Thursday, September 19, 2013

cerita selepas bersalin

Salam blog
Kalau nak diikutkan, hari ni (19sept 2013) adalah hari keramat bagi aku
Salah satu sebab adalah hari lahir abah
Yg mana jugak adalah hari yg sepatutnya aku di masukkan ke wad
Biasa la jenis berkencing manis time peknan
Kene masuk awal sehari sebelum due date iaitu 20sept 2013

Alhamdulillah,
Siapa tahu hari ni merupakan hari Hani putus pusat
Kuasa Allah. Doktor hanya meneka, tp Tuhan yg tentukan.
Aku lahirkan my Hani seminggu lebih awal.
Bagus jugak.
Atleast xde la aku suspen bila tarikh aku akan bersalin
Sebab yg tiba2 camni lagi bagus.hehe...

Anak aku ni bagus betul
Tidoooooo je keje
Bgn bila lapar or xselesa sebab pampers penuh
Bila aku susukan, dy tido balik
Bertuah betul anak dara aku ni
Tp sebab terlalu tdo siang
Mlm dy akan sedar untuk 2jam
Dan di sini la dugaan bermula
Kalau ikutkan hati, memang nak marah sebab xcukup tdo
Tp bila bayangkan betapa penat aku peknankan dy
Betapa perit dan susahnya untuk bersalin
Aku bgn dan kuatkan diri gak utk bangun
Kasih sayang mmg mampu mengatasi segalanya

Tentang berpantang,
Aku pantang makan,
Tapi aku masih aktif bergerak sebab aku mmg xleh duk diam.
Aku xtenang sebab aku dah terbiasa buat keje rumah.
Bila org len yg buat, aku xpuas hati.
Aku xpakai stokin, aku xpakai benda tampal ape ntah atas dahi tu
Aku pakai bengkung, aku guna mandian herba.
Itu sahaja.
Bukan aku xnk fully berpantang
Tp ape bleh buat.
Tu je yg termampu.

Terima kasih yg tak terhingga kepada suamiku
Sebab sanggup jaga anak time aku tdo
Sebab sanggup tlg aku pakai bengkung
Sebab tahan dgn kerenah aku yg mengada2,
Menangis xtentu pasal,
Emosi xstabil.

Terima kasih kepada mama sebab jaga mkn aku.
Sebab jaga kesihatan aku.
Sebab tlg aku yg mengalami masalah pengeluaran susu sampai nangis2.
Terima kasih.


Wednesday, September 18, 2013

Pengalaman bersalin

Salam blog
Oh xsabar nak kongsi pengalaman bersalin
Bukan nak menunjuk2 macam aku sorang je yg bersalin
Tapi sebab aku nak kenangan ni jd kenangan terindah dalam hidup aku
Alhamdulillah sebab Allah bagi peluang untuk aku merasa camne bersalin normal
Lengkap hidup aku sbg seorang wanita
Walaupun sebenarnya aku xlayak :'(

Pada 11sept 2013, rabu
Pagi tu bila aku bgn dari tdo ade air kaler karat mengalir dari celah kaki aku
Tapi aku langsung xmerasa sakit
Aku teruskan hidup cam biasa je.
Malam pun aku dapat tdo cam biasa.
Tapi......

Pada 12sept 2013, khamis
Pukul 3.30am aku tersedar untuk ke toilet
Mulai saat tu sampai kul 5.00am aku diserang sakit belakang.
Aku ingatkan tu sakit belakang yg biasa sebab aku dah sarat
dan tinggal seminggu je lagi dgn due date (20sept)
Tapi bila aku monitor rasa sakit dan masa,
Aku pelik sebab sakit tu dtg selang 10min.
Setiap 10min sakit tu dtg dan pergi
Setelah beberapa jam menahan sakit, aku teruskan tdo cam biasa.

