Monday, June 13, 2011

AK (ABAH KAU)


hello belog cumil
ni bukan pasal abah kau
tapi ini adalah pasal abah aku
ye, pasal abah kesayangan aku
walaupun xbanyak kisah romantik antara aku dan dia
tapi sumpah aku sayang dia
walaupun dia xtahu T.T

masa aku kecik sampai besar
walaupun dia xpernah cakap dia sayang aku
tapi aku tahu yang dia terlalu sayang aku
(pergh, ayat aku penuh yakin)

waktu kecik2, bila mama aku marah2
aku akan merajuk dengan muncung dinasour dan nyorok belakang langsir
abah la hero yang datang bersama aiskrim untuk memujuk

bila dah besar sikit, seorang ibu mestila nak ajar anak berdikari
kene basuh pinggan bagai
tapi abah dengan gentleman akan cakap
'xpe, tinggalkan. nanti abah basuh'

bila kuar jalan2, sepanjang perjalanan aku ok je
tapi bila masuk je lorong nak ke rumah
aku akan cepat2 baut2 tidur
kenapa?
mestila sebab nak abah dukung masuk ke dalam rumah
haha. aku pun xtahu ape motif aku time tu.

bila aku dah makin remaja, aku sangat nakal.
time skul, bila aku uat hal dan sampai kene gantung skul
abah langsung xmarah
tapi harusla dia bagi aku minum air semayang hajat yang dia buat. haha.

bila aku dah makin dewasa
abah begitu mengharapkan aku untuk handle adik2
dari peralatan skul diorang
baju dan kasut raya
persiapan untuk masuk u
semuanya akan diserahkan kat aku
dia juz bagi ongkosnya
sebab dia percayakan aku
dia tahu aku mampu jaga adik2 aku

walaupun aku dah keje
tapi aku masih mengikis abah (kadang2 la.hehe)
aku kecian kat dia
aku selalu mengeluh xde life
tapi life abah lagi bosan
seawal 6.30 pagi keluar pergi kerja
balik umah dah maghrib
on weeekend plak abah duk umah je
dia xsuke keluar lepak
bila anak2 nak keluar berjalan, dia xsuke untuk ikut
tapi dia sangat pemurah untuk keluarkan modal

dari situ aku faham
dia kerja, bukan untuk dia
dia buat simpanan, bukan untuk dia
dia sanggup duk rumah, bukan sebab dia membosankan

tapi sebab dia adalah abah.
serius dia seorang abah yang kool.
xpernah berkira.
xpernah banyak soal.
sangat tabah.
sangat penyayang.
sangat bertanggungjawab.
walaupun ade tindakan dia yang orang lain xfaham dan xkan faham.
dun worry abah, aku faham.

mungkin aku xmampu balas semua jasa dia.
mungkin aku bukan anak yang baik.
tapi aku tetap syg dia.

:'(



Sunday, June 12, 2011

alhamdulillah


hye belog
hari ni adalah hari bercuti yang terakhir
esok aku dah TERPAKSA mula kerja.
OMG! sila hentikan waktu~
selepas 10 hari bercuti, memang kompem dah malas nak g keje balik
tapi aku syukur sebab dapat abiskan masa sepenuhnya dengan bf
paling penting semalam aku rindu gila kat mija
dan untuk pertama kali lepas dah keje aku g melawat dy
sumpah rindu sangat2!
dan sangat xsabar untuk jumpa lagi lepas ni.
mija masih xberubah.
masih gila seperti dulu.

kepada bf pulak,
tq sebab masih xberubah perasaan terhadap aku walaupun
perubahan sikap dia begitu ketara
dan hanya mampu gelak bila aku ugut untuk bercerita di belog tentang perubahan dia.
biasala, dulu waktu awal bercinta
bila gelak, akulah yang paling cun
bila menangis, hingus aku yang paling swit
tapi sekarang, gelak aku di sambut dengan gelak angin dari lubang idung dy je
tangis aku di iringi dengan dengkuran dy
tapi xpe, i totap heart u !

oh, dah 2 jam kat CC
harus pergi sekarang~

Friday, June 10, 2011

memang xbersyukur


hye belog
aku rasa aku ni masih lagi ditahap xbersyukur

aku selalu mengeluh bila fikirkan pasal my pinky tu
tapi aku lupa ade orang lagi derita
atleast aku masih ade kereta untuk pergi keje
bila tengok nasib pak guard kat tempat keje
baru dlm hati terdetik alhamdulillah.
dia datang keje naik basikal
bila hujan lebat, dia redah je
sampai bank, basah kuyup
aku suruh dia keringkan badan dulu.
tapi dia cakap "xpela, nnt kene aircond, keringla"
betapa posotifnya dia, walaupun menggigil kesejukan

aku selalu mengeluh kerja aku teruk
aku asyik fikir betapa penatnya aku bekerja
tapi bila aku borak dengan aci cleaner kat tempat aku
baru aku sedar, ade orang yang nasib lagi teruk
aci tuh datang kerja awal pagi
dia kene mop lantai, vacum carpet, lap cermin
bukan satu rung yang sempit, tapi sangat luas
merangkumi banyak kawasan
dia kene cuci toilet lagi
kemaskan pantry
buat air untuk Priority Banking customer
sangat penat
dari pagi sampai petang
bila habis office hour, dia buat OT kat tempat lain
dengan usaha keras dia dari pagi sampai malam,
dapatla gaji area RM700.
bila dengar cerita dia, aku mengucap syukur dalam hati

aku asyik mengeluh tanpa fikir nasib orang kat sekeliling jugak.

