Monday, November 5, 2012

coret2 pra perkahwinan


hello belog!!!
huwaaa, lama sgt dah xupdate.
busy la konon2nya. padahal xtaw nak taip ape. huhu.
pening kot nak kawen ni.
org cakap kawen senang je, akad nikah pastu dah siap.
helloooo, sape cakap senang.
isi borang itu ini ke sana ke sini.
semuanya aku dan bf uruskan sendiri.
and atas bantuan mama aku jugak. that y i love u mama :')
yela, sape lagi yg sudi tlg kita kan???

Alhamdulillah majlis tunang hari tu berjalan lancar
tapi biasala, ade yg pahit ditelan.
yang manis harusla di kenang, ye dak?
sebenarnya agama kita agama yg mudah.
mudah, ringkas, jimat.
tapi kita melayu yg kononnya berpegang pada adat.
yang kononnya biar mati anak, jgn mati adat.
serius part ni sgt pahit.
mmg dlm Islam ade istilah tunang.
menandakan ade perjanjian untuk berkahwin antara lelaki dan perempuan.
betapa memang istilah tunang tu ada.
tapi syg sebab adat kita terlalu rumit.
aku xnak komen lebih sebab aku xberani untuk lantang bersuara.
cuma satu je cth yg aku bleh bagi.
sireh junjung yg di jadikan hantaran tempoh hari, 
masih elok terletak cantik kat atas almari.
buat hiasan dan ruang baru untuk labah2 buat sarang.

bagi diri aku yg ringkas dan mudah orangnya
lebih baik kita pentingkan ADAB 
sebab adab tu yg menggambarkan sape diri kita
untuk ape adat di sanjung tapi adab langsung xde
adab yang aku maksudkan bukannya tahap nilai2 murni or nilai2 terpuji
but at least hormat la orang lain
berterima kasih, bertimbang rasa
bukan ke tu lebih elok?

belajar dari pengalaman.
banyak yg aku belajar dari mula aku buat preparation untuk majlis tunang
sehingga la saat berakhirnya majlis

sekarang aku kena berusaha gigih demi majlis akad nikah pulak.
tingga sebulan je lagi.
semoga semuanya berjalan lancar.
doakan taw!

bye.

Saturday, September 15, 2012

one step closer :)


Alhamdulillah
semuanya sudah selesai
aku dah selamat menjadi tunang bf kesayangan pada 8sept yg lepas.
tu lah sebab utama kenapa aku sangat sebuk sampai nak online pun xsempat




segala penat, air mata, masa tidur yg terabai, aku yg kusut masai
semuanya sudah terbalas.
pergi keje nak mekap pun xsempat.
balik keje berkejar cari brg hantaran.
malam sebelum tidur siapkan hantaran.
pagi lepas sahur, sebelum pergi keje, sambung buat hantaran lagi.
balik umah kat kb, kemas umah.
berkejar sana sini untuk memastikan majlis berjalan lancar.
2jam sebelum majlis pun aku masih kat luar sebab ade urusan.

alhamdulillah, semuanya sempurna.
tq kepada mereka2 yang banyak membantu aku menjayakan majlis tu.
Ada, TQ for the make up! and also for all ur bunga2. (siap pinjam yg xtahannnya
mija, tq sbb dtg just walaupun lambat sebab nak happykan aku. :')
tq untuk family aku n bakal family. TQ!
kepada kawan2 yg kenal aku, sori sebab xjemput.
majlis ni, hanya majlis tunang yg di hadiri oleh keluarga terdekat.
Insyaallah, nnt majlis kawen aku jemput k.

sekarang aku tengah berusaha untuk membuat persiapan kawen.
doakan kami ye !




bye!
take care guys!