Pagi tu bila bangun dari tdo aku perasan air karat mengalir lagi
Aku mintak pendapat bff aku Dr Mieja, dy suruh aku g hospital
Tapi aku degil sebab time tu aku xrasa yg aku akan bersalin secepat tu
Lagipun kalau boleh aku xnak menahan sakit lama2 di wad
Aku keluar gi mkn macam biasa
Still boleh g hantar and amik amir dari kolej
Sakit masih terasa tetapi xsekerap malam tu.
Aku makan nasi kerabu, nasi kukus
Minum air kelapa, minum ais puas2 sebab aku dah mula rasa xsedap badan
Aku xnak bila bersalin nanti aku kempunan dlm pantang

Malamnya kul 8mlm,
Sakit tu dtg lagi.
Setiap 10min, mesti akan rasa sakit lenguh2 pinggang selama 6,7 saat
Walaupun hanya 6,7 saat tp dah cukup utk buat aku xsenang duduk
Aku mintak adik aku cirah untuk urut belakang aku
Aku cuba untuk tdo tapi sakit tu mengatasi lena aku

13sept 2013
Kul 2.30am, aku msg mama sbb dy dlm bilik dy
Aku gtaw yg aku dah xtahan and aku nk pegi hospital
Kami ke hospital kota bharu
Dalam kul 2.40am aku berada di bilik saringan bersalin
Doktor check dan gtaw bukaan aku sudah 3cm
But still awal dan perlu tunggu di wad
Bila aku dihantar ke wad, Dr Mieja pun dtg
Dy check and tlg ape yg patut sehingga bukaan aku menjadi 5cm
Time tu dah kul 4am dan aku dimasukkan ke bilik bersalin

Di bilik bersalin, air ketuban aku dipecahkan
Nurse pasang alat utk monitor contraction aku.
Mama masuk ke bilik bersalin untuk temankan aku
Sebab time ni hubby aku masih dalam perjalanan dari Klang
Contraction semakin kerap.
Aku mengadu kat mama setiap kx contraction dtg.
Mama yg stiap masa usap tgn, usap blkg badan aku, suruh aku zikir
Serius mama melayan aku cam kerenah budak kecik
Start kul 8am lbh, aku dah xtahan menanggung sakit
Aku dah start nak meneran
Nurse xbagi aku teran and suruh aku tarik nafas
Tapi serius, time tu aku dah xtertahan nak meneran
Bila nurse check, dia cakap bukaan aku dah penuh 
And masa yg di tunggu2 dah tiba
Nurse suruh aku push
Aku yg sedaya upaya push tapi time tu aku dah lemah and xde tenaga pun
Sebab mlm tu aku xmakan and dah terlalu lama aku tahan sakit

Mama yg banyak tlg aku.
Dy yg angkatkan kaki aku, pegang sebab aku dah xlarat nak pegang kaki sendiri
Mama menangis mintak aku push kuat lagi
Sebab kepala baby asyik kuar masuk and ini xelok untuk baby
Mama siap gtaw yg kalau diberi peluang, dy sanggup push untuk aku
Dy mintak tlg suruh aku tlg diri sendiri and tlg baby
Tp aku asyik jawab yg aku dah xlarat
Nurse mintak untuk gunting, mama xbagi
Tp sebab dah terlalu lama and bahaya untuk baby,
Mama benarkan nurse gunting.
Ketahuila sesungguhnys time tu ko dah xkan rasa sakit di gunting,
Malah ko akan rasa sangat lega. (Wlaupun bila di pk balik mmg ngeri..hehe)
Bagai turun dari gelungsur, laju baby aku keluar pada kul 9.07am
Jantina perempuan dgn beratnya 2.95kg
Hilang semua rasa sakit
Subhanallah, ajaibnya perasaan tu.
Mama peluk aku.
Suruh aku tengok baby aku.
Ya Allah, Kau je yg tahu macam mana perasaan aku time ni.
Aku cium baby, aku mintak maaf dr dy sebab aku seksa dy dgn aku xpandai push
Baby sangat baik, terkelip2 pandang aku. :')

Kemudian luka aku dijahit, time ni ade la rasa ngilu2
Tapi rasa penat mengatasi segalanya
Aku tdo je lepas tu sebab dah terlalu penat
Kul 12pm, aku di bawa ke wad dengan baby.
Setelah baby dah mengeluarkan najis, dan luka aku di check
Kami dibenarkan pulang pada hari yg sama pada kul 4.30pm.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Hubby asyik minta maaf sebab xde di sisi time aku bersalin
Tapi ketahuilah syg, aku langsung xterkilan
Sebab satu lagi nyawa aku ade bersama.
Mama, memang segalanya bagi aku.
Kasih seorang ibu memang xde tolok bandingan :')
Memang xmampu untuk aku balas.
Sampai bila2 aku berhutang budi, berhutang hidup dgn mama.