aish!


hoyeah

ye blog kesayangan
sumpah rindu gile nak berblog
banayak gile yang aku nak cerita
ok2
kita stat satu2

pasal kereta
my lovely pinky masih dlm bengkel
aku sangat dan sangap rindu dia ok.

pasal kerja
sekarang dah banyak improvement
and aku makin memahami kerja aku.
erk, nampak sangat sebelum ni buat2 faham.

pasal hidup
sekarang okla
cuma dah no lepak2. no enjoy2.
sekarang misi adalah mengumpul wang dan harusla berjimat cermat.

pasal bf
aku sangat berharap dy sanggup tinggalkan FUTSAT OF WATEVER
untuk aku!
oh pleaseeeeeeeee !

pasal kesihatan
oh yes!
dah seminggu aku MC sebab kene demam campak
biasala, badan naik gatal2
pergi hospital kerajaan, doktor tanya aku sakit apa
aku jawab naik gatal2 kat badan, elergik kot.
then dy tanpa belek, lihat or sentuh berkata
"xpe, saya bagi injection"
bagus, macam aku plak yg doktor sbb dapat tentukan sakit ape.
part paling xtahan, dia nak inject kat area bahu je pun
tapi aku terpaksa la selak2 dari atas sket
sebab lengan baju aku xleh selak sbb lengan ku yg tough
bleh x yg dia blah n pass soh nurse yang inject kan
jaga iman konon2nya.
hampeh.
ok, part tu ok lagi.
esoknya aku punya gatal2 makin teruk.
aku pun pergi klinik swasta yang berbayar mahal
doktor tu check tgn aku
check temperature
check blood pressure
then doktor tu cakap aku kene demam campak.
oleh sebab itu, dapatla aku MC seminggu.

see, betapa besarnya beza doktor bayar seringgit dengan doktor bayar mahal !
kompius aku!



balik dulu ~

Tuesday, May 17, 2011

diam. kau ape tahu.


hye belog.
dah 3 hari xjumpa dengan miss pinky
sumpah rindu gila kot

bila dah jadi camni, orang sebuk bagi pandangan
and of kos, majoriti akan bagi komen negatif
memang aku sedar dia xkan cam dulu lagi
aku sedar dia xkan jadi baru lagi
aku sedar dia dah xkan segagah dulu

tapi kau tahu ke ape perasaan aku?
kau tahu tak yang benda macam ni boleh menimpa kau jugak?
cakap memang senang.
tengok pun memang senang.

memang la bendanya kompem negatif.
but please la.
kalau setakat nak menambah luka kat hati aku ni, lebih baik kau diam.
setiap hari aku akan tanyakan bf soklan yang sama.
"dia akan ok kan?"
dan bf akan jawab
"ye sayang"

aku tahu bf tipu.
aku tahu yang semuanya takkan ok lagi.
tapi ape yang aku bleh buat?
aku hanya mampu senyum dan pura2 tabah.
aku tahu yang mungkin aku ni terlalu ikutkan perasaan.
mungkin juga aku masih perlukan masa untuk terima dengan redha.
mulut aku cakap redha, tapi hati aku sadis.
Tuhan je yang tahu.

TAHU X AKU SANGAT SAYANGKAN DIA?


P/S: sori, maybe post aku kali ni terlebih emo. :'(

Sunday, May 15, 2011

Tuhan lebih tahu


hye belog
mari kita berkabung sempena kecederaan miss pinky
kecian dia
jantung aku terhenti kejap
.
.
.
.
.
.
.
.
mungkin Tuhan nak sedarkan aku
jangan terlalu sayangkan harta dunia
aku sedar silap aku
terlalu, terlampau sayang sangat kat dia.
.
tapi kalau dah tertulis ni ujian untuk aku
aku redha je la
fikir secara positif
yang penting semua selamat
harta, duit bleh dicari.
nyawa, jari, kepala, kaki, memang xde jual kat kedai.

patah hati ni akan sembuh
pecah jantung ni akan bercantum
sumpah aku tetap akan sayangkan miss pinky,
walaupun dia mungkin xkan sesempurna dulu.

sayang sangat kot. :'(
doakan miss pinky akan siap secepat mungkin.
aku sangat rindukan dia.
tidur malam xlena, makan xkenyang.
miss u !

please be strong my pinky!



Saturday, May 7, 2011

kalau dah bosan.


hye belog
sudah lama aku xmampu nak jenguk blog atas dasar berukbeng yg xmampu
dua tiga hari lepas mama datang bersama adik2 lelaki
so, dapatla lepaskan rindu wlaupun sangat la dua hari je
aku yang bijak pandai ni
haruslah minta cuti dari bos yang konon2 emergency leave nenek meninggal
padahal yang meninggal tu bukan nenek aku
tapi mak mertua kepada pakcik mama aku
ade kene mengena ke? hehe..

akhir2 ni macam kurang idea je nak berblogging (macam la sblom ni ade idea)
mungkin kemahiran mengarang karangan dah makin lupus
ataupun kemahiran menggoreng thesis makin dilupakan? hehe.

oh, hari ni hari ibu
selamat hari ibu untuk diri sendiri je la kan :)
jaga ibu masing2.
kepada lelaki yang sudah ade isteri pun.
jaga isteri kau jugak.
dia pun ibu kepada anak kau.

SELAMAT~