Friday, August 19, 2011

rindu nyeeee.



hye belog! woaaaa! akhirnya dapat gak aku curi2 masa untuk online! rinduuuuuuuuuu! walaupun aku bukan la sebuk sangat, tapi agak sebuk la jugak. dengan kerja lagi, dengan kehidupan dengan kawan2 lagi, dengan family. macam2 lagi la.

puasa tahun ni memang xbest. feel ke bazar ramadhan? ade la 3,4 kx aku ke bazar. tapi ofkos la still xbest sebab xde makanan2 kelate yang aku nak! aku rindu nak makan kueh butir nangka, akok jagung, colek and macam2 lagi. huwaaaaa! rindu nak berbuka kat klate ngan family. tapi xpe la, lagi 4 hari aku kan balik kampung. yeayyyy!

pasal persiapan raya pulak, aku baru beli sepasang baju raya yang sangat biasa. dengan harapan nak jahit manik sendiri. tapi dah hampir 2 minggu aku cuba nak jahit. sampai sekarang separuh lengan baju pun blom siap. hahahaha! yeah, aku busy, bukan malas.

paling sayu bila mama call tanya nak baju raya tak. sebab dia dh bawak adik2 shopping raya. terharu sebab dia masih ingatkan anak dia yang jauh di rantau ni. jauh la sangat. bukan oversea pun! haha. serius xsabar nak balik kampung. nak buat biskut, nak shopping raya. haha. sangat xmatured.

ok, tu untuk next week. paling penting, malam ni aku akan berbuka dengan sygku, tima, gee n cikno! oh, rindu nak borak sampai muntah.

kla, selamat semua!


Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan


hye belog
esok dah start puasa (ye kot. hehe)
tp syg sebab aku xleh merasa 1st day puasa
biasalah, aku hanya seorang perempuan yang normal dan subur. haha

Ramadhan tahun lepas paling best
sebab aku yang kene bangun pagi2
panaskan lauk
kejutkan adik2 n parent untuk sahur
bila petang, aku la orang yang paling sibuk
hidangkan makanan, siapkan yang mana patut
bila nak dekat raya
aku jgakla yang paling sibuk
dengan biskut raya lagi
dengan bawak adik2 shopping raya lagi
tapi aku sangat hepi sebab dapat bahagiakan family

tahun yang sebelumnya pun best
aku celebrate puasa dengan kawan2 umah sewa
berbuka ramai2 kat kedai
tapi time xleh puasa lagi best
orang keluar sahur,untuk sahur
tapi aku keluar sahur untuk tapau nasi goreng ikan masin
bila kul 11 pagi, sebelum pergi kelas,
panaskan nasi tu pastu yang satu taman boleh bau
sangat xsenonoh. huhu.

tapi tahun ni puasa yang paling sedih untuk aku
aku sorang2
tanpa family
tanpa kawan2
betul sorang2

sayu?
Tuhan je yang Maha Mengetahui. :'(

xpela, semoga raya kali ni lebih bererti untuk aku.
barula betul2 dikatakan anak perantau.
syok sket dengar lagu raya nanti time on the way balik kampung.
hoihoihoi balik kampung !



Friday, July 22, 2011

oh pinky pinky, kembalilah.


yahoooo!
syukur alhamdulillah
pinky dah kembali
setakat ni aku masih berpuas hati dengan dia
walaupun aku tahu
dia bukan pinky yg baru cam dulu lagi
tapi xpe la
sekurang2nya aku masih ada dia

semoga pinky xkan tercedera lagi.
aminnnnnn~~~

Sunday, July 17, 2011

20th July 2011


aku menunggu tarikh tu
xsabar untuk ucap buat kali pertama
selamat ulang tahun yang pertama untuk hadiah dari syurga
cinta hati aku

aku xkan penah berubah untuk kau :)
damai la kau disana.

lelaki memang begitu


hye belog
kau perasan x yang lelaki ni pelik
diorang selalu cakap yang perempuan ni asal dari planet lain
sedangkan diorang lagi pelik

bila tengok perempuan stylo sikit, rambut kaler2.
mula la tengok sampai juling mata.
bila kita nak stylo and kaler rambut camtu, diorang xkan bagi.

lelaki suka tengok cita romantik.
dari matanya, kita tahu yang dia kagum dengan hero tuh.
tapi bukan dia amik iktibar pun.
bukan setakat cincin, bunga pun xpenah bagi.

diorang akan cakap saya nak hidup dengan awak.
tolong awak masak.
sentiasa menemani awak.
oh yeah?
tunggu la dah kawen nanti.
time kau masak, dia yang maen game je.
time kau bosan, dia akn tdo je.

lelaki memang pelik.
dia akan ejek kau gemuk.
perut dan dagu berlapis2, pendek.
tapi boleh pulak dia cakap dari hati ke hati.
konon2 kalau kau tinggi sikit dari sekrang mesti kau sangat cantik.

lelaki oh lelaki.

KAKI TV KAN?


HYE BELOG
kalau kau betol2 kawan aku kau mesti tau ape cita2 aku kan?
doktor?
erk, tuh cita2 yang educated.
maksud aku cita2 aku yang sempoi tu.
untuk memiliki kedai runcit.
aku hanya duduk di kaunter.
beserta kipas kat tepi.
tv kat depan.
pc yang ade internet kat tepi sebelah lagi.
sangat heaven kan? hehe

walaupun aku konon2nya wanita busy.
tapi aku masih mampu untuk menonton tv!
time weekend xyah cakap ah.
tu memang rutin aku dari celik mata sampai pejam mata balik.
hari2 keje pun aku sanggup reka alasan untuk balik awal taw.

antara cite yang aku akan usaha untuk tonton
mesti la JUVANA.
best kot cite tu.
tp sayang, esok da last episod.
hari selasa, aku mesti tgk ana lu'lu.
memang cite dia cam sengal. tapi aku suka.haha.
then, aku suka tengok annissa.
kisah persahabatan.

yang bestnya, bf pun turut terpengaruh ngan aku.hahahaha
tuh part yang best.
part yang xbest.
aku plak yang ngok terpengaruh tengok bola macam dia.
ARGGHHHH..
manusia memang cepat terpengaruh!


HUAAAAAAAAAAA !


hye belog kesayangan
ya allah, sumpah gila rindu kau
banyak betul benda aku nak tulis.
ok, satu2 k.
rilex ah, tenang sikit.
oh, meh nk buka aib jakun aku.
last weekend, aku berjaya hadir dua2 gig tv9 tuh.
semangat? memang ah semangat.
dah la uat kat ict je, free pulak tuh.
dan paling penting, aku memang sangat rindukan hiruk pikuk macam tu.
ye, memang nampak sangat aku masih xnak berganjak ke arah MATANG.
gig tuh ok la.
sangat happening.
sesuai ah dgn jiwa aku yg very the local.
sume artis yg perform band2 local je.
paling best
AKU ANTARA YANG ISTIMEWA SEBAB DAPAT KAYU YANG PUKUL DRUM TU.
DAN YANG BALING TUH ADALAH KUMPULAN PESAWAT.
OH, TQ!

sumpah aku jakun -.-"
haha
pape pun aku happy and enjoy.
tq kepada bodyguard ku sebab sudi kawal
aku dari jadi mangsa keganasan lompatan mat rempit.

tq :)