Saturday, June 2, 2012

percaya pada setiap ketentuan

hye belog
hamboi2, tajuk aku cam xleh blahh je kan.
versi ayat2 cerpen remaja gitu. hohoho.
Alhamdulillah sebab idea aku mencurah2 la plak saat ni.

sekarang aku jarang sangat bukak fb
bukan sbb xde hp canggih
tapi sebab untuk mengelakkan dari sedih melampau
takut terpesong dgn pegangan aku selama ni

bila umur dh berganjak ke 24, ini lah masanya.
masa untuk akhiri zaman bujang
masa untuk menimang anak
masa untuk ke next chapter dalam hidup
bila bukak fb, aku sedih
sebab aku belum move on
aku still kat pit stop yang sama
sedangkan semua orang telah tinggalkan pit stop tu
tu yang aku bayangkan. aku kecewa. 
tapi aku lupa, bukan semua orang
ade certain2 org yg masih mencari, menunggu, 
mesti diorang lagi tertanya2 mcm mane takdir yg telah ditetapkan utk dia.

macam aku, bukan aku xmerancang
tapi hingga setakat ni, perancang aku masih belum dapat di tunaikan
ketentuan aku belum tiba
calon Insyaallah dia la orangnya
tapi andai kata ketentuan Allah tu lagi hebat, Dia ade takdir yg lagi magis,
aku terima dengan hati yg terbuka
sebab aku percaya dengan ape yg aku pegang
percaya kpd Qada' dan Qadar

kepada kawan2 yang sudah ke next chapter, Tahniah dan selamat berbahagia :)



favourite person LAHHH sangat


 hye belog,
 aku tahu aku dah lama xmenaip
macam biasala, alasan aku mesti la sebuk sebuk sebuk
akhir2 ni aku asyik fikir camne nak jadi fav person di hati semua orang
kalau di hati bf, of kos la aku memang fav person dia kan. :'D
di hati family, aku fav person kalo time handle pencarian baju raya adik2
and also fav person kalo nk mintak tlg

di ofis plak, aku fav person untuk dihantar belajar ke department yg susah
bos sentiasa akan tanya aku which department lagi yg aku nk belajar
aku jugak fav person untuk bos bergurau
aku bukan nak berlagak, tp aku tau aku fav staff dia. HAHA

tapi di kalangan colleague, aku mmg fav person utk tau gosip hangat
aku jugak fav person untuk diorang kongsi cerita
pasal husband, pasal anak, pasal mertua, pasal bf (pdhal kau yang syok sendiri)
kalo bab cerita, gosip, aku xpayah pergi mencari
kompem diorang sendiri yang dtg cerita
so, kiranya aku ni fav person untuk dijadikan mangsa dengar cerita.
kalo pasal yang lain, aku no komen.
ye la, kat depan kita la fav person.
kat belakang? opsss.

dengan kawan2?
um, sekarang aku dh jarang bersama kawan2 aku sendiri
aku lebih banyak melepak dengan kawan2 bf
di hati Fatin mungkin aku fav person dia. haha
MUNGKIN?? sebab kami baru kenal 2bulan lebih
tapi dah macam2 cerita yang kami kongsi
dia pun fav person aku jugak sbb dia je kwn yg selalu aku jumpa.
tapi di akal dan minda kawan2 bf pulak,
aku mmg fav person diorang untuk dorang ejek gemuk la, cari gaduh la.

tu dengan orang2 yg terdekat.
dengan orang2 lain aku xtahu aku ni tahap mcm mana.
aku kalo dh baik sgt ngan org, org pijak kepala pun xsedar.
thats why aku cuba untuk buat baik berpada2.
yela, ape makna jadi fav person kpd sume org kalo org xrespect kau. btol x?
bagi yg rasa aku ni fav person dia, TQ!
aku cuba layan sume org dgn baik.
bagi yang rase aku ni xcukup bagus, hipokrit, teruk ke ape.
sorry, sbb aku ni manusia biasa.
xpuas hati jugak??
letak cermin depan kau then tgk. kau bagus sgt ke?????? 