Tuesday, August 21, 2012

yeay raya, perut kembung, suka hati. !


hye belog
hari ni dah raya ke 3.
tapi aku still non stop makan.
konon je la nak diet. hahaha.
raya pertama aku dah lupa ape yg aku mkn
sbb hampir 10 buah rumah yg aku singgah.
tapi part paling best bile ade yg ingat aku masih belajar.
siap hulur duit raya lagi. hahaha.
alhamdulillah ni kali kedua aku beraya dlm keadaan sudah bekerja.

raya kedua pula, aku melawat my bestfriend forever.
aku pun dh lupa ape yg aku mkn pada hari tersebut.
yang pasti, balik mlm pun aku still balun mkn nasi. haha.

ok, ni pasal raya ketiga iaitu hari ni.
dari pagi hingga ke sekarang (jam 4 ptg)
aku telah sumbat bermcm2 mknn dlm perut besar aku.
pagi, 2 pinggan nasi berlauk daging singgang
berulam kan petai cicah budu bertempoyak.
OMG! dasyatnya penangan budu!
(kalau bf baca ni mesti dah meremang bulu roma). HAHAHAHA
then aku pegi open house rumah bakal adik ipar.
aku bedal pasta la vista dengan lahapnya lagi.
n of kos beserta kek cokelat.
mak aku siap pesan, jgn mkn banyak sbb kejap lagi ade open house lagi.
tapi aku dgn selamba menjawab,
"dun wori, banyak lagi space kosong kat perut kak T" :') haha
lepas tu pegi umah lain pulak.
aku pergi senduk nasi putih separuh, nasi minyak separuh
dengan lauk full ayam goreng, daging msk kurma, pajeri nenas dan kerabu sarang.
OMG nikmatnya. umphhhh!
pastu sambung kek cokelat lagi.

wei! banyaknya aku mkn.
bila ingat2 balik stress gak aku dibuatnya.
dah la konon2 nk kurus dalam masa 2minggu.
memang tak la kan. haha.
susah gak kalau nafsu mkn cam naga ni.
aku xtaw nk control camne lagi dh.
dah la aku selalu gunakan alasan,
nnt dah balik klang, susah dh nk jumpa mknn best2 camni.
alasan! hehe

dan bila pergi rumah orang,
soalan cepumas, BILA NAK KAWEN???
sebelum2 ni aku akan jawab, lambat lagi kot.
tapi sekarang jawapan aku matang sikit.
kalau ade, nnt mama akan dtg hantar kad k. haha.
kalah jawapan artis.

and soalan kedua paling best.
camne nak apply keje bank cam aku.
hampir 6 orang tanya soalan ni kat aku.
ade yg dh beranak 2 tapi still mencari2 kerja.
ade yg kerja kontrak kat sekolah agama tapi still cari kerja back up.
ade yg dah kerja bank lain tapi hanya sekadar kontak.
aku selalu mengeluh pasal kerja aku.
SITI NAZIHAH yang tidak bersyukur.
lupa ade orang yg masih mencari2.
sedangkan kau langsung xbersyukur.

so, lepas ni xde mengeluh2.
kerja dengan penuh semangat demi raya tahun depan yang lagi hebat.
mungkin berdua, mungkin bertiga. Insyaallah.
semoga aku, dan semua orang di sekeliling aku
sihat, ceria, bahagia, dan berjaya dalam hidup masing2.
amin :)



Sunday, August 19, 2012

salam lebaran


Selamat Hari Raya!
matang sangat cara ucapan raya aku.
Segala salah dan silap harap dimaafkan.
Alhamdulillah, Ramadhan telah berlalu dengan meninggalkan sejuta nikmat buat aku dan semua.

semoga semuanya dalam lindungan Allah.
doakan yang terbaik. Amin :)

Friday, August 10, 2012

sedih

berat mata memandang
berat lagi bahu yg memikul

Sunday, August 5, 2012

#1


orang kata, buang tatoo kat kulit sangat sakit,
tapi rupa2nya buang dosa dari hati lagi perit.

jika benih baru nak tumbuh perlu di siram air dan baja,
kalau hati baru nak tumbuh, perlu disiram dengan apa??

Nikmat Allah


Salam blog
sebenarnya aku masih blur2 dgn situasi aku
aku terkedu sebab doa org yg byk dosa mcm aku pun still Tuhan makbulkan
aku sentiasa berdoa untuk masa depan aku, tentang jodoh
aku mintak di tunjukkan jalan
aku mintak di berikan jalan yang bercahaya
Subhanallah, Dia telah menghantar malaikat2 dunia untuk bantu aku
bagi aku harapan
bagi aku semangat untuk jadi yang lebih baik
semuanya milik Dia.
aku akur dan redha semua ketentuannya sebab aku tahu itu yg terbaik.
Alhamdulillah, xdpt aku luahkan betapa aku happy sangat.
Ramadhan kali ni betul2 memberi 1001 nikmat besar.
memang ade hati yg terluka atau bakal terluka.
tapi aku pasti aku boleh pusing balik semuanya ke arah yg jauh lebih baik.
nak melangkah bukan senang.
tapi aku kene berani sebab aku tahu Allah ade bersama aku.

