Salam blog
Maafla sebab akhir2 ni asyik post pasal bersalin je
Bukan sebab teruja xhabis2
Tapi semoga menjadi perkongsian bagi yg nak tahu
Sebab sebelum ni pun aku banyak google tentang perkhidmatan
bersalin di hospital kerajaan dan swasta untuk di compare
Sebagai coretan kenangan aku juga
Pertama sekali
Memang dari awal aku bercadang untuk bersalin di Kota Bharu
Antara sebabnya adalah aku nak berpantang disisi mama aku
Walaupun dy xde la jaga aku sangat
Tapi at least aku ade orang untuk dirujuk dan bagi panduan
Macam sekarang, dy yg belikan aku ubat itu ini
Dan dy yg bantu aku bila aku ade masalah dengan penyusuan bayi
Antara sebab lain kenapa aku pilih di Kota Bharu adalah faktor perkhidmatan hospital
Majoriti kawan2 aku yg bersalin di hospital kerajaan di area
Lembah Klang akan byk cerita negatif dari positif
Contohnya bilik bersalin xcukup, akan di transfer sana sini,
Jahitan sambil lewa, tercicir jarum, nurse xmembantu dan macam2 lagi
Kebanyakannya akan memilih dan memuji perkhidmatan hospital swasta saja
Bila aku balik ke Kota Bharu,
Aku pun still confius nak bersalin di HRPZ2 atau HUSM atau KBMC
Ketiga2 hospital tu terletak lebih kurang 10min je dari rumah aku
Tentang kos pulak, HRPZ2 dan HUSM aku agak, mesti xberapa mahal
sebab dua tu hospital kerajaan. HUSM kerajaan? Yela kot.
KBMC pulak bila disurvey, bersalin normal dgn pakej 2hari 1malam
Tanpa ambil sebarang suntikan tahan sakit, RM1700.
Ni based on yg aku survey hari tu la kan.
Mama aku suggest untuk ke HUSM sebab keempat2 adik aku dilahirkan kat sana
Suami aku plak suggest ke KBMC sebab nak yg terbaik untuk aku and anak katanya
Tapi bff aku Dr Mieja yg keje di HRPZ2 of course la akan suggest aku ke
hospital tempat dia keje
HUSM aku terpaksa berwas2 sebab dah 3 org bagitau aku yg kat situ ramai student
So, selalunya doktor yg jahit tu adalah doktor pelatih
Dan jahitan mereka kurang menarik.hehe.apakah sgt..
Eh, penting kot jahitan tu.
Nanti lepas bersalin ko tahu la camne hazabbbb buang air besar.
KBMC pula awal2 lagi aku xminat
Fine pakej hanya rm1700
Tapi tu kalau normal dan xde masalah lain
Aku fikir ni anak 1st and aku xtaw lagi masalah yg mungkin akan timbul
So, aku xnak amik risiko yg last2 aku kene hantar ke hospital kerajaan jugak akhirnya
Dan bagi aku, bayar mahal2 pun, bila time bersalin tu sakit jugak.
Bukannya bila ko bayar mahal ko bleh skip rasa sakit tu.
Nak selesa? Apalah sgt duk wad xsampai sehari pun.
Akhirnya aku tekad ke HRPZ2
Aku memang percayakan bff aku walaupun dia si penipu besar yg terkenal
dan hidung pun agak besar sebab suka menipu.
Bila aku di HRPZ2 tu, memang selesa.
Masa aku dibilik saringan, still ade privasi
Bilik bersalin pun banyak.
Aku xingat ade berapa, tapi dekat 20 bilik jugak la.
So, setiap orang akan tunggu masa untuk bersalin di kiub masing2 dgn selesa
Still ade privasi walaupun hampir setiap 15min ko bleh dgr
suara org bersalin dan bayi menangis
Dan nurse akan sentiasa dtg untuk monitor contraction ko
Paling aku puji sikap doktor dan nurse
Diorang sangat membantu
Sentiasa tersenyum, bercakap lembut dan sangat membantu
sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas bersalin
Aku sangat berpuas hati
Serius, time bersalin tu diorang dan mama sedaya upaya
Pujuk aku, ajar dgn suara yg lembut untuk push baby
Selepas bersalin, jahit dengan tertib
Mengeluarkan kata2 yg sedap didengar oleh org yg baru lepas bersalin.
Bila di hantar ke wad,
Tidak dinafikan yang suasana wad agak sempit (kelas ke-3)
Tapi still selesa di katil masing2 dan toilet yg bersih
Dan jgn risau, sebab contohnya macam aku.
Aku hanya berada di wad dari kul 12tghari hingga ke 430ptg je pun
So, xde la berlama2 kat wad yg kononnya sempit tp still selesa.
Ok, ni part paling penting,
Tentang kos bersalin.
Total yg aku perlu bayar adalah HANYA rm31.
Rm10- upah bersalin
Rm18- ujian makmal
Rm3- bayaran wad kelas ke3 untuk 2hari 1mlm.
Alhamdulillah, berbaloi2 bersalin di HRPZ2
Perkhidmatan sangat best
Suasana pun ok
Bilik bersalin selesa
Kos yg sangat membantu
Dan paling penting, jahitan cantik.kot la kan..
Sebab aku slumber je buang air tanpa sebarang masalah.
Dan rezeki aku, semua yg terlibat dlm proses bersalin aku
adalah nurse dan doktor perempuan :)
So, kesimpulannya memang aku sangat bersyukur sebab
diberi peluang bersalin anak sulung dengan bahagianya di HRPZ2.
Oh, pasal sakit bersalin.
Jangan risau, sebab bersalin memang xsakit sangat.
Tapi sakit contraction tu memang xleh elak la kan. Hehe.
Syukur Alhamdulillah semuanya org perempuan yg handle kan?
ReplyDeleteMy friend yg bersalin di hosp kerajaan di Kulim pun kebetulan masa turn dia bersalin yg terlibat semuanya perempuan.
Alhamdulillah dpt rezki sume hanya perempuan yg terlibat :)
Delete