLAH,
SHAHIR DAN ASHRAF MUSLIM KOT !
YA ALLAH, KUATKAN IMAN AKU.
haha.
maafkan keterujaan aku. :)

ok, tamat pasal dewa.
esok hari apa?
ye, esok 6hrbln.
hari lahir aku.
aku xmintak banyak untuk usia 23 ni (aku dah makin tua)
cuma mintak supaya diberi kesihatan yang bagus.
maksud aku bagus adalah sihat bukan sihat gemuk -.-"
dikurniakan rezeki yang halal lagi melimpah ruah. (rezeki makanan sederhana pn xpe. pesanan org gemuk)
diberi peluang untuk membahagiakan family
di pertemukan jodoh secepat mungkn dengan pujaan hati (ayat gelojoh)
sentiasa dapat memberikan yg terbaik untuk orang2 sekeliling
menjauhi kemungkaran. mendekatkan diri pada yang Esa
amin.

tahun ni celebrate xmeriah
xde karok, xde besday party.
rindu tahun lepas punya besday
suprised party di McD KT (suprise ke?) haha
then karok dgn Fendians. really miss u guys :'(

pape pun.
TQ kepada bf yang sudi celebrate besday ku.

;D

Sunday, April 3, 2011

di alam mana ni?

hye belog.
dah lama rasenya aku xupload gambar.
bukan saja sebab wayar nak sambung dari hp ke lappy hilang.
(haha..sori, aku xtau ape nama wayar tuh)
tapi antara sebab lain adalah, aku bertambah gemuk.
harap sila maafkan gambar aku yang penuh ruang.
bukan aku xnak diet, tapi balik kerja lewat malam adalah antara punca utama.
mana tak nya, lunch kul 1.
balik kerja kul 8 or 9 mlm, of kos la kau nak melantak sebagai upah diri kan? hehe.
ok, aku tau tuh alasan lapuk -.-"



hye, saya ct no 2.
kenapa no 2?
sebab kat branch aku ade 3 ct.
aku yang kedua masuk branch ni, so aku ct no 2 :)


sila abaikan kecomotan aku.
time nih sempat meroyan di taman sambil2 tunggu servis kete.



Subhanallah, cantiknya bunga2 kuning gugur.
rasa cam nak baring2 guling2 cam cite hindustan.




akhir kata, maafkan dagu berlapis saya. :D



Friday, April 1, 2011

MC tuh ape?


hye blog!
rindu aku x? bukan aku xnak jenguk kau, tapi laptop yang xberwayar yg jadi masalah.

oh, hari ni (1st april) memang sgt april fool bila 1st time aku MC
bukan sengaja nak MC okke
tapi penyakit pening kepala dan muntah2 semakin berleluasa
apakah petandanya? haha!
serius rasa cam pelik2 gitu.
sebab aku xbiasa MC
dah la reason yang doktor gtaw sgt best
dia cakap maybe sebab aku banyak fikir pasal kerja n xcukup rehat
um, ade btolnya gak.

gila rasa macam semakin matang sebab jatuh sakit disebabkan kerja.haha!
matang xmatang, hidup mesti diteruskan!

doakan aku sehat ye kwn2 :)

Sunday, March 27, 2011

ya Allah, aku jatuh cinta lagi !


hye belog chantik
semalam indah kan?
setelah sekian lama xjalan2 di kota raya
semalam tergerak hati nak jalan2 sambil exercise
dalam bank pun selalu lari2 kecil
tapi xberpeluh pun, mengah je yang dapat. hehe.
semalam sanggup parking jauh2 yang murah then jalan kaki je
yela, jalan kaki lagi cepat sampai dari drive -.-"
jem teruk kot.
rindu oh saat duk kat capitol hotel
rindu suasana malam lepak depan mcD BB :)

paling penting, aku gigih pegi konsert terima kasih metro
sebabnya, sebab....sebab...
nak tgk Shahir-si-dewa-hensem-macam-nak-jilat2-je pipinya!
OMGeeeeeee! dia memang dewa okke!
siot je!
aku dapat jilat angin dengan harapan angin tuh menyentuh pipinya pun jadila.
aku xtahu sihir apa yang dy dah bagi aku sampai sumpah aku suka dy.
hahahahahaha!
bf, sila maafkan saya yang teruja dengan shahir.

papepun, sejuta tq kepada bf yang sanggup temankan sepanjang hari.
walaupun time konsert shahir saya hampir menggelupur.
tapi bf sangat tabah.
tq!



shahir, jom kapel !


ya Allah, aku jatuh benci lagi !


hai belog kesayangan
mesti kau rindu aku kan? haha

aku faham bukan semua orang akan suka kita
tak semua orang akan sokong apa yang kita buat
apa yang kita fikir, apa yang kita pilih
tapi aku rasa kau tak de hak kot untuk kutuk aku lebih2
wlaupun banyak benda yang aku terkutuk kau dalam hati,
tapi aku xpernah nak jatuhkan kau depan orang lain
sebab apa? sebab aku bukan jenis busuk hati macam kau.
kau kutuk aku, gelakkan aku, aku xpernah balas pun.
walaupun Tuhan je tahu betapa sakitnya hati aku.
tapi aku senyum je.
biarkan je kau menang kosong.
bukan sebab aku pengecut atau mengaku kalah
tapi sebab aku xnak nampak bodoh macam kau.

hello, aku pun ade cita2.
jangan ingat kau sorang je yang ade matlamat.
kadang2, bukan sengaja aku melepaskan peluang.
tapi sebab aku lebih tahu apa yang aku nak.
untuk apa aku kejar terhegeh2 kat benda yang aku xsuka.
kau memang sangat mencari pasal dengan aku kan?
sori, aku xminat nak layan orang yang xsetaraf :)



walaupun satu hari nanti, kau manager dan aku masih staff biasa.
sumpah, aku langsung xheran.
sebab hati aku xpernah ade perasaan jeles untuk orang macam kau :)
semoga Allah merahmati kau.