Setakat ni je kot cite bersalin.
Ape perasaan jadi ibu dan pengalaman bersalin di hospital kota bharu
bakal di update kemudian.

Siti Hani Safiya
Pengorbanan ni untuk mu anak.
Cinta hati kami.







Wednesday, September 11, 2013

petanda apakah ini.

Salam blog
Semalam 11 sept 2013 
Bila aku bgn pagi, aku perasan ade air seakan warna karat keluar
Tp xbyk pun...
But still aku dh takut.

Malam aku tdo cam biasa.
Dan seperti biasa gak, aku mst bgn kul 330pg untuk ke toilet
Tu dah rutin sejak aku makin sarat ni
Tp yg luarbiasa nya bila aku rasakan contraction setiap 10min.
Setiap 10min, dy dtg.
Xlama pn, dlm 7,8 saat tp cukup menyakitkan
Macam nak patah pinggang aku di buatnya.
Benda tu berlarutan sampai kul 5 pagi.
Penat, ngantuk, takut semuanya ada..

Bila dh siang, sakit tu hilang.
Tp air karat still ade kuar mngalir sikit2.
Serius aku dah nervous.

Doakan yg terbaik...


Wednesday, September 4, 2013

menghitung hari

Hye belog
Bestkan sebab dah start berhoneymoon di kg halaman.
Bangun pg g check up
Hantar amir g klas
G pasar beli lauk
Kemas umah, mendobi, masak
Well, macam biasa
Masih berstatus bibik macam zmn menganggur dulu
Cuma bezanya kali ni bibik dah xselincah dulu
Perut dah memboyot, pergerakkan dah cam zombie le
Maklum la, minggu ni dah masuk 37 minggu
Oh, kalau di ikutkan due date yg based on period cycle, hari ni la harinya. 4sept
Tp bila di scan balik bby nya dan secara logiknya date telah dianjak ke 20 sept.

Best mmg best duk kg ni
Bleh tido sesuka hati
Bleh rehat sepanjang masa
Tapi yg xbest sebab hubby xde disisi
Sehari sebelum hubby bertolak balik pun aku dah start nangis2
Semalam sebelum dia bertolak, lepas je salam aku terus masuk dlm rumah
And tahu2 je la ape yg terjadi
Sepanjang hari aku nangis bila teringatkan hubby.
Malam sebelum tido xpyh cite la
Lepas je gayut tepon, melalak lagi..
Huwaaaaa! Xsanggup berjauhannnnn!
Lain mcm betul penangan rindukan suami ni
Mungkin sbb aku terlalu rapat dan hanya bergantung dgn dia.
So, kepala aku mcm dh set yg dia akan sentiasa d sisi aku setiap masa
Seriously, aku mmg xmampu.
Lagi2 bila aku nangis, baby pulak tendang2.
Macam turut sama merasai rindu kat papa dia. :'(

Tp ape bleh buat.
Bertahan la utk 10 hari lagi k.
Tp kalau baby keluar awal, kena la papa balik awal kan kan kann...

Yang penting, semoga semuanya selamat.
Aminnnnnn...

Sunday, August 25, 2013

berhuru hara

Salam belog
Minggu ni (26 ogos) kandungan aku dah masuk 36 minggu.
Wahhh so nervous, scary and xsabar nk tgk baby pn ade gak..
Hari ni sempat g shopping barang baby sempena sales pureen.
Alhamdulillah semuanya dh hampir lengkap.
Cuma mungkin ade 2, 3 barang lagi kot yg belum di beli.
Nasib baik pakaian baby dah beli sikit2 dari awal lagi.
So, xde la semua benda kalut nak beli last minute
Hari ni aku sebuk google beg hospital.
Yela, persediaan awal tu kan penting. Huhu.
Aku dah prepare siap2 pun, tunggu nk sumbat dalam bonet kete.
Cuma masih tinggal 1 perkara yg aku masih keliru.
Aku xtaw produk berpantang mana yg paling ok dan lengkap.
Kalo bleh, aku xnak la menyusahkan orang time dlm pantang nnt.
Part paling utama, aku dh start suruh suami sediakn air selusuh.
Sanggul fatimah pun aku dah order.
Harap2 benda kecil2an ni dapat membantu permudahkan proses bersalin nanti.

