Sunday, August 25, 2013

berhuru hara

Salam belog
Minggu ni (26 ogos) kandungan aku dah masuk 36 minggu.
Wahhh so nervous, scary and xsabar nk tgk baby pn ade gak..
Hari ni sempat g shopping barang baby sempena sales pureen.
Alhamdulillah semuanya dh hampir lengkap.
Cuma mungkin ade 2, 3 barang lagi kot yg belum di beli.
Nasib baik pakaian baby dah beli sikit2 dari awal lagi.
So, xde la semua benda kalut nak beli last minute
Hari ni aku sebuk google beg hospital.
Yela, persediaan awal tu kan penting. Huhu.
Aku dah prepare siap2 pun, tunggu nk sumbat dalam bonet kete.
Cuma masih tinggal 1 perkara yg aku masih keliru.
Aku xtaw produk berpantang mana yg paling ok dan lengkap.
Kalo bleh, aku xnak la menyusahkan orang time dlm pantang nnt.
Part paling utama, aku dh start suruh suami sediakn air selusuh.
Sanggul fatimah pun aku dah order.
Harap2 benda kecil2an ni dapat membantu permudahkan proses bersalin nanti.

Insyaallah, hujung bln ni, aku dah start cuti.
Standby beranak kat kb la kita..
Tp sedih gak sbb kene tinggalkan suamiku.
Sejak nikah xpenah berpisah walaupun sehari.
So, aku xleh imagine camne nak hidup tanpa dia walau hanya 4,5 hari :(

Doakan semoga semuanya berjalan lancar.
Amin..

Wednesday, August 14, 2013

kandunganku

Hye belog
Minggu ni kandungan aku dah mencecah 34 minggu
Perut semakin membesar dgn mendadak
Kaki aku makin membengkak
Pergerakan aku makin susah
Terasa sakit dan berat je badan
Aku cuba untuk lawan dgn bergerak mcm biasa
Tp mmg xboleh
Pergerakan aku terhad...dah macam org tua dh. Hehe

Alhamdulillah
Baby bertambah aktif
Asyik menendang, melutut, menyiku dan meggolek2 bontot je.
Indahnya perasaan ni Ya Allah
Bila baby dh keluar nanti mesti aku akan rindukan saat ni.
Sekarang aku xpenah rasa kesorangan
Bila aku sunyi, letak je tangan kat perut
Baby mesti bagi respond.
Makin aku gosok, makin galak la dia bermain2.
Kadang2 geli dgn goresan jari2 kecil di hujung perut.
Kadang2 kelakar tengok perut bergoyang2 kuat sebab baby golek bontot dia
Kadang2 terkejut sebab tiba2 menyiku atau melutut perut..sakit la wahai anak..

Tq Allah sebab masih bagi peluang pada aku yang hina ni.
Doakan aku dan baby selamat hingga tiba masanya k.



Friday, August 9, 2013

Raya 2013

Salam belog.
Alhamdulillah tahun ni raya lebih bermakna.
Balik raya ke Kb seminggu lebih awal.
Hubby drive kete makcik ku, aku pulak balik dgn kete yg d drive oleh mama ku.
Tq so much mama sbb sanggup dtg dari Kb semata2 xnak aku drive sorang2.
Sempat balik uruskan apa yg patut di rumah family aku.
Walaupun perut aku memboyot, alhamdulillah masih kuat.
Abah request nak makan macam2 untuk berbuka.
Nasib baik sekarang semuanya di hujung jari.
Google je resipi, boleh la masak. Huhu..
Semangat aku masak tiap2 hari untuk berbuka.
Balas dendam sebab hari2 keje asyik makan masakan kedai je.
Pastu 1st time dalam hidup, aku bangun pagi raya kul 5 pagi.
Pegi gali serai, masak rendang ayam.
Semangat betul aku masak tahun ni. 
Pagi raya, macam biasa family aku bukan jenis berdrama air mata.
Gambar raya pun xde tahun ni.
Tapi gambar dgn hubby sempena tahun pertama raya bersama mesti la ada.
Alhamdulillah raya tahun ni masih sama macam tahun2 sebelumnya.
Melawat kubur, pegi rumah sedara mara.

