Friday, March 1, 2013

Feeling gooooooood!

salam belog
memang dah sgt lama xupdate
mommy sooooo busy.
ok, reason yg sama setiap kali.
Alhamdulillah sebab baru2 ni masih mampu menghadiri majlis pertunangan 2 bestfriend.
1st majlis tunang Cikno, 2nd majlis tunang Mc Yah.
Semoga jodoh kekal ke jinjang pelamin. Amin..

Alhamdulillah jugak sebab sejak peknan ni bermacam perasaan aku boleh rasa.
Bersyukur sgt sebab bukan semua wanita mampu menjadi seorang ibu.
mual? pening? mengada2? kejang kaki?
itu memang biasa. and aku masih kuat. Insyaallah.
tapi bila bab xde selera makan, ini memang masalah aku.

Bayangkan, punyalah lama aku mengidam hadap Pizza Hut.
bila dah terhidang depan mata, putus selera.
Bukan setakat xmampu nak telan.
tengok pun dah xde selera.
Subhanallah, besar sungguh kuasa Yang Esa.
selera makan aku di potong terus.
tapi jgn risau, sebab berat badan aku maintain pertambahannya bak hipotesis.

peknan ni jugak banyak pengaruh emosi aku.
memang dari dulu aku garang.
tapi sekarang LAGIIIIIII GARANG.
sikit2 nak marah.
dengar org membebel aku rasa serabut.
macam2 lagi la.

Semoga aku terus kuat untuk besarkan perut untuk 7 bulan akan dtg!
BERUSAHA!





Friday, January 25, 2013

Nikmat 2013


Hola belog
Ya Allah lama betul aku xupdate kan
mestila alasan busy hehe
Alhamdulillah setakat ni kami masih berjaya mengemudi bahtera cinta
ceewahh gitu~
Aku syukur sgt2 sbb Allah masih mengatur yg terbaik utk aku
walaupun sebenarnya aku xlayak

umur 22 tahun, aku grad and dah mula bekerja
pahit time mula keje sbb aku langsung xde experience
and staff lain kurang hormat aku sbb faktor usia walaupun sama level je pn
ALHAMDULILLAH

umur 23, aku dah mampu beli kereta
walaupun hanya kereta local
tapi cukup la utk puaskan hati aku sbb itu mmg idaman aku
ALHAMDULILLAH
umur 24, aku bertunang dan bernikah dgn jejaka idaman hati
yang sentiasa temani aku dlm suka dan duka
ALHAMDULILLAH 
Allah mudahkan semuanya
setiap hari aku doa semoga jodoh kami dipercepatkan
dan mintak di tunjukkan jalan utk ke arah itu
syukur Dia bagi jalan
walaupun pahit tp ALHAMDULILLAH tu jln yg terbaik dari Dia

tahun ini diambang umur 25
lagi indah nikmatnya
Alhamdulillah
diawal tahun dsh dapat surat yg baik punya dari bos
bukan satu je berita gembira, tp dlm surat tu ade 3 keseronokkan
pertengahan bulan pulak ade dpt satu lagi nikmat besar
xsabar nak jumpa di bln sept nnt
INSYAALLAH

sekarang jom bersedia utk majlis sanding
di bulan Mac
Alhamdulillah, sanding bertiga la nampaknya

TQ ALLAH
 TQ untuk doa2 kearah kebaikan
memang hidup ni kdg mcm xadil
tp sbb kita yg buta, xnk lihat semua kebaikan yg Allah bagi

Friday, December 7, 2012

SYURGA CINTA

salam belog
Alhamdulillah, 7 dis 2012, 3.30 ptg
dengan sekali lafaz 3 patah perkataan
"Aku terima nikahnya", aku selamat menjadi pn siti nazihah
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna
Alhamdulillah

segala penat lelah dah terbalas
segala kisah suka duka telah terjawab
Allah telah makbulkan semua doa aku
dan doa2 orang yg mendoakan aku
Alhamdulillah

serius sampai saat ni aku macam xpercaya
masih blur2..hehe
aku dah jadi bini orang kot. :D
semoga aku dapat jadi isteri yg terbaik untuk suami ku
semoga rumahtangga kami bahagia hingga akhir hayat.
doakan taw!
amin~~

 tq mama and abah sebab merestui majlis ini
tq tah, cirah, amir and adam sebab menjadi adik2 yg terbaik
tq cikno and tima sbb sudi dtg membantu aku yg hampir lemah -.-"
tq Ada utk make up yg superb! :D
tq mc yah untuk bunga tgn yg paling chantik!
tq mija sbb xdtg, hadiah kene kasi besar.
tq kawan2 yg sudi dtg
tq untuk doa2 semua orang.








bye2!