Insyaallah, hujung bln ni, aku dah start cuti.
Standby beranak kat kb la kita..
Tp sedih gak sbb kene tinggalkan suamiku.
Sejak nikah xpenah berpisah walaupun sehari.
So, aku xleh imagine camne nak hidup tanpa dia walau hanya 4,5 hari :(

Doakan semoga semuanya berjalan lancar.
Amin..

Wednesday, August 14, 2013

kandunganku

Hye belog
Minggu ni kandungan aku dah mencecah 34 minggu
Perut semakin membesar dgn mendadak
Kaki aku makin membengkak
Pergerakan aku makin susah
Terasa sakit dan berat je badan
Aku cuba untuk lawan dgn bergerak mcm biasa
Tp mmg xboleh
Pergerakan aku terhad...dah macam org tua dh. Hehe

Alhamdulillah
Baby bertambah aktif
Asyik menendang, melutut, menyiku dan meggolek2 bontot je.
Indahnya perasaan ni Ya Allah
Bila baby dh keluar nanti mesti aku akan rindukan saat ni.
Sekarang aku xpenah rasa kesorangan
Bila aku sunyi, letak je tangan kat perut
Baby mesti bagi respond.
Makin aku gosok, makin galak la dia bermain2.
Kadang2 geli dgn goresan jari2 kecil di hujung perut.
Kadang2 kelakar tengok perut bergoyang2 kuat sebab baby golek bontot dia
Kadang2 terkejut sebab tiba2 menyiku atau melutut perut..sakit la wahai anak..

Tq Allah sebab masih bagi peluang pada aku yang hina ni.
Doakan aku dan baby selamat hingga tiba masanya k.



Friday, August 9, 2013

Raya 2013

Salam belog.
Alhamdulillah tahun ni raya lebih bermakna.
Balik raya ke Kb seminggu lebih awal.
Hubby drive kete makcik ku, aku pulak balik dgn kete yg d drive oleh mama ku.
Tq so much mama sbb sanggup dtg dari Kb semata2 xnak aku drive sorang2.
Sempat balik uruskan apa yg patut di rumah family aku.
Walaupun perut aku memboyot, alhamdulillah masih kuat.
Abah request nak makan macam2 untuk berbuka.
Nasib baik sekarang semuanya di hujung jari.
Google je resipi, boleh la masak. Huhu..
Semangat aku masak tiap2 hari untuk berbuka.
Balas dendam sebab hari2 keje asyik makan masakan kedai je.
Pastu 1st time dalam hidup, aku bangun pagi raya kul 5 pagi.
Pegi gali serai, masak rendang ayam.
Semangat betul aku masak tahun ni. 
Pagi raya, macam biasa family aku bukan jenis berdrama air mata.
Gambar raya pun xde tahun ni.
Tapi gambar dgn hubby sempena tahun pertama raya bersama mesti la ada.
Alhamdulillah raya tahun ni masih sama macam tahun2 sebelumnya.
Melawat kubur, pegi rumah sedara mara.

Aku bersyukur sgt dengan nikmat yg diberikan.
Tahun ni beraya dengan baby menendang2 dalam perut.
Mama yg setiap masa fikirkan aku larat ke x. 
Dan aku boleh nampak betapa dia excited menanti kehadiran cucu pertama.
Abah yg masih mengharapkan aku untuk uruskan family dan rumah.
Terima kasih kerana masih bg penghormatan kpd aku sbg anak pertama.
Adik2 yang sudi tlg aku.
Picit bontot aku disaat aku dah larat nak berdiri lama2.
Suami yang sgt2 memahami betapa aku masih perlukan family walaupun aku sudah ade dia.
Hidup aku semakin lengkap dan sempurna.

Alhamdulillah di atas nikmatMu Allah