Aku bersyukur sgt dengan nikmat yg diberikan.
Tahun ni beraya dengan baby menendang2 dalam perut.
Mama yg setiap masa fikirkan aku larat ke x. 
Dan aku boleh nampak betapa dia excited menanti kehadiran cucu pertama.
Abah yg masih mengharapkan aku untuk uruskan family dan rumah.
Terima kasih kerana masih bg penghormatan kpd aku sbg anak pertama.
Adik2 yang sudi tlg aku.
Picit bontot aku disaat aku dah larat nak berdiri lama2.
Suami yang sgt2 memahami betapa aku masih perlukan family walaupun aku sudah ade dia.
Hidup aku semakin lengkap dan sempurna.

Alhamdulillah di atas nikmatMu Allah


Saturday, July 27, 2013

Dugaan mengandung 


Bila berat badan bertambah lebih 0.3kg dr yg sepatutnya,
Xboleh! Consider berat lebih.

Bila berat badan turun 0.7kg sebab puasa,
Xboleh! Sebab takut baby xdpt nutrisi yg cukup.

Bila buat test kencing manis, bacaan lebih 0.1 dr yg sepatutnya,
Xboleh! Sebab consider kau ade kencing manis

Bila buat test lagi sekali, bacaan kurang dari 0.4 dr yg sepatutnya,
Xboleh! Sebab gula dlm darah kurang, takut kau pening and pitam.

Habis tu, nak macam mana lagi.
Apaaaa pun xboleh!


Friday, July 12, 2013

Kasih tanpa syarat

Assalamualaikum.
Sepanjang puasa selama 3hari ni, aku masih xberkesempatan untuk masak juadah berbuka
Maklum la, balik keje pn dh pukul berapa.
Sampai rumah je dh ngam2 utk hidangkan makanan yg dibeli je.
Insyaallah hari ni baru nk start masak untuk berbuka.

Bila masuk bulan puasa ni tambah2 waktu berbuka
Hati aku makin sensitif
Dalam hati menangis2 merayu2 rindu nk balik berbuka dgn family di KB
Rindunya Tuhan je yg tahu :'(

Walaupun family aku jenis simple saja
Tapi aku sgt hargai suasana berbuka bersama tu.
Ye la, mama bukan masak pun
Bila dy balik dari keje dy dh beli siap2 juadah berbuka
Begitu jugak dgn abah
So, kami anak2 xpyh masak.
Just bukak getah, tuang makanan dlm pinggan mangkuk.
Dan mula lah buffet ramadhan sebab terlalu byk pilihan.
Tp Alhamdulillah selalunya makanan tu sume akan licin sampai utk sahur.

Sebenarnya kali ni aku nak tujukan khas post ni untuk mama
Betapa aku tersangat perlukan dy dlm hidup aku
Sepanjang aku hidup, terlalu byk salah dan silap yg aku lakukan
Tanpa aku sedar, dah beberapa kali aku buat dy terluka
Bila aku susah dy la org pertama yg aku cari
Sebab aku tahu, hanya dy yg akan bantu aku tanpa syarat
Walaupun kadang2 permintaan aku tu membuatkan dy terluka
Sekarang, bila aku dh mengandung dan bakal mempunyai anak,
Aku tertanya2 sama ada aku mampu atau x untuk menjadi setabah mama
Yg sanggup lakukan apa saja untuk anaknya
Yg sanggup ketepikan betapa hancurnya hati demi melihat kebahgiaan anak
Yang berusaha dgn apa cara sekali pun untuk membantu anak

Paling aku hormat tentang mama
Sebab dy xpenah mengungkit tentang salah aku.
Dy hanya akan sebut benda tu sekali untuk aku sedar
Kemudian perkara tu akan lenyap seolah2 tiada apa2 yg berlaku
Kukuhnya hati mama

Kdg2 aku down dgn diri sendiri
Tapi dy tetap bangga dgn aku.
Masih bangga utk bercerita tentang aku pada org lain
Seolah2 aku anak yg sempurna
Terima kasih mama. :')


Ya Allah, lindungilah dan sayangilah ibubapa ku.