Thursday, December 6, 2012

bye2 (versi bujang)


hye belog
Ya Allah, serius aku macam xpercaya
esok, Insyaallah aku akan di ijab kabul dengan tunang syg
inilah saat2 yg selalu aku fikirkan
dengan siapa jodoh aku
bila jodoh aku
Insyaallah semuanya akan terjawab esok
betapa berdebarnya jantung aku hanya Tuhan yang tahu
Semoga ini yang terbaik utk kami
jodoh yang terbaik
teman hidup yang terbaik
aku minta semua pun doakan yang baik2 je ye

selamat tinggal zaman menggila
selamat tinggal zaman bujang

serius aku blurrr.. hehe

doakan yang terbaik :)

Tuesday, December 4, 2012

nervous!


hye belogggg!
aku xmampu nak update selalu.
sekarang aku ade masa 3hari je lagi untuk menghadapi hari penting tu.
seriously aku nervous
sebab semuanya aku kene fikir, atur dan hadapi sendiri
and of kos dgn bantuan tunang syg,family aku,kwn2
memang betul nikah bukan keje senang, bukan keje main2
aku sedang hadap dan cuba sedaya upaya untuk tempuh semua tu
Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.
Jalan kami dimudahkan.
kalau sebelum ni aku banyak main2,
tapi sekarang aku kene betul2  fokus.
kalau boleh, aku nak semuanya sempurna.
semuanya yang terbaik sebab tu saat yang paling penting dalam hidup aku.
saat aku akan dilepaskan dari tanggungjawab abah ku syg :'(
aku tahu ade yang xpuas hati samada dgn aku or tunang
aku minta maaf sgt2
kami xmampu nak bahagiakan semua orang
cuma aku minta, di saat2 akhir ni adalah doa.
doa dari semua orang.
semoga doa dari semua orang akan melancarkan lagi semuanya.
memang aku sedang bergelumang dgn kerja gila.
dlm masa 3 hari ni, aku kene siapkan semuanya.
yoshhhh! ayuh berusaha!!!

Monday, November 5, 2012

coret2 pra perkahwinan


hello belog!!!
huwaaa, lama sgt dah xupdate.
busy la konon2nya. padahal xtaw nak taip ape. huhu.
pening kot nak kawen ni.
org cakap kawen senang je, akad nikah pastu dah siap.
helloooo, sape cakap senang.
isi borang itu ini ke sana ke sini.
semuanya aku dan bf uruskan sendiri.
and atas bantuan mama aku jugak. that y i love u mama :')
yela, sape lagi yg sudi tlg kita kan???

Alhamdulillah majlis tunang hari tu berjalan lancar
tapi biasala, ade yg pahit ditelan.
yang manis harusla di kenang, ye dak?
sebenarnya agama kita agama yg mudah.
mudah, ringkas, jimat.
tapi kita melayu yg kononnya berpegang pada adat.
yang kononnya biar mati anak, jgn mati adat.
serius part ni sgt pahit.
mmg dlm Islam ade istilah tunang.
menandakan ade perjanjian untuk berkahwin antara lelaki dan perempuan.
betapa memang istilah tunang tu ada.
tapi syg sebab adat kita terlalu rumit.
aku xnak komen lebih sebab aku xberani untuk lantang bersuara.
cuma satu je cth yg aku bleh bagi.
sireh junjung yg di jadikan hantaran tempoh hari, 
masih elok terletak cantik kat atas almari.
buat hiasan dan ruang baru untuk labah2 buat sarang.

bagi diri aku yg ringkas dan mudah orangnya
lebih baik kita pentingkan ADAB 
sebab adab tu yg menggambarkan sape diri kita
untuk ape adat di sanjung tapi adab langsung xde
adab yang aku maksudkan bukannya tahap nilai2 murni or nilai2 terpuji
but at least hormat la orang lain
berterima kasih, bertimbang rasa
bukan ke tu lebih elok?

belajar dari pengalaman.
banyak yg aku belajar dari mula aku buat preparation untuk majlis tunang
sehingga la saat berakhirnya majlis

sekarang aku kena berusaha gigih demi majlis akad nikah pulak.
tingga sebulan je lagi.
semoga semuanya berjalan lancar.
doakan taw!

bye.

Saturday, September 15, 2012

one step closer :)


Alhamdulillah
semuanya sudah selesai
aku dah selamat menjadi tunang bf kesayangan pada 8sept yg lepas.
tu lah sebab utama kenapa aku sangat sebuk sampai nak online pun xsempat




segala penat, air mata, masa tidur yg terabai, aku yg kusut masai
semuanya sudah terbalas.
pergi keje nak mekap pun xsempat.
balik keje berkejar cari brg hantaran.
malam sebelum tidur siapkan hantaran.
pagi lepas sahur, sebelum pergi keje, sambung buat hantaran lagi.
balik umah kat kb, kemas umah.
berkejar sana sini untuk memastikan majlis berjalan lancar.
2jam sebelum majlis pun aku masih kat luar sebab ade urusan.

alhamdulillah, semuanya sempurna.
tq kepada mereka2 yang banyak membantu aku menjayakan majlis tu.
Ada, TQ for the make up! and also for all ur bunga2. (siap pinjam yg xtahannnya
mija, tq sbb dtg just walaupun lambat sebab nak happykan aku. :')
tq untuk family aku n bakal family. TQ!
kepada kawan2 yg kenal aku, sori sebab xjemput.
majlis ni, hanya majlis tunang yg di hadiri oleh keluarga terdekat.
Insyaallah, nnt majlis kawen aku jemput k.

sekarang aku tengah berusaha untuk membuat persiapan kawen.
doakan kami ye !




bye!
take care guys!