cermin2 kan~


Monday, May 7, 2012

workaholic vs holidayyyyy


hye belog
sumpahan puaka aku busy taw, bukan buat2 busy
hari ni pun aku balik kerja kul 9mlm gara2 upgrade sistem
tuh xbest lagi
part paling best, sabtu lepas aku pergi kerja kul 630 ptg smpai 12mlm.
penat eh kerja on weekend
tapi ape bleh buat
atas dasar konon sistem upgrade utk kesenangan semua pihak
nasib baik bos dah belanja kaw2,
so xde la aku kecoh lapar ke hape kan. hehehe.
tapi tu la, si fatin bini kawan bf plak kecoh
aku dah penat balik keje kul 12, then sempat lepak melepek sampai kul 1 lbh.
si fatin ni bleh menggelupur suruh laki dia bwk g genting
gila saiko siap majuk ape sume
dah la kul 2pg dh kot
then kami pun berjimba ke sana. haha
tapi sayang pergi dlm keadaan xready
kamera pun xbawak
ape pun xbawak.
dapat la gak aku release tension aku yg konon2 workaholic ni.
tq la kat bf, fatin n wan sbb menyebabkn aku ke sana.
atleast dpt gak aku merasa suprised holiday.
dah lame sgt xdpt jln2 camtu.

kepada kawan2 yang msg aku xreply
kepada yang bertanya khabar aku xjwb
kepada yang kawen tapi aku xdapat pergi
sori sgt2
masa xmengizinkan.
untuk diri sendiri pun aku terkejar2.

aishhh. makin tua makin xcukup masa/xreti membahagikan masa.





Friday, April 27, 2012

UNTUK MU SAHABAT


Hye saem,
Hari ni adalah hari paling bermakna dalam hidup mu.
TAHNIAH!
Saat aku dapat msg dari mu, aku sangat hepi.
"T, alhamdulillah. aku official dpt doc ai ni"

mengalir airmata aku.
sebab aku sangat bangga dengan mu!
segala penat lelah, susah payah mu selama ni terbalas.

Terimbau semua kisah sepanjang kita kawan.
terlalu banyak yang kita kongsi
terlalu banyak cerita antara kita
bergurau, bergaduh, menangis bersama, buat jahat tp buat baik jarang sekali. hehe

siapa sangka orang yg kuat menipu,
suka sapu hingus kat langsir kelas,
suka berebut,
pakai tudung yg xpenah "jadi",
terkincik dalam seluar,
selalu diejek oleh musuh,
selalu buat keje gila,
konon gengster zaman sekolah,
suka gaduh ngan mok,
penah buang biji buah rambai atas meja orang,
tamak bila makan n penah muntah cam air terjun,
kuat pegangan bomoh,
dan macam2 lagi perangai pelik kau
KAU TELAH BUKTIKAN YANG KAU MAMPU JADI SEORANG DOKTOR!

Tahniah. Tahniah.
But please, jadi kawan baik aku dunia akhirat :)

MIEJA CHE MAT



Saturday, April 7, 2012

TQ :D


hello belog
tahun ni birthday aku yg ke24 banyak celebrate with airmata
aku tau aku xpatut nangis on that wonderful day
and of kos sepatutnya aku jadi lebih tabah seiring dengan umur naik. haha
tapi boleh buat, aku memang insan lemah lah sgt.
mlm birthday, nangis. konon2 lonely.
pagi birthday nangis,lonely lagi.
tengahari, call adam.

