Tuesday, August 31, 2010

cakap belit-belit cam pakai tudung!

perghhh!! awal2 dah letak gambar makanan.haha


kenapa gambar terbabit menjadi pilihan.
sebab rase dia sangat best wo0o0o0..

sekarang time berbuka bukan menjadi sesuatu yang mampu uat aku teruja.
aku lebih teruja menunggu pukul 8.30 untuk pergi dapatkan makanan ini.
ok, kantoi aku sebuk cari makanan time tu bukannya nak pergi terawih -.-"
dia sangat heaven!

kuah dia cam dicampur dengan ubat batuk
untuk buat aku ketagih :)... (air liur menitik..haha)
aku xtahu dinegeri lain ape name makanan ni.
tp dikelantan sangat la femes. INI ADALAH COLEK!
bahan2nya adalah ayam, jemput malas (haha), popiah,
limpa, perut (ye,ye mmg organ dlmn elok utk org genius cam aku)
um, aku rase dia sbenarnya lbh kurang cam rojak la.
tapi dia lebih HOT drpd biasa.hoho.




kenapa aku beli remaja? :')

ok, aku memang budget remaja.
sgt la lame -.-"
sebab utama aku tetiba tergerak hati nak beli adalah
disitu tercatat 8 tip seni memaafkan sahabat (konon2 hati mulia)
padahal aku beli sebab ade
"istimewa cetusan ilham lebaran penuh keterampilan." heeee~


ye entry kali ni sangat belit2
tadi pasal makanan, tetiba pasal majalah
kenapa aku cam pening?
sebabnya aku teringat BELIT2 dari kawan aku ni
hari tu cakap lain, sekarang cakap lain pula
aishh..dasar belit betul.
apapun, aku xsabar nak raya..weeehuuuu! (tetiba -.-")


p/s: auw..auw...syurga di awanan dah ade blog..haruslah aku follow awl2 supaya dia pun sudi follow blog aku.hahahahah...diam ah kau! :D








Monday, August 30, 2010

merdeka yang sebenar.


merdeka
hari ni aku merdeka
adik aku yang bongsu selalu berlagak yang dia puasa
padahal hanya sekerat hari je pun
pastu aku akan booo dia sambil berkata "booo..dah tua2 pun xpuasa penuh"
tapi hari ni, aku pulak yang puasa sekerat hari
tepat kul 1.30, MERDEKAAA...
pastu bila adik aku balik and nampak aku makan
dia pun cakap "booo..xmalu, dah tua2 pun xpuasa"
FINE, aku terkena -.-"

sejak aku dah bertekad nak bertudung ni
aku cam dah xberapa kesah pasal rambut
dulu bukan men pulun gi rebonding, blow rambut, buat treatment bagai
tapi sekarang, beli syampoo paling murah n conditional pun dah malas nak guna
patut la rambut dah macam dawai besi.haha.
so, tadi konon2 nak rambut raya aku pun pergi salun.
cakap kat auntie tu nak rambut style korea.
haha..orang asia yang perasan korea.
Alhamdulillah, juz nice and aku selesa
tapi cam kekanda tidak berkenan je.
um, apepun rambut aku dah MERDEKA dari kelebatan yang amat.

esok pula adalah hari merdeka MALAYSIA
hari tu kecoh2 pasal Indon bakar bendera Malaysia
sungguh xsopan and fikiran mereka belum merdeka
sedangkan bila ade rakyat Malaysia nak bakar bendera Indonesia
belum sempat mereka bakar lagi, polis dah datang tangkap
see, betapa merdekanya jiwa polis Malaysia
xkira la orang baling najis or bakar bendera negara kita
tapi kita tak seharusnya balas balik dengan cara sebodoh mereka
sebab, jiwa kita sudah merdeka
kita hormat negara lain
hormat bendera
walaupun hanya bendera rumah hijau time sukan di tadika :P

TAHNIAH MALAYSIA. MERDEKA!



p/s: merdeka dari belenggu masalah. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar :))

Saturday, August 28, 2010

oh yeahhhh..


semangat raya makin berkobar2
aku dah plan siap2 dah nk beraya depan tv.
yang xtahannya, hari ni pergi shopping raya lagi
ini bermakna, dah 4kali aku shopping semata2 untuk raya.
semangat memang semangat.
aku rasa sementara nak raya ni, maybe dalam 2,3kali lagi aku akan shopping
banyak lagi benda2 yang aku nak beli
best wooo jadi penganggur yang shopping raya ditaja.hehe
maybe nih raya terakhir yang aku bleh meminta2 duit drp Dato' K.
Dato' K yang pemurah, semoga rezeki makin mencurah2. aminnn..