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan.
Paling mencabar, mampu ke aku puasa dgn perut memboyot
Dan nafsu makan yg tengah berkobar2. Hehe
Insyaallah, doa kan yg terbaik.
Ni juga Ramadhan pertama aku sbg seorang isteri.
Alhamdulillah..

Semalam aku pergi scan 3D
Ya Allah teruja sgt aku tgk baby.
Pipinya yg membulat, beratnya yg bertambah
Jari jemarinya yg panjang
Hidung yg mancung
Bibirnya yg terbentuk elok
Subhanallah, aku sangat terharu
Betapa bersyukur aku diberi peluang untuk mengandungkan anugerah indah ni
Tuhan je tahu betapa aku xsabar nak jumpa anugerah aku ni :')

Tp ade part yg kelakar
Selama ni aku xpenah scan jantina baby
Then bila org tgk perut aku mesti akan cakap baby boy.
Tapi semalam bila scan, lain pulak cakap doktor.
Xpela syg, u baby boy ke, baby girl ke
Aku xkesah.
Janji baby sihat, sempurna, jadi anak yg baik.
Alhamdulillah. :D

Kla, Selamat berpuasa!

Sunday, July 7, 2013

kemunculan kembali!

Salam.
Ya Allah, dh lama sgt rupanya aku xupdate blog.
Sekarang dah masuk bulan July pn
Alhamdulillah perut aku pun dah makin membuncit
seiring dgn usia kandungan 7bulan.
Ruginya sebab aku xmampu nk catat kat sini pengalaman
mengandung selama 7bulan ni.

Ye la, bila dah lepas nikah busy pasal sanding.
Dalam busy pasal sanding aku bertarung dengan kerenah awal kehamilan.
Dengan morning sickness, pening, sakit badan semua dah di hadap.
After sanding, aku dan suami berusaha untuk memulakan hidup baru pulak.
Bermacam dugaan dan kepayahan berjaya dilalui, dengan izin Allah.
Sekarang baru ade feeling2 nk bercerita sikit kat blog kan.

Aku syukur sebab walaupun jauh dgn family tp aku ade suami yg sgt memahami.
Setiap kali pergi check up dia setia teman aku.
Bila aku masuk wad kes gastrik aritu, dia jugak la yg jaga aku.
Bila aku mengadu sakit kaki, dy la tukang urut walaupun aku tahu dia terpaksa. Haha
Alhamdulillah sejak kandungan berusia 5bulan selera makan aku kembali normal.
Dan encik hubby sanggup bawak aku makan ke tempat best2
 utk jamu baby dalam perut aku.

Tp dlm happy ade juga part sedihnya.
Untuk persediaan menyambut baby, en hubby semakin rajin bekerja.
Aku tgk dia pun aku tahu dia penat.
Awal2 aku mengeluh gak sbb bosan kot weekend duk sorang2 kat rumah.
Tp demi baby kami akan buat apa saja semampu yg boleh.
Sape xsayang anak oii...
Belum keluar lagi aku dah duk cium2 baju yg aku dah belikan.
Rindunya, xsabar nak jumpa kamu wahai si anak.
Setiap kali dia bergerak or menendang aku cepat2 pegang perut.
Sebab bila rasa sendiri pergerakan dia dengan tapak tgn,
Seolah2 seperti aku tengah sentuh dia
Dan seakan2 dia pun balas balik sentuhan aku tu :')
ok sorry mungkin ayat aku agak saiko.
Tp tu kenyataannya.
Xsabar nak tunggu hujung bulan Sept.

Nnt sambung cerita lagi.
Bye