"kak ti, happy birthday. kak ti dah makan? kak ti duk sorang2 ke tu?
kecian kak ti.
bila kak ti nak balik? kalau kak ti balik, adam suruh mama belikan kek."

aku nangis lagi.
dengan sangat teruk.
even adam yg baru umur 9tahun pun tahu ape yang aku rase.
tq adam, thats y i love u sooo much!

sepanjang hari tu temankan bf keje.
atleast xde la rase sunyi sangat.
xde la sedih sangat.

petang pulak, ofis call.
budak ofis nama azrul yg suka cari gaduh ngan aku call.
semata2 nak wish besday.
then dia main passing2 line kat semua staff.
diorang sume wish besday dgn nada yang bersemangat yg buat aku sangat terharu.
bukan aku nak cakap aku penting.
aku terharu sebab time birthday org lain, diorang xde pun call camtu.
aku memang xsuka sangat dengan tempat keje aku, dengan politik certain people.
tapi still, if aku kene tinggalkan tempat tu.
aku mesti rindukan diorang.

bila malam pulak, maksud aku awal pagi.
kul 12.30am, aku baru tarik selimut.
mieja msg mintak aku jgn tido lagi.
dia cakap dia ade keje kat shah alam, kejap lagi nak jumpa.
FINE la. then something happen yg buat aku xde mood nak kuar.
mija call utk pujuk aku kuar. aku baru nak explain.
then someone rampas phone mieja.
someone tuh adalah mcyah yang dtg jauh2 baru sampai dari johor.
aku terus nangis!
rupa2nya diorang nak buat suprise celebration utk aku.
AKU SANGAT2 TERHARU.
aku ingat, dah xde sape peduli pasal aku lagi.
aku silap.
TQ SOOOO MUCH MIEJA AND MCYAH.
please la jadi kawan2 aku sampai bila2!

mieja dah la ade final exam untuk bergelar doktor next week.
sanggup dia turun klang bersama nota2 exam.
mc yah pulak, baru je sampai dari johor.
terus pegi amik mieja n datang ke tempat aku.(tq jugak utk Qayyum.driver diorg)
macam mana aku xsyg korang?
tu hadiah besday yang paling bermakna buat aku.
TQ friends.



p/s: tq utk wishes yg thru fb, sms, phone call. tq so much. ingatan tu adalah hadiah paling bermakna, sebab aku bukan siapa2. tq bf sebab temankan aku sepanjang hari, layan aku nangis sepanjang hari. TQ

Thursday, April 5, 2012

HAPPY BIRTHDAY :)


awalnya ucap kat diri sendiri
sebab apa?
sebab kalau boleh aku nak tido sepanjang waktu tersebut.

untuk berdiri tegak, senyum dan berjenaka memang mudah
cuma jadi payah bila berdepan dengan sedih, marah, geram, kecewa
memang ade yang aku sangat idamkan
tapi belum rezeki
mimpi belum jadi kenyataan
xpela, kita tunggu lagi


Sunday, April 1, 2012

segalanya di hujung jari


hello belog
aku banyak sangat benda nak taip
banyak sangat idea. kononnya la.
tapi bila bukak je belog
semuanya hancur, bukan menaip.
tapi sebuk duk baca orang lain punya belog.

baru2 ni aku sebuk duk hadap korean drama, Personal Taste
subhanallah, indah betul ciptaan Allah, si lee min ho tuh
aku hadap sampai dah hampir menjilat skrin laptop tau. haha
cite tu best :D
indah betul sampai aku dah cam orang gila tengok
gelak sorang2, nangis sorang,
bila sampai part kiss2 mula la menjerit xpuas hati sbb jeles.
HAHAHAHAH *gelak syaitonnnn!
lee min ho kotttt!
tapi aku sedih gak sebab aku dh abis tgk by pagi tadi
so, mulai sekarang aku tengah mencarik bahan baru.
setakat ni belum jumpa yang bagus lagi.hoho.

tengah menyelam dalam youtube
banyak la pulak movie and telemovie melayu yg aku terjumpa
ade yang dah tgk kat wayang
menyesal aku. bazir je beli tiket.
so, ayuh kita menghadap telemovie melayu pulak sampai lebam.
bila dah bosan hadap muka mamat kelate, jawa dan sabah.
baru kita balik hdap muka korea semula. hahahhahahha.