pastu hari ni ade kes lucu berlaku
hamboi2 makcik, dulu bukan main ye kutuk aku kat belakang
cakap rambut merah, suka melepak ape sume
xhengat dunia makcik duk mengata ye
tapi xpe, aku jenis xkesah pun
lantak makcik la
asalkan aku xmenyusahkan kau
tapi sekarang, bila bisnes makcik xde orang nak handle,
anak2 sume dah lari,
baru makcik terhegeh2 nak mintak tolong aku
sorry sorry sorry ye makcik
bukan aku xnak tolong, berdendam or sombong
tapi, aku busy sket
lebih baik aku uruskan family yang sangat menghargai aku
dari tolong makcik yang memang la bayar upah yang lumayan,
tapi asyik mengata kat belakang
tuh la makcik, walaupun aku ni BUKAN BAGUS SANGAT,
tapi aku tetap akan berada disamping family.
anak makcik hadooo ke?
sudah2 la ye makcik.
sila cari orang lain.
xmalu!


p/s: dam dam dum, bunyi mercun! banggg! putus jari. padan muka.

Wednesday, August 25, 2010

hahhh..dah jumpa dah.


aku mmg saiko bile title nya adalah seperti di atas -.-'
sebenarnya saje je nak gtaw yang aku dah jumpa 1 musim yang baru
baru ke? xde la baru sangat.
musim nih hanya ade dibulan puasa ataupun dimusim perayaan.
yang hairannya, time krismas, deepavali and CNY
still gak bang bang boom.
tapi xde la plak kes or musim hilang jari kan?
um, ape nak jadi ni.
tiap2 tahun kot ade kes2 meletup jari.
yang xtahannya tahun ni lebih advance
sebab siap ade yg hampir buta dan juga kemalangan jiwa
wahai adik2 dan bapak2 adik2sekalian
dah2 la tu kan..insaf2 la k.

oh, berita hari ni ngeri ohhh..
seorang bapa telah menyembelih anaknya yang masih kecil.
adoi..adoi..mental illness dikalangan rakyat Malaysia nih dah makin teruk
dimana tempat untuk kanak2 berlindung, kalau disamping parents pun xselamat?

ye, satu lagi
pasal segelintar rakyat Indonesia yang hina Malaysia sume
aku yang tergelak
hey anda2 yang terlibat
rilex ah,kes kecik pun nk kecoh2 ke?
yang Malaysia jadi rumah tumpangan dan majikan utama
kepada berjuta rakyat Indonesia kot.
sepatutnya bukan dihina, tp sila ucap TQ.


um, aku semakin pelik bila baca blog sendiri.
kompius.
ni blog harian metro ke??



Monday, August 23, 2010

150 juta?



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"

Eh Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Saya mungkin baran tak kira masa"
"Tapi saya tahan kalau yang salah saya"
"Saya mungkin saja keras kepala"
"Tapi saya manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..



p/s: aku mmg garang macam singa -.-

..





I laugh..

I love..

I hope..

I try..

I hurt..

I need..

I fear..

I cry..



And I know you do the same things too,
So we're really not that different, me and you.


Saturday, August 21, 2010

merdekaaaa!


xsangka sebenarnya dah masuk pertengahan Ogos
dan sudah hampir sebulan selepas aku bergraduasi
bulan kemerdekaan
tapi aku xtahu la samada nih juz ape yg aku rase
ataupun situasi ni memang berlaku
merdeka tahun ni cam xhappening
xde pun kibaran bendera secara besar-besaran
aku pun xde letak bendera kat kereta sebab xde orang kasi
selalunya kan ade yang edar bendera secara percuma

mungkin sebab aku juz berada dirumah and xtahu sangat perkembangan semasa diluar sana.
tapi xtakkan la sampai dalam tv pun xde bagitau aktiviti2 khas sempena bulan kemerdekaan.
ntah la.
dulu time skul paling best.
bulan kemerdekaan sangat terasa.
macam2 aktiviti diadakan.
menyesal la pulak sebab dulu aku xjoin sangat aktiviti2 skul.

ape pun, aku skrang sedang berada di tahap merdeka dalam hidup aku.
ye la, dah habis belajar walaupun masih menganggur.
merdeka!
sebab dapat bersama family sebelum melangkah ke alam dewasa.
(sekarang xdewasa lagi ke?? errgg!)
tapi aku paling benci, benci ! benci ! tau..
sebab bila berbuka kat umah, LAUK MESTI BEST BEST BEST BESTTTTTTTT..
serious benci !
sebab bila semuanya best, aku yg akan makan makan makan
bukan ape, haruslah aku hargai segala kenikmatan dunia dirumah
tuh adalah sebagai persediaan sebelum aku kerja
mana la tahu, bila dah kerja, gaji xbanyak
then xmampu nk makan yg best2
so, kalau aku dah pulun skrang, nnt xde la aku down sgt.hahaha

RUMAH KU, SYURGA KU.