Tq Allah.


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).


Surah 55, Surah al-Rahman (Yang Maha Pemurah) : 78 ayat. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
55-1:  Al-Rahman (Yang Maha Pemurah)! 
55-2:  Yang telah mengajarkan al-Qur’an. 
55-3:  Yang mengajarnya "bayan" (pandai berbicara). 
55-5:  Matahari dan bulan menurut perhitungan.
55-6:  Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud.
55-7:  Dan langit, Dia (Allah) meninggikannya, dan Dia (Allah) meletakkan mizan (neraca).
55-8:  Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
55-9:  Dan tegakkanlah timbangan dengan adil, dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. 
55-10:  Dan bumi, Dia (Allah) hamparkan untuk makhluk.
55-11:  Padanya ada buah-buahan dan pohon tamar yang mempunyai mayang.
55-12:  Dan biji-bijian yang berkulit dan harum baunya.
55-13:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-14:  Dia (Allah) menciptakan manusia daripada tanah liat seperti tembikar. 
55-15:  Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api. 
55-16:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-17:  Rab (Tuhan) dua “masyriq” (tempat terbit matahari) dan Rab (Tuhan) dua “maghrib” (tempat terbenam matahari).
55-18:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-19:  Dia (Allah) alirkan dua lautan, keduanya bertemu. 
55-20:  Di antara kedua-duanya ada barzakh (sempadan) yang tidak dilampaui oleh kedua-duanya.
55-21:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-22:  Dari kedua-duanya keluar mutiara dan marjan. 
55-23:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-24:  Dan kepunyaan-Nya (Allah) bahtera-bahtera yang tinggi di lautan laksana gunung-gunung. 
55-25:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-26:  Semua yang ada di atasnya akan binasa. 
55-27:  Dan tetap kekal wajah Rab (Tuhan) engkau Zul Jalal wal Ikram (Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).
55-28:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-29:  Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan. 
55-30:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-31:  Kami (Allah) akan bertindak terhadap kamu, wahai manusia dan jin!
55-32:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-33:  Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah! Kamu tidak dapat melintasinya melainkan dengan kekuatan.
55-34:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-35:  Akan dikirimkan kepada kamu berdua (jin dan manusia) nyalaan api dan cairan tembaga, maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri. 
55-36:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-37:  Maka apabila langit terbelah, lalu menjadi merah mawar seperti minyak. 
55-38:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-39:  Pada hari itu tidak ditanya tentang dosanya manusia dan jin.
55-40:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-41:  Dikenali orang yang berdosa dengan tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka.
55-42:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-43:  Inilah Neraka Jahanam yang didustakan oleh orang berdosa.
55-44:  Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang sangat panas. 
55-45:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-46:  Dan bagi orang yang takut akan makam Rab (Tuhan)nya, ada dua syurga. 
55-47:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-48:  Kedua-duanya mempunyai pelbagai jenis.
55-49:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-50:  Di dalam kedua-duanya ada dua mata air yang mengalir.
55-51:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-52:  Di dalam kedua-duanya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang berpasangan. 
55-53:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-54:  Mereka bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya daripada sutra, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat. 
55-55:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-56:  Di dalamnya ada mereka (bidadari) yang singkat pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak jin.
55-57:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-58:  Seakan-akan permata “yaqut” dan “marjan”.
55-59:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-60:  Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan.
55-61:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-62:  Dan selain daripada kedua-duanya ada dua syurga lagi.
55-63:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-64:  Kedua-duanya hijau tua.
55-65:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-66:  Di dalam kedua-duanya ada dua mata air yang sentiasa memancar.
55-67:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-68:  Di dalam kedua-duanya ada buah-buahan dan tamar serta delima. 
55-69:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-70:  Di dalamnya ada mereka (bidadari) yang baik-baik lagi cantik-cantik. 
55-71:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-72:  Yang putih bersih, tersimpan dalam rumah.
55-73:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-74:  Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak  jin. 
55-75:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-76:  Mereka bersandar di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah. 
55-77:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
55-78:  Maha Berkat nama Rab (Tuhan) engkau Zil Jalal wal Ikram (Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).